Thirty-Two

229 16 4
                                    

Kris pulang semula ke apartmennya selepas menenangkan fikiran nya tadi . Sebaik saja pintu dibuka, keadaan rumah gelap . Seperti tiada orang dirumah . Memang takda pun .

Lampu di ruang tamu dihidupkan . Lampu bilik juga dihidupkan . Dan MaeLin tiada di rumah . Telefon bimbit diperiksa . Tiada panggilan ataupun sms dari MaeLin . Risau juga tapi dia tak nak hubungi MaeLin kerana ego ! Mereka berdua sama-sama ego!

Dia akui . Terasa kosong apabila tiada MaeLin di dalam apartmen itu . Sama seperti sebelum dia berkahwin dulu .

Akhirnya Kris tertidur do sofa . Malas nak masuk bilik . Bukannya ada MaeLin pun . Kalau ada , boleh juga jadi bantal peluk dia .

**

Pukul 2 pagi, MaeLin masih belum tidur . Menyesal pula balik rumah Omma . Bukan menyenangkan hati, menyakitkan hati adalah .

" Baik aku balik apartmen Kris . "

MaeLin turun dari katilnya dan terus ke pintu bilik . Diperhati nya sekeliling, macam pencuri selalu buat tu . Duduk rumah itu lama-lama pun tak guna . Bukannya omma dan So Hyun sokong dia . Doa benda yang bukan-bukan adalah . Ugh!

You know what ? Sometimes i hate my life!

Keluar saja dari rumah, dia menuju ke jalan utama .

Apabila lalu dikawasan taman, sebuah penggambaran sedang dijalankan disitu . Bayangkan pukul 2 nak dekat pukul 3 pagi, ada penggambaran . Dahlah sejuk .

Jurugambar tersebut seperti dikenali . Semakin mendekat, semakin jelas wajah jurugambar itu . " Jung Yong Yoo! " sebut MaeLin . Kawan baiknya dari sekolah rendah lagi . Kebetulan juga waktu itu Yong Yoo menoleh . Dan melambai sebaik saja terlihat MaeLin .

MaeLin bercadang mahu berbual dengan Yong Yoo sekejap jadi dia duduk di bangku berdekatan . Habis saja penggambaran, Yong Yoo mendekati MaeLin .

" Apa kau buat kat taman ni ? Dah pukul 3 ni . " tanya YongYoo, prihatin . Tak pernah MaeLin keluar pagi-pagi macam ni . MaeLin bukannya boleh kena angin pagi atau malam, nanti dia sakit perut dengan teruk .

" Aku dari rumah omma aku tadi . Nak balik rumah Kris . By the way, model kau tu siapa ? Aku tak nampak sangat muka dia . "

Mereka berdua sama-sama menoleh ke arah khemah . " Oh Mai Song . Agensi aku call aku pukul 10 malam kelmarin, kata ada photoshoot . Tapi baru mula pukul 1 tadi . Sebab si Mai tu lambat sampai . Jumpa buah hati . " cerita Yong Yoo, lebih kepada meluahkan perasaan geram sebenarnya .

Mana taknya, dekat 4 jam mereka tunggu disitu . Sudahlah suhu tiba-tiba menurun dengan mendadak .

Tanpa mereka berdua sedari, Mai Song mendekati mereka berdua . Sengaja sebenarnya .

" Hye girls . I join boleh ? "

MaeLin dan Yong Yoo menoleh . Dengan berat hati, mereka berdua memberi tempat duduk untuk Mai Song . Cuba buat tak tahu dengan kehadiran Mai Song .

Kau ingat kau boleh dapat Kris ? Huh! Aku akan buat Kris jatuh hati semula pada aku . Cinta pertama susah nak dilupakan.. Orang macam kau tak layak untuk orang terkenal macam Kris . Bisik Mai Song dalam hati sambil menjeling MaeLin yang sedang berbual dengan Yong Yoo .

Tiba-tiba telefon YongYoo berbunyi . Yong Yoo menjauhkan diri untuk menjawab panggilan tersebut . Sekembalinya Yong Yoo, dia memohon maaf kerana terpaksa pulang dulu untuk berjumpa dengan Xiumin .

" Eh MaeLin . Duduk sini lah dulu, teman i . I tunggu someone ambil i ni . Sementara tu you teman i okay ? " halang Mai Song apabila MaeLin mahu pulang bersama Yong Yoo .

Mahu tidak mahu, terpaksa juga MaeLin tunggu .

