LKS (26)

16.4K 479 11
                                    

POV ANAQI REDZA

16 Tahun lepas.

”mama, kita nak pergi mana ni?” tanya Anaqi Redza pada ibunya yang berada di tempat duduk belakang sambil memandang luar tingkap.

”rumah kawan mama! Aunty Suharna!” beritahu Datin Raihana pada anak tunggalnya.

”who?” tanya Anaqi lagi.

”Aunty Suharna lah, ibu Alesya! Ingat tak?” tanya Datin Raihana melihat kearah anaknya.

”Alesya?” Anaqi memikirkan sesuatu.

”yep! Alesya! Alah yang Anaqi marah dia sebab buli adik dia tu! Alayna kan bang nama budak kecil tu!?” tanya Datin Raihana pada suaminya.

”yep! Alayna Mardhiah!” jawab Dato' Ismail.

”haaa....Anaqi ada ingat masa tu adik dia pegang kasut dia kan? Lepas tu dia tolak adik dia tu kan?" Teka Anaqi setelah mengingati semua kenangannya.

”ha'a!"

”owh okey!”

Mereka diam sehingga tiba di rumah besar yang berwarna putih itu. Anaqi Redza mengikuti langkah mamanya masuk ke dalam rumah itu setelah di pelawa oleh tuan rumah. Mata Anaqi menangkap satu sosok gadis angkuh yang sedang berdiri berdekatan dengan kawan mamanya.

”hai, ni Anaqi ke? Hi, ni Aunty Suharna ni!" Sapa Datin Suharna gembira.

”salam dengan Aunty Anaqi!" Suruh Datin Raihana.

”apa khabar Aunty” Anaqi dengan lembut menyalami tangan wanita di hadapannya.

”Anaqi ni Alesya anak aunty, sebaya kamu!” beritahu Datin Suharna sambil tersenyum.

Tetapi Anaqi hanya memandang tanpa niat ingin bertegur, Anaqi mengabaikan gadis itu sambil matanya berkeliaran melihat kiri dan kanan, dia kemudian berjalan menuju tempat makanan yang telah tersedia disitu.

” hai, Anaqi!" Tegur Alesya yang datang menghampiri Anaqi kerana diabaikan.

”hurmm..” jawab Anaqi sombong.

”Anaqi tak suka Alesya ke?" Tanya Alesya straight to the point.

”ha'ah!” terus Anaqi berlalu keluar dari tempat itu tanpa menunggu gadis itu yang memanggil namanya.

”semak je!” ujarnya sebelum membawakan kaki itu menuju taman yang terdapat padang luas mungkin tempat untuk menjemur kain memandangkan banyak tali dan palang yang terdapat di situ dan beberapa helaian kain besar tersadai elok.

Klak!

Anaqi Redza memusingkan kepalanya mencari bunyi yang berbunyi tadi. Kepala itu di pusing ke kiri dan ke kanan untuk memastikan bunyi yang dia dengar tadi.

Krek!

Anaqi menelan air liurnya kerana sedikit cuak, Anaqi Redza melihat seseorang keluar dari satu bilik lusuh di bahagian belakang nampak seperti sebuah stor barang lama, tubuh itu terlihat kurus dan pendek dari belakang, rambut yang separas tulang belikat terlihat sedikit serabut. Gadis itu memusingkan tubuhnya mengadap Anaqi Redza.

Deg!

Anaqi Redza terkaku melihat wajah comel yang keletihan dan pucat di hadapannya yang sedang menatapnya takut dan bersinar, comot di pipi dan di sekitar tangannya menyakinkan bahawa gadis itu baru habis membuat satu perkerjaan berat.

”Anaqi!” panggil Alesya yang mengejar Anaqi setelah budak lelaki itu keluar dari rumahnya menuju halaman belakang.

”wait! I just....!” kemarahan Alesya Balqis meningkat apabila melihat adiknya sedang berdiri berhadapan dengan Anaqi sambil menatap ke arahnya.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now