Thirty-Four

199 16 3
                                    

" Kalau aku tak dapat buatkan kau lupakan MaeLin, ma akan tolong aku! Hahaha! " Mai Song ketawa .

**

Akhirnya MaeLin dan Kris dah berbaik semula tapi MaeLin tidak mahu pindah semula ke bilik Kris . Katanya malas mahu mengemas kembali barang-barangnya . Bila Kris mahu menolong, MaeLin menolak!

" Awak tidur mana malam ni ? " tanya Kris . MaeLin menunjuk ke arah bilik yang digunakannya itu . " Habis tu, saya nak peluk siapa malam nanti ? " kata Kris lagi . MaeLin hanya buat bodoh . Malas nak layan . Orang tengah syok tengok RUNNING MAN . Mengacau saja .

Pinggang MaeLin dicuit oleh Kris . " Ish! Jangan kacaulah! Textlah Mai tu! Kacau orang je . " marah MaeLin . Kris memuncungkan bibirnya , tanda tidak puas hati dengan jawapan MaeLin . " Yeobo! " panggil Kris .

MaeLin terus memandang Kris . Terkejut dengan panggilan baru itu . " Yeobo ? " ulang MaeLin . " Yalah, yeobo . Takkanlah kita nak guna saya-awak lagi . Tak best and tak romantik! "

" Okay, tapi saya nak panggil awak apa ? "

" Emmm! Awak bahasakan diri awak MaeLin dan awak panggil saya oppa ? Okay kan ? " balas Kris . Jari MaeLin dipegang . Lama MaeLin diam , memikirkan apa yang dikatakan oleh Kris .

" Oppa ? Why must oppa ? Selama saya panggil awak Kris, elok je . " MaeLin cuba membangkang .

Bukan apa, dia tak biasa dan tak pernah rasanya dia panggil Kris dengan panggilan 'oppa' . " Yeobo, kita dah lebih 4 bulan kahwin, tapi tak pernah sekali pun yeobo panggil saya Oppa . Bolehlah, please ? " Kris mula buat muka cute nya .

Oh my! Cuba bayangkan Kris buat comel dia .. Cair hati ini . Lolss .

" I'll try but i can't promise you . " jawab MaeLin . " Cuba sebut sekali ? Oppa nak dengar .. "

" O-opp-pa ? " tergagap-gagap MaeLin menyebut . Selain dari Xiumin, dia tak pernah panggil orang lain dengan panggilan itu . Panggilan 'oppa' akan keluar sendiri dari bibirnya, hanya kalau dia selesa dan tidak malu dengan orang tersebut .

Melihat gelengan dari Kris, MaeLin mahu berlalu ke biliknya namun tangannya ditarik semula oleh Kris sehingga menyebabkannya terduduk di atas riba Kris . "Yeobo, agak-agaknya kan, bila kita nak ada baby ? " tanya Kris tiba-tiba . Tangannya diletakkan di perut MaeLin .

Terkesima sebentar . " M-mwo ? "

MaeLin berpindah duduk disebelah Kris . Pelik pula rasa duduk atas riba Kris lama-lama . " B-baby ? Kenapa tiba-tiba ? " tanya MaeLin lagi, terkejut dengan soalan maut Kris itu .

" Yeobo tak nak ada baby ke ? Or you nak jaga badan ? Or you tak nak ada baby dengan oppa ? Ataupun yeobo tak sedia lagi ? " bertalu-talu tekaan Kris. MaeLin mengeluh . Tak tahu nak jawab apa .

Dia bukannya tak nak ada anak, dia bukannya nak jaga badan, dia bukannya tak nak ada anak dengan Kris dan dia bukannya tai bersedia . Dia memang nak ada anak supaya dia tak bosan duduk rumah bila Kris keluar cuma dia takut risikonya nanti . Dia takut peminat-peminat Kris tak suka dengan semua itu .

Seperti dapat membaca fikiran MaeLin, Kris terlebih dahulu menjawab . " Pasal fans oppa ke ? Sekarang ni, kita jangan fikir tentang orang, kita fikir tentang diri kita dulu . Kalau kita fikir tentang orang, diri kita macam mana ? "

MaeLin tertunduk , tidak tahu mahu menjawab apa . Ada betulnya apa yang Kris katakan tapi bagi MaeLin, peminat Kris amat penting kerana tanpa peminat, siapalah mereka . Peminat dan penghibur saling melengkapi antara satu sama lain . Sama seperti guru dan pelajar .

" Kita tunggu setahun ataupun dua tahun lagi . After two years, kita cubalah something . Okay ? Oppa kena fikir tentang peminat-peminat oppa juga . Kalau takda mereka, oppa takkan jadi famous macam ni tau ? " nasihat MaeLin .