Boleh tahan banyak jugalah Mai Song tanya MaeLin . Soalan peribadi juga ditanya . Penyibuk betul! Soalan peribadi MaeLin biarkan tidak berjawab . Nanti kalau dia jawab, ada orang panas hati pula . MaeLin hanya menjeling Mai Song .

Dalam hati, MaeLin menyumpah seranah orang yang Mai Song kata nak ambil dia tadi .

" Hye, Mai . Sorry, i'm late . "

Panjang umur . MaeLin berdiri dan menoleh ke arah suara itu . Terkedu MaeLin apabila melihat wajah orang tadi . Masa bagaikan terhenti baginya dan orang itu .

Mai Song perasaan tentang pandangan mata Kris terhadap MaeLin . Cepat-cepat Mai Song memeluk lengan Kris . Sengaja tapi Mai Song masih tidak tahu MaeLin dan Kris sudah berkahwin .

" Kris ! Bogoshipeo . Jomlah hantar saya balik . " kata Mai Song, dikerling seketika ke arah MaeLin . " You boleh balik sendiri kan ? " tanya Mai Song kepada MaeLin . MaeLin hanya mengangguk dan berlalu pergi .

**

Air mata MaeLin jatuh apabila dia jauh sedikit dari taman tadi. Dia yakin Mai Song dan Kris sudah pergi . Ke mana, dia pun tidak tahu .

Saat itu, MaeLin rasa apa yang Kris cakap pada Mai Song tentang perasaan Kris terhadapnya hanyalah tipu! Dia tak boleh percaya lagi .

" Pabo-yah! Kau yang nak semua ni . Kau yang minta semua ni dirahsiakan , kenapa kau nak menangis , sakit hati macam ni lagi ? " MaeLin memarahi dirinya .

Air mata diseka dan kakinya melangkah laju ke apartmen Kris . Menyesal pula rasanya bila keluar tak pandu kereta siang tadi .

Tiba saja di apartmen, MaeLin terus menuju ke bilik nya dan Kris . Semua barangnya dikeluarkan dari almari, termasuk barang mandinya.

Bagasi yang berisi bajunya ditarik ke bilik tetamu . Hanya ada dua bilik didalam apartmen Kris , satu bilik Kris dan dia , satu lagi dibiarkan kosong . Cadangan asal mereka nak jadikan bilik itu bilik bakal anak mereka nanti tapi nampaknya tak jadilah kan ?

Usai memindahkan barangnya, kunci pendua bilik itu dicari . Kalau Kris balik nanti, Kris takkan dapat buka pintu bilik itu kecuali Kris sanggup nak pecahkan pintu .

" Okay! Kkeut! Kita mungkin lebih okey kalau macam ni . Tak payah nak sakit hati, tak payah nak gaduh, and you can do whatever you want . "

Nasib baik bilik itu sudah dilengkapi dengan katil dan meja solek . Tak payahlah dia nak tidur di lantai .

Tubuhnya direbahkan ke katil . Selepas mandi, badannya terus terasa malas dan matanya juga mengantuk . Biarlah matahari dah naik ke, dah petang ke, dia takkan keluar bilik . Masa Kris keluar, baru dia ke dapur mencari makanan . Kalau tak ada makanan, dia akan keluar beli makanan ringan dan ramyeon untuk bekalan dalam bilik .

**

Kris pulang terus ke apartmen selepas menghantar Mai Song . Tiba saja, dia terus masuk ke bilik mencari MaeLin namun hampa .

" No . No . No . Takkan dia lari pula? "

Tombol pintu bilik tetamu cuba dibuka namun berkunci . Kris tersenyum . MaeLin masih ada bersama nya di dalam apartmen itu .

Kris mengetuk pintu bilik itu . Namun tiada respon dari MaeLin . Kris membiarkan . " Okaylah dia tu dua tiga hari lagi . " kata Kris pada dirinya dan masuk ke bilik untuk tidur .

Dia hanya ada 3 jam sebelum jadual penggambarannya .

**

Mai Song sudah menukar bajunya kepada baju tidur . Hari dah nak siang, buat apa pakai baju tidur lagi ?

" Kau tak layak nak duduk sekali dengan aku . Standard kita berbeza, aku orang ternama dan terkenal . Sedangkan kau, selalu kena bash peminat-peminat aku . Kenapa kau perlu wujud hah dalam dunia ni ? "

_______________________

XOXO ..

I Want You Where stories live. Discover now