MaeLin duduk di atas katilnya menunggu Kris keluar . Manalah tahu Kris ada penggambaran ke , tak pun nak keluar 'dating' dengan Mai Song .
Pintu diluar kedengaran dibuka . MaeLin bangkit dari katil . Telinganya dilekapkan ke pintu untuk mendengar bunyi . Selepas mendengar bunyi pintu ditutup, MaeLin yakin Kris sudah keluar . Perlahan-lahan pintu dibuka dan dia mengintai ke luar .
" Yes! Dia dah keluar . Jigeum, aku kena keluar juga . Beli makanan . " MaeLin mencapai kunci keretanya dan dompetnya saja . Malas nak bawa beg tangan . Dompet dah cukup . Ada duit, ada kad pengenalan, dan kad kredit .
Pintu biliknya dikunci dan dia keluar dari apartmen itu .
**
Dari jauh, Kris hanya memerhati MaeLin masuk ke dalam kereta . Saja nak ikut ke mana MaeLin pergi . Dia dah agak MaeLin akan keluar dari bilik, tahu sangat perangai MaeLin macam mana .
Dengan jarak yang agak jauh, Kris mengekori kereta MaeLin .
Apabila tiba di supermarket, Kris mengekori MaeLin kemana saja di dalam supermarket itu . Dah macam pengintip lah pula . Tak pun, perompak .
**
" Nak ambil yang mana ? Ni ke ni ? " tanya MaeLin kepada diri sendiri .
Baru saja mahu mengambil dua-dua, tangan lain sudah mengambilnya dulu . Pemilik tangan itu dilihatnya . " Nah! Ambil dua-dua . Saya belanja . " kata Kris, menyuakan bungkusan keropok itu kepada MaeLin .
Tapi MaeLin buat bodoh saja . Orang kan tengah marah, mestilah buat macam tu .
MaeLin meninggalkan Kris . Malas nak layan . Sudahlah pakai baju t-shirt biasa . Tak pandai nak menyorok sikit dari peminat ke ? Matilah kalau kena serbu nanti . Percuma heboh satu Korea yang Kris dah kahwin dan MaeLin jugalah yang kena serang nanti . Huh!
" Mae, tunggulah . Kenapa awak nak lari dari saya ? Dahlah awak pindah keluar semua barang awak dari bilik saya, lepas tu awak tak keluar bilik . Kenapa ni ? " tanya Kris .
Mata orang didalam supermarket itu sudah pun memandang mereka dengan pelik . Malah ada yang berbisik dan mengambil gambar . MaeLin melajukan langkah kakinya meninggalkan Kris .
" Song MaeLin! " panggil Kris, agak kuat . Langkah MaeLin terus terhenti . Dari belakang dia dapat mendengar Kris mendekatinya .
Tidak semena-mena tangannya ditarik dan dibawa keluar dari supermarket itu .
Argh! Mesti masuk internet ni nanti!
Kris tidak melepaskan tangan MaeLin sehinggalah tiba di kereta . Bukan kereta MaeLin tetapi kereta Kris . Pintu dibahagian penumpang sebelah pemandu dibuka dan Kris membuat isyarat mata menyuruh MaeLin masuk namun MaeLin berdegil .
" Sekali saya suruh masuk, MASUKLAH! " marah Kris . Mendengus geram, MaeLin masuk . Malu punya kalau peminat-peminat Kris ada disitu .
Kris turut masuk dan menghidupkan enjin kereta . Sesekali matanya menjeling ke arah MaeLin . Ketara wajah MaeLin marah dan langsung tidak senyum . " Pakai tali pinggang tu . " arah Kris perlahan . MaeLin pula hanya mengikut . Nanti percuma kena tengking lagi!
**
Tempat biasa mereka berdua di Han River .
Kris memberhentikan keretanya di situ . Namun tidak melangkah kereta, sejuk gilerr ! " Kenapa awak elakkan diri dari jumpa saya ? Apa salah saya ? " Kris memulakan perbualan . MaeLin hanya diam dan memandang ke luar tingkap .
