Di lapangan Seoul, seorang gadis yang mengenakan cermin mata Rayban dikerumuni ramai orang . Masakan tidak, dia adalah model yang selalu muncul di muka hadapan majalah hiburan .
Misi dia pulang semula ke Korea bukan saja ada photoshoot, malah lebih .
" Aku dah bagi peluang dulu, sekarang tak lagi . " katanya sinis .
**
Omma dan Appa sudah pun pulang dari kampung kelmarin . So Hyun dan MaeLin masih belum baik lagi . Bukan belum, tapi dorang tengah nak berbaik . Itupun atas bantuan Kris .
Ketika sarapan pagi, Kris menyatakan hasrat nya mahu membawa MaeLin pindah ke apartmen miliknya dulu . Apartmen milik Kris itu memang dikenali ramai rakan artis dan peminat . Mereka berdua sudah pun berbincang mengenai perkara itu .
" Tak kantoi dengan media ke nanti, Kris ? " tanya Appa, sedikit risau . Yelah, dia kan sayang MaeLin sangat-sangat . " Kalau saya tak balik apartmen saya tu, lagilah orang akan pelik . Dah hampir 3 bulan saya tak balik apartmen tu . I hope omma and appa understand . " ujar Kris .
MaeLin hanya diam . " Baiklah . Kami faham . Bila kamu berdua nak pergi ? "
" Petang ni, kami akan pindah ke apartmen tu . Kalau saya free, kami akan jenguk omma dan appa . "
**
Apartmen Kris agak besar dan mewah . Cantik dan kemas . " Pandai awak kemas . Cantik . " puji MaeLin .
Kris membawa bag pakaian mereka ke dalam bilik utama, bilik mereka berdua nanti . " Saya jarang balik sini, sebab tu kemas je . Dan saya tak suka bawa orang datang sini . Kecuali awak . " balas Kris .
Sedang MaeLin berehat di sofa, telefon Kris berbunyi . Laju saja tangan Kris menjawab . Siapa agaknya ? Kris bergerak jauh sedikit dari MaeLin .
Lebih kurang 15 minit, Kris kembali ke ruang tamu tapi pakaiannya sudah ditukar . " Saya keluar sekejap, okay ? Jumpa kawan . Kalau saya lambat, jangan tunggu . Oh , jangan buka pintu kecuali untuk EXO . " kata Kris .
Sempat dia mencium pipi MaeLin . MaeLin hanya mengangguk . Walaupun hati tersangat nak tahu siapa yang menghubungi Kris tadi, dia diam sahaja . Televisyen dibuka .
**
Mai Song memeluk Kris . Lama dia tidak jumpa Kris . Selepas peristiwa MaeLin 'diculik' dulu, dia terus menghilang . Kris membalas pelukan Mai Song . Kris hanya menganggap Mai Song hanya sebagai kawan saja selepas mereka putus dulu .
Tapi satu yang Mai Song tak tahu . Yang Kris sudah berkahwin dengan MaeLin . " Kris ! Lama tak jumpa . Awak sihat ? " Mai Song memulakan perbualan . Wajah Kris ditatap lama . Menyesal pula dia tinggalkan Kris dulu . Kerana sekarang Kris lebih popular dari EXO . Kalaulah aku tak tinggalkan dia untuk Suho tak guna tu dulu . Sekarang , pasti nama aku naik sekali dengan nama Kris . Rugi!
" Saya okay, sentiasa sihat . So, selama ni awak menghilang ke mana ? " tanya Kris . Mai Song tersenyum . " Saya ke Thailand . Ada tawaran as model kat sana . Saya jalankan kursus kat sana, and they trained me on how to be a model . "
Biasalah bila idol keluar ke mana-mana, mesti ada yang ambil gambar kan ? Walaupun tempat yang tersembunyi . Paparazzi sentiasa ada untuk menjual cerita-cerita tentang idol ataupun artis .
Banyak jugalah gambar Kris dan Mai Song diambil . Kris tak ambil kisah kerana dia anggap MaeLin sebagai kawan . Kalau Mai Song, tak tahulah macam mana.
Kris dan Mai Song lepak sampai malam . Kris memang nak balik tetapi kasihan dengan Mai Song yang baru balik ke Korea .
**
MaeLin bangun dan menuju ke pintu . Dia menjenguk untuk melihat sama ada Kris sudah balik atau tidak . Namun sama saja seperti tadi . MaeLin duduk semula di sofa . Jam di telefon bimbit ditenung . Hampir tengah malam tapi bayang Kris pun belum ada lagi .
Beberapa kali MaeLin nak menghubungi Kris tapi takut mengganggu . Mana tahu kalau Kris tengah shooting, orang lain pula yang jawab nanti . Kantoi pula tentang hubungan mereka .
