Nineteen

281 24 0
                                    

Pusing kiri, pusing kanan . Masih juga tak selesa . Jam Pooh dikerling . Pukul 3 pagi . MaeLin meraup wajahnya . Kenapa aku tak dapat tidur ni ?

Telefon ditepi bantal diambil . Ada mesej dari Suho . Sejak kebelakangan ini, Suho selalu menghantar mesej kepadanya , sedangkan dulu Suho hanya menghubunginya bila perlu saja .

Goodnight Mae .. Sweetdream. Mimpikan saya, ok ? - Suho

Namun MaeLin tidak berani mahu membalas . Dia takut hatinya berubah kepada Suho lagi sedangkan Kris terlalu baik untuk disakiti . Dan kenapa baru sekarang Suho baru nak tunjuk minat pada dia ? Dulu, ketika hati dia masih suka dan sayangkan Suho, Suho hanya nampak Mai Song.

Mata ditutup semula . Sedaya upaya dia mahu melelapkan matanya .

**

EXO memulakan latihan mereka dengan tarian Overdose, lagu terbaru mereka . Kris kelihatan seperti tidak bermaya dan letih .

“ Kris! Kenapa kau ni hah ? Kalau kau tak larat, berhenti je . Tak menyusahkan aku nak handle . ” tengking pengurus mereka .

Sebenarnya, semua ahli EXO keletihan kerana hampir 4 bulan mereka tidak berehat secukupnya . Kris diam . Malas mahu menjawab . “ Dah! Mula semula tarian tadi . ” arah pengurus EXO .

Namun Kris terduduk dilantai kerana asmanya menyerang, tapi tidak teruk sangat . “ Kita rehat kejap boleh tak ? Saya letihlah . ” ujar Kris . “ Kau! Kalau kau nak rehat, rest forever! Nak jadi idol, usaha takda . Baru sikit dah mengeluh. ” kutuk pengurus EXO .

Kris mulai berang . Ahli yang lain cuma diam sahaja . “ Kau apa tahu ? Kau tu pengurus je . Kau ada ke menari sana sini, menyanyi sana sini . Selama 4 bulan berturut-turut kitorang tak rehat . Sehari, 2, 3 jam je kitorang tidur . Rest forever? Itu yang aku nak pun! Blah lah! ” amuk Kris dan keluar dari bilik latihan itu . Pintu dihempas kuat .

Diam .

Pengurus EXO mendengus geram . “ Tak habis-habis dengan masalah . Tunggu apa lagi! Sambung balik latihan . “

**

Tao ke tandas untuk menjauh sebentar dari ahli-ahli yang lain . Nombor MaeLin ditekan namun dia tidak berani menghubungi MaeLin , takut kantoi oleh pengurus mereka .

Babe . Kris hyung mengamuk tadi . - Tao

Send! Dia menunggu sebentar . Tidak sampai 20 saat, dia sudah mendapat balasan dari MaeLin .

What ? Kenapa pula ? Habis tu, dia kat mana sekarang ? Dia okay tak ? Kenapa dia mengamuk ? - MaeLin

Laju tangan minah ni balas kan . Haha haiishh sayang sangat kau dengan Kris tu . Bertuah Kris hyung . Bisik Tao dalam hati .

Jarinya lincah menaip untuk membalas mesej MaeLin .

Entah . Kat dorm kot . Dia kata nak blah dari group ni tau . MaeLin, help me ㅠ^ㅠ aku sayangkan hyung aku tu - Tao

**

Hah ? Kris nak keluar ?

Lama MaeLin memandang mesej yang dihantar oleh Tao .

Nombor Kris cepat-cepat didail . Namun tiada jawapan . Cuba lagi, juga tiada jawapan . Sekali lagi dia cuba, juga tidak dapat . Pesanan ringkas ditaip dan dihantar kepada Kris. Lama dia tunggu namun tiada balasan . Hatinya mulai risau .

MaeLin bangkit dari katilnya dan mencapai sweater merah, hadiah daripada Suho dulu .

“ Ma! Mae pergi rumah Kris kejap . Ada benda nak discuss . Annyeong . ” jerit MaeLin, pintu utama ditutup . “ Haish budak ni . ” omel Omma nya di dapur . Dia tidak sempat berkata apa-apa MaeLin sudah hilang .

