Two

727 37 0
                                    

1 bulan sudah berlalu, dan keputusan wakil untuk pertandingan itu akan diumumkan . Tapi, MaeLin langsung tiada minat dan semangat untuk mengetahui semua itu .

Baginya, semua itu tak penting lagi .

Dan dia pelik kenapa dia asyik terserempak dengan Kris sejak 1 bulan lepas lagi .

YongYoo perasan perubahan MaeLin itu tetapi malas bertanya .

" Oii . Kau okay tak ni ? " tanya YongYoo . MaeLin hanya mengangguk .

**

YongYoo duduk didalam perpustakaan kerana perlu mengulang kaji pelajaran . Itupun terpaksa . Mahu saja dia belajar di rumah tetapi hari ini anak saudaranya datang dan rumah mungkin riuh-rendah disebabkan mereka .

Terdengar bunyi orang ketawa kecil, YongYoo tergerak hati mahu mengintai . Bersebelahan saja dengan rak ditempatnya, Suho dan Mai Song duduk dengan rapat dan berpegangan tangan .

Untuk mengelakkannya menjerit kecil, mulut ditutup .

Telefon bimbit dikeluarkan dan YongYoo mengambil gambar Suho dan Mai Song .

**

MaeLin duduk di tepi pantai di kampungnya . Sudah 2 hari dia di kampung . 2 hari jugalah dia tidak pergi sekolah . Sebenarnya dia pulang ke kampung kerana mahu menenangkan fikiran dan hatinya yang sakit .

Dia tahu tentang hubungan Suho dan Mai Song . Dan disebabkan itulah dia sakit hati . Nasib baik Ommanya mengizinkan dia balik kampung selama seminggu .

Telefon nya berbunyi menandakan ada sms masuk . Daripada YongYoo .

Aku nampak Suho and Mai date dalam library kelmarin . Sebab tu ke kau balik kampung ? _YongYoo

MaeLin mengeluh . Memang dia tidak boleh sorok apa-apa dari YongYoo . Mahu tak mahu, dia terpaksa balas juga .

Mungkin . . Biarlah dorang nak date ke, kahwin ke . Aku tak kisah . Asalkan, aku boleh jumpa Suho lagi . _MaeLin .

Mana-mana kau lah . Aku dah letih nasihat kau pasal Suho . Kau masih juga nakkan dia . Okay . Aku nak buat homework . Bye. Annyeong .

**

Suho masuk ke dalam bilik latihan bersama Mai Song . Dia masih belum tahu lagi yang MaeLin balik kampung . Semua ahli dikumpulkan . Tinggal 3 minggu lagi sebelum pertandingan dan mereka perlu lebih serius .

Semua ahli diperhatikan satu persatu . Dia menunggu MaeLin memberitahunya siapa yang tidak datang dan berapa ramai yang hadir namun MaeLin tidak muncul .

" Mana MaeLin ? " tanya Suho . " We don't know . Dah nak dekat seminggu dia takda . " balas seorang ahli lelaki . Suho mengeluh . Telefon bimbit dikeluarkan .

Mai Song memerhati aksi Suho . Dia tahu Suho prihatin tentang MaeLin .

" Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi . Sila hubungi nya sebentar lagi . Tinggalkan pesana.................! " Butang merah ditekan kasar .

Suho mengeluh lagi . Pertandingan dah nak dekat dan kenapa MaeLin tidak datang . Dia hanya bergantung pada MaeLin selama ini . Tarian itu pun MaeLin yang reka dan ajarkan .

Disebabkan itu dia melantik MaeLin sebagai pengerusi kelabnya .

**

Beg bagasi diletakkan di tepi katil . Mereka sekeluarga baru saja balikndari kampung . Esok dia perlu bersekolah lagi . Dan berhadapan dengan Suho . Dia sakit hati dan cemburu .

Kenapa Suho mudah rapat dengan Mai Song tetapi tidak dengan yang lain ? Mungkin Suho simpan perasaan dekat Mai Song .

**

I Want You Where stories live. Discover now