Makanan yang dimasak tadi masih lagi di atas meja . Apa yang ada dalam peti sejuk itulah yang dia masak . Hanya keluhan yang mampu dia luahkan . " Mesti dia sibuk . Haa! Dah nasib kau kahwin dengan idol, MaeLin . "
Akhirnya, MaeLin tertidur disofa . TV memang sudah dipadam kerana tiada mood mahu menonton . Semua cerita cinta . Dan dia jemu dengan cinta .
Kris pulang apabila angka menunjuk pukul 1 pagi . Lepak dengan Mai Song sehingga tidak sedar masa berlalu . Seronok juga dapat mengimbau kenangan lama bersama Mai Song .
Terpandang sofa, Kris ternampak MaeLin nyenyak tidur disitu . Rssa bersalah mula menerpa diri . Kris masuk ke dalam bilik untuk mandi . Selepas mandi, dia duduk di katil kerana mendapat pesanan ringkas dari Mai Song .
Akhirnya dia tertidur di situ .
**
MaeLin terbangun kerana cahaya matahari menyilaukan matanya . Dilihatnya sekeliling . Kris tiada diruang tamu bersamanya .
Bilik tidur dijenguk kejap . Kelihatan Kris sedang lena berbungkus selimut diatas katil . Dengan perasaan geram dan marah, MaeLin terus ke dapur dan mengemas meja yang terhidang dengan makanan yang dia masak semalam .
Sambil mencuci pinggan , MaeLin membebel . Melepaskan rasa sakit hatinya . " Dia keluar sampai pukul berapa, lepas tu tak jamah makanan aku . Aku tidur kat sofa tunggu dia balik . Dia senang-senang tidur kat atas katil . Siap air-cond lagi . Telefon genggam kat tangan , tak nak lepas . Aku ni apa ? Tunggul ? Pindah sini buat apa, kalau nak jadikan aku ni maid kat rumah ni ? "
Baru saja nak mula membebel balik, ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang . Terasa nafas seseorang dilehernya . Dia tahu itu Kris . Tak payah toleh pun tak pa .
" Goodmorning .. " ucap Kris . Suaranya ketika itu serak kerana baru bangun tidur . Sungguh menggoda . Namun MaeLin tidak melayan . Tangan Kris yang memeluk pinggangnya dileraikan dan MaeLin berlalu masuk ke bilik untuk mandi .
Kris menepuk dahinya . Mesti MaeLin marah sebab semalam . Kris mengekori langkah MaeLin hingga ke bilik air . Namun pintu bilik mandi ditutup betul-betul di hadapan wajah Kris . Secara tidak sengaja okay ?
" Macam mana aku nak pujuk ? Dahlah aku tak kejut dia tidur dalam bilik semalam . Kris! Kau ni tak romantiklah! Argh! Eotteoke? " omelnya sendirian .
MaeLin keluar dengan memakai bathrobe . Rambutnya pula dibalut menggunakan tuala . Sekali lagi Kris menghampiri MaeLin yang sedang mencari baju itu . Dipeluknya sekali lagi seperti di dapur tadi . " Awak . Teman saya shooting hari ni jom . " ajak Kris . Leher MaeLin dicium lembut .
" Tepilah! Geli . Buat apa saya nak teman, nanti orang syak pula . " balas MaeLin dingin .
Belum sempat MaeLin melarikan diri ke bilik air untuk memakai pakaian , Kris memegang kedua bahunya dan memusing badan MaeLin supaya menghadapnya . " Sayang, kenapa awak marah sangat ni ? Kalau sebab saya balik lambat semalam, saya minta maaf . Saya terlelap kat sini, dan terlupa nak kejutkan awak . " kata Kris .
Perlahan, tangan Kris yang berada di bahu MaeLin, MaeLin tolak dan turunkan . " Ya, awak patut minta maaf sebab tu . Tapi satu yang buat saya sakit hati, awak lalu je makanan yang saya masak ? Awak tak text pun yang awak takkan balik untuk makan malam . Awak ajak saya pindah sini untuk apa ? Untuk apa , Kris ? " ujar MaeLin .
Diam . Kris tidak mampu menjawab soalan itu . " See ? Awak diam . No answer from you . "
Sekali lagi MaeLin menutup kuat pintu bilik mandi . Biar hancur sekali pintu itu .
_____________________
Ops! New conflict .
Kalau dorang divorce, macam mana ? Siapa setuju ?
Dan siapa tak setuju ?
Jap! Korang nak ke Kris dengan Mai Song balik ?
Mai Song popular tau ? Tak macam MaeLin .
Hehe . Jangan benci saya .
Haha XOXOaziejung *
______________________
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...