Seven

416 31 0
                                    

"SUHO ! MAI SONG ! " sorak peminat dari bawah pentas . Suho dan Mai Song ada persembahan pentas pada malam itu . Suho dan Mai Song akan berduet dalam satu lagu ciptaan MaeLin .

Sebenarnya, sudah lama lirik tersebut ditulis . Sejak MaeLin masih menjadi pengurus kelab Suho lagi .

Kebetulan pula Suho mengemas kembali studio lama mereka dan terjumpa lirik itu .

MaeLin langsung tak tahu tentang lagu tu . Suho mengambil lirik itu tanpa pengetahuan MaeLin . Pernah sekali Suho mendengar MaeLin menyanyika lagu tersebut .

Lagu yang ditulis oleh MaeLin itu mengisahkan seorang gadis yang menyimpan perasaan terhadap kawan baiknya sendiri tetapi merasa rendah diri . Mai Song berusaha memujuk Suho untuk menukar lirik lagu itu .

" Yeoreobun . Oneul-eun, naui chingu saeng-il ibnida . " kata Suho sebaik saja habis menyanyi . MaeLin yang berdiri disebelah Kris itu seperti tidak sedar apa-apa dan lupa tentang sesuatu perkara .

Kris dan Suho hanya berbaik untuk mengaturkan majlis hari jadi MaeLin pada hari itu . Tao juga datang dan membuat persembahan diatas pentas . MaeLin gembira kerana sepupunya itu kelihatan sungguh gembira .

Apa yang terjadi di atas pentas langsung tidak dihiraukan . MaeLin tahu, ramai peminat Suho dan Mai Song tidak suka dia . "shipper" SuSong pun banyak yang tidak suka kerana takut MaeLin merampas Suho dari Mai Song .

Dan sejak ada peminat Suho menghantar komen di instagramnya itu lah , dia berhenti dari terus dekat dengan Suho . Dia tidak mahu kerjaya Suho rosak kerananya .

Tadi pun, bila dia masuk bersama Tao dan Kris . Ramai yang menjeling nya . Ada juga yang memberinya hadiah . Disebabkan itulah Suho memberi MaeLin tiket VVIP kerana tidak mahu ada yang menyakiti MaeLin .

**

Tao duduk di bangku yang berdekatan dengan peminat Suho dan Mai Song . Dia tahu itu peminat mereka berdua kerana peminat-pemintat itu memakai jersi SuSong .

" Geram lah dengan MaeLin tu . Dulu , dia rapat dengan Suho . Pastu Kris ! Habis Mai Song nak letak mana ? " kata seorang perempuan yang duduk dibelakang Tao .

" Yelah . Tadi, kau nampak tak Kris and sorang namja jalan kiri kanan dia masa dia nak masuk ? Rasa princess lah tadi . " balas kawan perempuan itu . " Namja ? Namja mana ? Aku tak perasan pun . "

Saat itu, Tao rasa mahu pusing dan memarahi kedua gadis itu . Mana tak geramnya . Dah orang kutuk sepupu dia . " What ! Handsome lah . Takkan yang ni pun dia nak juga ? "

Tidak dapat menahan dirinya, Tao terus berpaling . Kedua gadis itu terkejut kerana lelaki yang berada didalam kamera itu ada dihadapan mereka . " Y....yo...you... ? " tergagap mereka berdua .

Tao berdiri . " Hello . SuSong shipper . My cousin, Song MaeLin tak da hubungan pun dengan Suho okay ? Dengan Kris pun dia takda hubungan . Dorang cuma kawan ! Just stop accusing her . "

Habis saja berkata begitu, Tao terus berlalu ke belakang pentas .

Baru puas sikit hatinya . Walaupun MaeLin tidak pernah bercerita apa-apa tentang itu kepadanya, tapi dia tahu kerana bila MaeLin buka saja telefonnya, pasti ada notification yang masuk .

Dan, ada saja kritikan yang MaeLin terima hanya kerana dia rapat dengan Suho dan Kris . Banyak yang sangka MaeLin perosak hubungan Kris , Mai Song dan Suho ..

Pernah sekali MaeLin langsung tidak keluar bilik . Itu ketika Tao masih di China lagi . Omma dan Appa MaeLin yang hubungi nya kerana dia lah yang paling rapat dengan MaeLin .

Dia tak tahu dari mana peminat SuSong mendapat berita palsu itu . Hanya kerana MaeLin bekas pengurusi kelab tarian Suho dulu, dia terus dituduh begitu .

I Want You Where stories live. Discover now