LKS 02

23.3K 739 27
                                    

“Aluna, aku nak kau putuskan hubungan kau dengan Anaqi“  arah Dato'Sri Hishammuddin tanpa perasaan.

“aku nak kakak kau Alesya yang kahwin dengan Anaqi! sebab perangai budak-budak kau tu boleh buat aku malu dengan keluarga Ismail“ hinanya lagi.

Itulah kata-kata yang terakhir yang Aluna dengar sebelum melarikan diri keluar dari rumah besar itu.

Aluna Zinnirah seorang puteri bangsawan dari kalangan orang terpandang, ayahnya peneraju BAKAT HOLDING yang bergerak dalam aliran Eksport dan Import, anak kedua dari tiga beradik.

Kakaknya Alesya Balqis seorang model hijab yang tidak terlalu terkenal kerana dia hanya menjadi model separuh masa. Dia memegang jawatan sebagai pengarah Eksport dibawah jagaan ayahnya Dato' Sri Hishamuddin.

Adik ketiganya Alayna Mardiah sedang menghabiskan masa belajarnya diluar negara dalam bidang perhakiman.

Aluna Zinnirah merupakan graduan Diploma dari bidang Design membuatkan ayahnya Dato' Sri Hishamuddin memandang remeh kepada dirinya.

Mana tidaknya, dia pernah meminta untuk belajar diluar negara tetapi dibantah habis-habisan oleh papanya, walaupun atoknya Tan Sri Muhyiddin mengizinkannya tetapi papanya terlebih dahulu campur tangan setelah papanya berpindah masuk ke dalam rumah atoknya.

“kenapa? kenapa selalu Aluna yang mengalah? kenapa selalu Aluna yang kena berkorban? Aluna adik sepatutnya kakak yang mengalah untuk Aluna!“ tanya dia lemah, hatinya sudah tidak tahan dari diam.

“sebab perangai pembangkang kau tu, kau nak aku malu sebab perangai kau yang selalu memberontak tu? Semua benda pun tak boleh buat! Apa je kau buat untuk Company?“ Dato' Hishamuddin mengutuk anaknya tanpa kasihan.

“keluarga Anaqi tu keluarga terpandang, kau rasa diorang nak terima ke kau yang macam ni? Lagipun diorang pun tak ada bagi tahu yang diorang nak kahwinkan Anaqi dengan kau kan?“ tanya Ayahnya lagi masih meremehkannya.

“Anaqi tu pun tak nak dekat kau, dia tu terpaksa je sebab ayah dia, tapi sekarang kami dah bincang balik semua! Kau tu tak boleh pakai! Jadi aku gantikan dengan kakak kau yang berprestasi tu“ beritahu Dato' Hishamuddin bangga di hujung ucapannya.

"Tak mungkin! Abang Anaqi dah cakap dekat Aluna dari dulu lagi yang dia nak kahwin dengan Aluna!!" Ujar Aluna teresak-esak.

“kalau kau tak percaya kau pergi tanya Anaqi, dia sendiri cakap dekat aku yang dia nak kahwin dengan kakak kau sebab dia rimas dengan perangai bodoh kau tu“ ujar Dato' Hishamuddin lagi.

“lagi satu aku ni malu sebab kau tu belajar sampai diploma je, kau tengok kakak kau, degree, tu Alayna dekat london tu, Master tau, kau? huh, sampah! “ ejek ayahnya.

"Papa yang tak izinkan Aluna belajar luar negara!"

"Padan muka kau! Sebab kau tu bodoh! Tak pandai mana nak boleh berjaya!" Tengking Dato'Sri Hishammuddin depan anaknya.

Aluna menundukkan kepalanya menahan tangisan. Si ibu juga hanya memandang tanpa rasa ingin menolong. Tiba-tiba kedengaran seseorang memberi salam dari luar.

“assalamu'alaikum“

“wa'alaikumussalam“ jawab Dato' hishamuddin mengawal riak wajahnya.

“ehh.... Anaqi masuklah, kebetulan uncle tengah bincang pasal kamu“ ujar Dato' hishamuddin mempelawa lelaki itu masuk.

Aluna Zinnirah mengangkat wajahnya memandang lelaki itu dengan harapan. Anaqi hanya memandang dirinya tanpa perasaan. Lelaki itu melabuhkan punggungnya diatas sofa bersebelahan dengan Alesya yang tersenyum manis.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now