Anggukan dari Kris membuatkan MaeLin tersenyum . Dia tahu Kris sayangkan peminat-peminatnya .

**

Puan Oh, omma Oh Mai Song duduk disofa dengan wajah berang . Mai Song hubunginya hanya kerana nak suruh dia hebohkan pada media tentang hubungan Mai Song dan Kris sahaja . Punyalah tergesa-gesa dia balik dari Paris sebab Mai Song call tiba-tiba .

" Ma, ma kena tolong Mai ma ! Mai ni anak ma! " tangis Mai Song lagi . Kaki omma nya dipegang . Kedengaran keluhan berat dari bibir Puan Oh .

Anak tunggalnya ini memang sukar untuk ditangani . Menyesal.pula apabila dia dan suaminya manjakan anak gadis tunggal.mereka itu . " Tolong apa Mai ? Takkanlah ma kena beritahu pihak media yang kamu tergila-gilakan YiFan tu ? Dia tu chinese kan ? Apa yang kamu pandang pada dia tu ? Lagipun, kamu sendiri yang tinggalkan dia dulu . " balas Puan Oh, malas .

" Ma! Ma jangan lupa, dulu masa sekolah, ma selalu guna duit Kris untuk beli barang ma, ma selalu minta duit dia . Kenapa sekarang, bila company pa dah okay, ma buat macam ni ? " kata Mai Song, mengungkit kisah lama .

Wajah Puan Oh berubah riak . " Kamu pun sama juga . Yang kamu tinggalkan Kris sebab nak dengan Suho tu apa ? Jangan nak salahkan ma seorang je . Padan muka kamu! " bidas Puan Oh . " Ma, Mai putus dengan Kris dulu pun sebab ma and pa! Ma and pa perlu duit, Suho lebih kaya dari Kris sebab tu Mai tackle dia ! Ma jangan nak salahkan Mai pula! Ma kena tolong Mai . "

" Tadi kamu kata Kris dah ada yeochin kan ? " Puan Oh menukar topik . Malas nak dengar Mai Song ungkit pasal kisah lama . Yang dah lama tu, biarkanlah terkubur .

" Mai tak kisah pasal yeochin dia tu . Perempun tu bukannya layak untuk dia, perempuan tu langsung tak ada populariti and fans Kris bukannya suka dia pun . Dia je yang gedik nak menggatal ! I hate her very much! I thought after Mai balik sini semula, dorang dah tak bersama, tapi dorang makin rapat! Ni semua ma punya pasal! " kata Mai Song sambil menuding jari ke arah Puan Oh .

Terkejut Puan Oh apabila disalahkan begitu . Apa pula salah dia kali ni ? Anak tunggal dia ni bukannya betul sangat . Kalau dah nak sesuatu benda tu, dia akan usahakan!

Sampai satu tahap, Puan Oh rasa yang Mai Song tak macam dulu ! Mai Song memang sudah berubah sejak semakin popular .

" Kenapa nak salahkan ma ? Ma takda kena mengena dalam hal kamu dan Kris ! Jangan nak salahkan ma! " balas Puan Oh, berdiri dan memandang tajam ke arah Mai Song . Rasa ringan saja tangan mahu menampar anaknya itu . Namun dia masih cuba bersabar .

" Kalau ma and pa tak perlukan duit dulu, Mai takkan tinggalkan Kris! Ni semua Ma dan Pa punya pasal! Semuanya salah ma dan pa! Kalau ma tak nak tolong Mai, ma dan pa kena bayar balik duit yang Mai dah bagi dulu termasuk duit Suho dan Kris! " ugut Mai Song .

Puan Oh tersentak . Bagi balik semua ? Duit tu dah habis ! " Mana ada lagi duit mereka tu pada ma . Ma dan pa dah guna untuk bangunkan semula syarikat pa . Duit ma pun dah habis digunakan untuk balik sini . " balas Puan Oh , mula gelisah .

Mai Song ketawa kecil, dan senyuman sinis terukir di bibirnya . " Mai tak kira . Kalau ma tak dapat bagi semua duit tu, ma kenalah buat apa yang Mai suruh . Dan Mai akan bagi ma berapa saja duit yang ma nak . "

Mata Puan Oh membesar mendengar perkataan duit . Dia mengangguk setuju . Duit telah menguasai mindanya . Tamak!

" Mai nak ma buat ............ "

_______________________

Hye! No question ke ?
Soalan berkenaan dengan ff ni pun boleh tanya tau .
Tapi kalau takda, its okay. I don't mind .

XOXO

_______________________

I Want You Where stories live. Discover now