KLS 01

39.7K 899 20
                                    

“oiiiii....tembak papan tu bukan pokok!!!"

“baik tuan! "

“kau ni, aku suruh kau tembak papan tu, kau faham tak?“

“oiiiiiii....... Aluna Zinnirah!“

“tuan tepi sikit tak nampak ni" balas gadis bernama Aluna Zinnirah itu.

“tepi sikit tang mana pulakkkk! aku duk belakang kau ni!! “ jerit lelaki itu geram.

“shuttt.... diam tuan"

Bang!

Bang!

Bang!

Terkejut besar lelaki itu dengan bunyi tembakan yang dilepaskan oleh gadis kecil yang sedang meniarap di hadapannya kerana masih belum bersedia.

Kerana marah lelaki itu menarik belakang baju Aluna Zinnirah untuk bangun dari meniarap nya lalu mendirikan tubuh ketot itu yang sedang terkapai-kapai cuba seimbangkan badannya.

“tuan“ panggil Aluna perlahan kerana diangkat sebegitu rupa, anak mata diangkat untuk melihat lelaki yang berdiri gagah di hadapannya dengan riak garang.

“kau ni pendek!, aku dah cakap berapa kali dekat kau? tangan kau pengkaq ehhh“ tanya lelaki itu berlagak, sambil berpeluk tubuh, tubuh Aluna dia tengok atas bawah.

“maaf Tuan Karl" ucap Aluna pasrah, dia hanya tayang wajah tidak bersalah.

“kau ni memang tak reti nak menembak ke?“ tanya Karl Syakirin lagi.

“saya reti tuan" jawab Aluna bersahaja.

“dah tu kenapa semua tersasar? haaa!!“ tanya Karl lagi.

“mana ada tuan, semua kena tengok tu“ jawab Aluna lagi menunjukkan kearah papan sasar yang ada kesan tembakan tetapi kesan itu bukan berasal dari dia.

“kau ni memang suka menjawab ehhh? kau nak aku ragging kau ke? Terang lagi bersuluh kesan tembakan tu orang lain yang punya!“ ugut Karl Syakirin sambil membebel.

“tak mau Tuan“ jawab Aluna lagi seraya kepala menggeleng kiri kanan.

“eeeeeeyyyyyy.... geram aku“

Kerana malas dan sakit hati lelaki itu pergi meninggalkan gadis yang sedang berlari mengejarnya dari belakang, sakit kepala dia bila berhadapan dengan gadis itu.

“tuan!!! “ panggil Aluna Zinnirah lagi.

Karl Syakirin memekakkan telinganya dan berjalan laju menuju bangunan yang berdiri gah di hadapannya.

“kau pergi balik" halau Karl Syakirin malas hendak melayan gadis yang membuatkan darah tingginya naik.

“tak nak! “ balas Aluna degil.

“kau ni degil betul laaa! “ marah Karl Syakirin.

“ikut suka kau lah" balasnya berlalu masuk meninggalkan gadis itu.

“baik tuan“ jawab Aluna berlalu pergi.

“jumpa lagi tuan“ ujar gadis itu sebelum berlalu pergi.

Karl Syakirin melihat gadis itu dengan gembira berjalan pergi. Kemudian dia juga berlalu memasuki bangunan itu.

“sakit kepala aku!“ ucapnya kasar melemparkan beret hijaunya keatas meja.

“marah benor nampak Karl" tegur seorang lelaki.

“penat aku dengan budak baru tu, kenapa lah tuan nak aku latih dia“ luahnya geram.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now