**

Pintu rumah Kris diketuk berkali-kali . Tanpa henti . Akhirnya pintu dibuka oleh ayah Kris . Dengan wajah pelik, ayah Kris memandang MaeLin . “ Kenapa ni ? ”

“ Kris ada tak ? ” tanya MaeLin . “ Ada . Dia tengah packing kat bilik . ”

Ayah Kris memberi laluan untuk MaeLin masuk .

MaeLin terus berlari ke bilik Kris . Tanpa ketukan, dia terus masuk . Kris sedang mengeluarkan semua baju dan seluarnya . Kemudian dimasukkan ke dalam bagasi . “ Awak buat apa ni ? Kenapa awak packing ? Awak nak pergi mana ? ” tanya MaeLin, bertalu-talu .

Bagasi dizip . Dan wajah MaeLin dipandang . Kris duduk dibirai katil . Keluhan dilepaskan . Sanggup ke aku ? Aku sayang dia . Bisik hatinya . “ Saya nak pergi China petang ni . ” jawab Kris, ringkas .

“ Tapi kenapa ? ” tanya MaeLin, mendekati Kris . Dia duduk disebelah Kris lalu tangan Kris dicapai . “ Saya.. Officially out from EXO . Im not one of them anymore. ” terluah juga apa yang berada didalam hatinya . “ But why ? This is what you wanted before, isn't it ? Tell me . Why are you doing this ? ” tanya MaeLin lagi .

“ I can't do this anymore . For four months, saya tak jumpa my dad . Saya tak dapat jumpa awak . Saya tak tahan . Saya penat hidup saya diatur . Sedangkan usaha saya orang pertikaikan . Saya nak pergi China . Tinggal kat sana beberapa bulan, maybe years . Kat sana, takkan ada orang atur hidup saya lagi . ”

“ Saya macam mana ? ” tanya MaeLin . Mata Kris ditentang . “ Saya tanya, saya macam mana? Awak nak pergi China lama . Awak nak tinggalkan saya . Jadi maknanya saya ni pengacau hidup awak juga lah ? ” tanya MaeLin lagi . Dia tidak mahu Kris tinggalkan dia di Korea .

Tanpa menjawab, Kris mencapai bagasi nya dan keluar dari bilik . MaeLin mengekori . Appa Kris sedikit pun tidak menghalang . Seolah-olah faham situasi mereka .

Sedikit pun Kris tidak menoleh . Sehinggalah tiba di kereta Kris . “ Sampai hati awak kan . ”

“ Kalau saya pergi, awak bolehlah keluar dengan Suho . Dengan Sehun . Awak pernah ke guna baju yang saya bagi ? Jaket tu, yang awak tengah pakai tu, tu Suho bagikan ? Jaket yang saya bagi mana? Kenapa awak tak pakai ? Tak sudi ? Lagipun, bukan ke Suho 'first love' awak ? ” bentak Kris .

Terdiam MaeLin . “ Tapi sekarang tak lagi . Saya sayang awak . Okay fine ! Kalau itu yang awak nak . Lepas ni, awak jangan cari saya lagi . Awak pergilah China tu . Tak payah balik . Saya benci awak! ” balas MaeLin, entah kenapa egonya meningkat .

Ikutkan hati, dia mahu merayu supaya Kris tidak pergi . Tapi bila Kris bangkitkan soal Suho dan Sehun, dia jadi marah .

MaeLin terus berlalu pergi . Sekali pun dia tidak memandang belakang . Dia tahu dia akan menyesal nanti, tapi dia tak sanggup toleh belakang . Dia sangka Kris akan panggil namanya walaupun sekali namun apabila deruman kereta berlalu pergi, dia tahu Kris sudah pergi .

Kenapa ? Kenapa perkara macam ni terjadi ?

Saya akan tunggu awak , Kris . Sampailah awak kata awak benci saya, awak tak sayang saya lagi . Semoga awak berjaya .

*****************************

Good news .. Esok last exam . Yahooo!

Hahaha..

Jap, nak minta pendapat ..

Mana yang patut saya update dulu bulan 12 ni ?

Fanfic - I am B1A4's maid

Novel - Dia Bukan Ditakdirkan Untuk Aku

Mana satu ? Novel or Fanfic ? Saya keliru ..

Suggest k mana satu ? Muahh love you .

P/S - follow ig Officiala_tg ( saya punya ) , Theglam_official ( group ig )

I Want You Where stories live. Discover now