LKS 06

20K 663 20
                                    

kaki itu berlari menuju tempat letak kereta yang berada di.sekita itu, dia berlari ke bawah garaj bangunan yang terletak elok keretanya. Dalam hatinya berdoa semoga gadis itu baik-baik saja.

“Aluna.... kenapalah kau gigit ular tu! " gumamnya sambil membuka pintu keretanya.

Terkejut dia apabila menerima satu gambar dari gadis itu menunjukkan dia sedang terbaring di atas katil hospital berserta wayar drip yang terpasang elok ditangannya dan satu lagi gambar seekor ular sawa sedang berlingkar kekenyangan.

Sebaik sahaja mengetahui keadaan dan hospital mana gadis itu dilarikan dan dirawat, dia dengan tergesa-gesa meninggalkan kerjanya dan bergerak menuju kesana.

Kawannya tidak berhenti-henti mengusiknya.

“haaa.... dah kenapa pulak tu?" tegur Hakeem melihat Karl berlari keluar tanpa alasan.

“awek merajuk kot! " balas Rayqal juga turut mengusik.

“hahahhahaha“ dan mereka ketawa bersama.

Karl Syakirin tidak mengendahkan mereka yang mentertawakannya dan mengusiknya.

Karl Syakirin berjalan menuju jabatan kecemasan, setelah memastikan bahawa gadis itu berada disitu, dia mula mengorak langkah menuju bilik kecemasan yang berada dibahagian belakang.

Mata itu mengamati ruang yang hanya ada dua pesakit didalamnya walaupun banyak katil yang ada. Kaki itu menuju katil bahagian paling hujung.

Disitu terlihat seorang gadis yang sedang tidur meringkuk seperti bayi dengan sebelah tangannya dimasukkan jarum drip.

Ada darah yang turut mengalir didalam drip itu mungkin kesan dari gadis itu banyak bergerak.

Hatinya terusik.

Karl Syakirin mendekati gadis di hadapannya. Tangan itu naik menyelak rambut pendek yang menutupi pipi pau itu.

Lama Karl menatap wajah gadis yang hampir setahun lebih menghantui hidupnya.

Setelah puas meneliti wajah pucat itu akhirnya tangannya tergerak menggoncang tubuh itu.

Sekali digoncang tiada sahutan atau pergerakan.

Dua kali goncang gadis itu masih tidur nyenyak.

Tiga kali goncang gadis itu menggeliat kecil tapi masih tidak terjaga.

“oiiii pendek.... bangun! " panggil Karl Syakirin sedikit kasar.

“kau jangan sampai aku tendang kau sampai jatuh katil" ugut lelaki itu cuba membuatkan gadis itu sedar.

Tiada respon.

Kerana geram lelaki itu mencubit kuat pipi bulat itu membuatkan Aluna Zinnirah merintih kesakitan dan merapu.

“ssssss....... janganlah tacau.... nak tidur ni" igaunya.

Karl Syakirin tersenyum mendengar igauan itu, hatinya tertarik dengan wanita di hadapannya.

“kau bangun pendek! " Tanpa putus asa dia mencuba.

“oiiii... bangun!!!! “ jerit Karl ditelinga gadis itu.

Aluna Zinnirah menggeliat besar mendengar jeritan itu. Perlahan matanya terbuka sekian detik dia termenung memandang ke depan, lama.

“kau nak jadi ikan termenung ke?“ tanya suara garau yang datang dari sebelah kanannya.

Aluna zinnirah terus memusingkan kepalanya menatap lelaki itu dengan wajah 'innocent'.

“tuan Karl ke tu?“ tanya dia masih mamai.

[C] | LEFTENAN KARL SYAKIRIN |Where stories live. Discover now