Tangan MaeLin dicapai . Namun ditarik semula oleh MaeLin . Sekali lagi Kris mencapai tangan MaeLin dan digenggam erat . " Cuba cerita kat saya . Omma dan So Hyun pun ada tanya tentang awak . Kenapa ? Awak gaduh dengan mereka ke ? "
" Apa kata kalau kita bercerai ? " Lain yang ditanya, lain pula dia dapat kembali . Kris terus menegakkan badannya . Matanya tidak lepas memandang wajah MaeLin . " What ? Are you insane ? Kenapa tiba-tiba ? Ke-kenapa ? "
MaeLin melepaskan keluhan dan dia menolak tangan Kris di tangannya . " Saya rasa macam our marriage was a mistake! Kalau kita tak kahwin, awak dan saya bebas pergi mana-mana tanpa perlu elakkan diri dari kantoi dengan orang . Orang pun takkan bash saya . Fans awak pun takkan marah awak . Awak pun tak payah nak sorok-sorok keluar dengan..dengan Mai Song, kan ? "
" Jadi semua ni sebab Mai Song lah ? Look, saya sayang awak and i love you so much . Lepas saya tinggalkan awak dulu, baru saya sedar awak penting dalam hidup saya . Saya menyesal, jadi saya cuba dapatkan awak semula dan berhasil . Takkan semudah itu saya nak lepaskan awak selepas saya bersusah payah dapatkan awak ? Kenapa saya perlu lepaskan awak atas sebab nak jaga hati orang lain ? Dan kenapa bila saya nak officially announce our marriage, awak tak bagi ? Saya tak faham ! " balas Kris .
Segala yang dia simpan, terluah juga .
MaeLin keluar dari kereta dan bersandar disisi kereta milik Kris itu . Kris juga mengikuti perilaku MaeLin . " Kalau awak tak cerita, saya takkan tahu . Saya janji, saya takkan tinggalkan awak . " sambung Kris lagi .
" Saya minta awak rahsiakan sebab, fans awak dan Mai masih lagi bash saya . Fans EXO pun . Apa salah saya ? Takkan saya nak berkawan dengan idol mereka nak benci saya, kutuk saya macam-macam . Takkanlah disebabkan you all famous, popular, saya orang biasa tak ada apa-apa ni tak boleh nak berkawan dengan korang ? " luah MaeLin . Tangannya digenggam kuat . Takut dia menangis pula disitu nanti .
" Apa kata kita bagitahu semua about us ? Nanti saya katalah kat mereka supaya tak bash awak lagi . Kalau mereka bash awak, sama macam mereka bash saya . Kan ? " cadang Kris .
MaeLin memusingkan badannya menghadap Kris . " But, your carier ? "
" Nan sangwan eopseo . You are more important to me . Okay ? "
**
Seorang lelaki menyerahkan satu sampul berwarna coklat kepada Mai Song . Dengan tidak sabarnya Mai Song mengeluarkan gambar-gambar yang diletakkan didalam sampul itu .
Gambar pertama, Kris tengah pegang tangan MaeLin didalam kereta .
Gambar kedua, Kris peluk MaeLin diluar kereta .
Gambar ketiga, Kris dan MaeLin berpelukan .
Dan gambar keempat, Kris dan MaeLin kissing .
Mai Song menghempas geram gambar-gambar itu di atas meja .
" Damn it! Dorang still together tapi buat macam tak ada apa-apa depan aku! Pandai korang tipu aku kan ? Pandai! But not too smart! Look MaeLin, siapalah kau kalau nak dibandingkan dengan aku kan ? Tak sedar diri! Kau fikir peminat Kris suka ke kalau you guys together ? Huh! Kita tengok siapa yang akan mengalah kali ni . Me or you ? "
" Bos, duit upah saya mana ? " tanya lelaki tadi . Sempat dia mengutuk Mai Song kerana masih boleh bercekerama di depannya . Duit upah tak pula diserahkan . Hesh!
Satu sampul surat dilempar ke arah lelaki itu . " Dah blah! Jangan tunjuk muka hodoh kau tu depan muka aku lagi! Menyemak saja! " halau Mai Song kasar . Semakin riak dan sombong selepas menjadi popular .
Depan kamera boleh pula baik sangat!
Pijak semut pun tak mati gamaknya kalau di hadapan kamera ! Drama sangat! Tahulah pernah jadi heroin dalam banyak filem , dalam real life pun nak berdrama juga ke ?
Mai Song mencapai telefonnya .
" Ma! Mai nak jumpa ma.. ... Yes, Korea! Ma please! I need you! "
____________________
Hye readers!
Saya mungkin akan kurang update sebab sekolah kan ?Okay, korang boleh tanya saya apa-apa saja .
Itupun kalau korang ada soalan lah ya ?
Haha .
Dalam next update saya akan jawab semua soalan korang .
Boleh kat inbox, or kat comment .XOXO
Id wc : Naziera_Ziera
Ig : officiala_tg
____________________
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...