Jari MaeLin digenggam erat. Tidak sanggup dia mahu melepaskan lagi jari itu. Cinta hatinya.
" Yeobo, please wake up.. Kenapa tidur lama sangat? I miss you.. " bisik Kris.
Walaupun selepas menerima pendermaan darah, MaeLin masih belum banhun lagi. Doktor mengesahkan keadaan MaeLin stabil dan........koma. Sudah seminggu MaeLin koma sejak kejadian Mai Song menikamnya dan YongYoo.
Dan YongYoo akan keluar dari wad hari ini. Xiumin yang menjaga YongYoo sepanjang dia berada di hospital.
**
Malam.
Kesemua ahli EXO datang melawat MaeLin. Begitu juga Tao. Tao datang dari China semata-mata mahu melawat sepupunya itu. Luhan sudah menceritakan segalanya. Luhan masih tidak dapat pulang ke Korea atas urusan peribadi, jadi Luhan mewakilkan Tao untuk datang bagi pihaknya.
" Hyung. Nak makan tak? Saya belanja. " tanya Sehun, yang jarang nak keluarkan duit untuk belanja sesiapa.
Kris hanya menggeleng. Matanya tidak lepas dari memandang MaeLin.
Tiba-tiba jari telunjuk MaeLin bergerak. Terkejut Kris dibuatnya. Begitu juga dengan yang lain. Dengan pantas Tao berlari keluar memanggil doktor.
Kesemua mereka disuruh menunggu diluar wad sementara doktor memeriksa keadaan MaeLin.
Kris dari tadi berulang alik di hadapan pintu wad itu.
Tidak lama kemudian, doktor tadi keluar dengan senyuman dibibir.
" Syukur MaeLin dah bangun. Awak semua boleh masuk, tapi bagi dia makan dan minum ya? Ataupun nak pihak hospital hantar makanan? " ujar doktor itu.
Dengan pantas D.O dan Lay menggeleng. Mereka menunjukkan bekalan yang telah mereka sediakan di dorm sebelum datang tadi. " Kami dah sediakan makanan berkhasiat untuk MaeLin. "
Orang pertama masuk ke dalam wad ialah Tao.
Masuk saja, terus dipeluknya MaeLin yang bersandar dikepala katil. Kris terpaksa menguraikan pelukan Tao kerana kasihan melihat MaeLin yang masih lemah. Seminggu terlantar, MaeLin langsung tidak makan atau minum.
MaeLin memandang Kris dan tersenyum. Kris mengucup lembut pipi MaeLin. " Oppa, i want to eat fried chicken. And jjampong! "
" No way! Awak baru bangun, janganlah makan heavy foods! Makan ni! " marah Lay. D.O juga begitu.
MaeLin mula membuat muka kasihannya. Wajah Kris dipandang meminta simpati. Namun Kris terlebih dahulu menggeleng. " He's right, honey. After you discharge, i'll buy anything that you want to eat. " pujuk Kris.
" Tapi saya nak sekarang! " protes MaeLin lagi.
" Apa kata, for today, awak makan apa yang Lay dan D.O bawa ni. Esok atau lusa, saya dan Kris belanja awak. Okay? " pujuk Suho pula. Walaupun dia tahu MaeLin bukannya mata duitan, tapi tak salah mencuba kan?
" Betul? "
Mereka semua mengangguk.
Barulah MaeLin setuju mahu makan.
Tao dan Sehun duduk disofa yang berada di dalam wad itu. Jauh sedikit dari yang lain. Sempat lagi mereka berdua mengutuk Suho dan Kris.
" Sehun-ah. Suho hyung tu, MaeLin nak je dia belanja. Kita ni? Huh! " rungut Tao. Bersandar di sofa sambil menyilangkan kakinya. Begitu juga dengan Sehun.
Anggukan setuju diberikan oleh Sehun. Mata mereka tidak lepas dari memandang MaeLin dan yang lain.
" Kris hyung pun sama. Tahulah tu wife dia. Takkan kita ni dia tak nak belanja kot. " giliran Sehun pula merungut.
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...