Masih lagi bermasam muka . Kris pelik . Kenapa masa sebelum kahwin, senang je dia nak pujuk MaeLin ? Kenapa selepas kahwin, susah sangat dan mood MaeLin selalu berubah ?
Kris masih tak beritahu MaeLin yang Mai Song sudah kembali ke Korea . Kalau MaeLin tahu, apa reaksi dia agaknya ?
" Kris . Saya nak keluar dengan YongYoo kejap . Awak ada nak pergi mana-mana tak ? "
" Tak . Saya nak duduk rumah . Nak rest . Pergilah, tapi jangan balik lambat sangat . Nanti saya rindu . " balas Kris , nakal . Namun tiada reaksi dari MaeLin .
Selepas 15 minit MaeLin keluar, Mai Song menghubungi Kris , mengajaknya keluar . Kris hanya turutkan saja .
**
" Kau and Xiumin macam mana sekarang ? " tanya MaeLin ketika mereka duduk di bubble tea shop . " Still macam tu lah . Kitorang adalah juga keluar tapi selalunya malam . Well, aku kan photographer , dia idol . Dua-dia busy . Kenalah faham . " cerita YongYoo .
Banyak cerita yang mereka kongsikan bersama . Lama tak jumpa . As kawan baik, mestilah YongYoo tahu yang MaeLin dah kahwin dengan Kris . Tapi dia malas nak masuk campur hal rumah tangga orang, sebab nanti orang kata dia busybody .
Bunyi riuh di kawasan berdekatan dengan tempat duduk MaeLin dan YongYoo sungguh menarik perhatian sebab bunyi kamera bertalu-talu . Mereka berdua menoleh , ya lah. Nak juga tengok apa yang menarik sangat sampai beria-ria nak ambil gambar .
Disebabkan wartawan dan peminat melindungi ataupun mengaburi pemandangan mereka berdua, MaeLin dan YongYoo kembali memandang ke hadapan .
Namun telinga masih dapat mendengar butir pertanyaan wartawan .
" Mai . You pun dah jadi sucessful model, and dapat jumpa balik your ex . Apa perancangan you ? " tanya Wartawan itu .
MaeLin dan YongYoo berpandangan apabila mendengar nama Mai . Part ex tu yang mereka berdua keliru sedikit . Siapa ya ? Kris ataupun Suho ?
" Not really . We still nak perbaiki hubungan lama . Maybe, soon . I pun cadang nak tamatkan zaman solo i . " jawapan poyo daripada Mai Song . " Mostly model or idol, tak nak kahwin masa nama mereka tengah meningkat, but you lain . Kenapa ya nak tamatkan zaman solo you ? Tak takut fans you lari ? And apa pula pendapat you, Kris ? " soalan panjang dari seorang wartawan wanita .
Kris ? Terbeliak mata MaeLin . Spontan dia menoleh ke belakang semula . YongYoo pun sama . YongYoo bersiap sedia mahu menahab MaeLin, takut MaeLin menyerang Kris disitu juga . Namun lain pula yang jadi . MaeLin membawa pergi bubble tea nya dan menuju ke kereta .
Tidak mahu mendengar jawapan dari Kris .
Dengar ataupun tak dengar, tetap akan buat MaeLin sakit hati . Better balik rumah, lepaskan kemarahan seorang diri . Tak payahlah malukan diri sendiri di khalayak ramai kan .
" Kena inform kat Xiumin ni . " getus YongYoo . Suasana didalam kereta memang diam . MaeLin menumpang kereta YongYoo kerana dia tidak mahu bawa kereta dalam keadaan marah . Nanti kemalangan, mati , macam mana nak luahkan rasa marah dan tak puas hati tu kat Kris ?
Jadi, MaeLin harus bersabar dan menunggu saja untuk meletuskan larva kemarahan nya . MaeLin yang single dulu, bukan MaeLin yang dsh kahwin sekarang ni .
Jangan harap nak sama . Huh!
**
MaeLin duduk di birai katil dan menggenggam tangannya . Masih sakit hati dengan Kris .
Bunyi pintu dibuka membuatkan MaeLin bangkit dan masuk ke bilik mandi . Dia nak mandi, dan nak tidur . Nanti, kalau dia tak mandi atau tidur, dia akan meletup kat situ juga .
Kris jalan perlahan-lahan ke bilik . Kereta MaeLin sudah ada di tempat letak kereta dan semestinya MaeLin sudah pulang . Apa dia nak jawab dengan MaeLin agaknya nanti ? Nak kata dia jumpa Mai Song, lain pula jadinya . MaeLin tak tahu yang Mai Song sudah kembali ke Korea .
Bunyi air pancuran dari dalam bilik mandi kedengaran . Kris masuk ke dalam bilik dan menukar pakaian nya . Masih fikir alasan apa yang nak diberi kepada MaeLin .
" Kau pun satu, Kris ! At least textlah dia kata nak keluar . " Kris memarahi dirinya .
**
Mai Song duduk menghadap ke luar jendela . Sepanjang dia di Korea, dia hanya check-in di hotel . Malas nak sewa rumah or apartmen . Lagipun, pemilik hotel itu kenal dirinya siapa dan merupakan salah seorang peminatnya .
Telefon bimbit dipegang . Dia masih berkira-kira mahu menghubungi Kris ataupun tidak . " Hmm.. Kris, aku tahu kau masih sayangkan aku . Kalau tak, kau takkan sudi keluar dengan aku . Aku janji, aku akan tawan balik hati kau . Kita sepadan, sama-sama cantik dan kacak, bergaya, popular dan kaya . Nasib baik kau tak dengan MaeLin lagi . Aku dah agak kau takkan kekal dengan dia sebab korang tak sepadan langsung . " katanya seorang diri .
Mai Song masih tak tahu tentang perkahwinan Kris dan MaeLin . Mungkin sebab itu dia kata MaeLin tak dengan Kris lagi . Kris tidak pernah bercerita tentang MaeLin dengannya juga .
Jarinya menaip sesuatu dengan pantas di skrin telefon . Teruja dan gembira mahu berjumpa semula dengan Kris .
**
Tak tahan dengan suasana tegang antara mereka, Kris cuba bersuara . Dia duduk disebelah MaeLin, MaeLin hanya duduk diam disitu dan tidak berganjak . Pandang wajah Kris pun tidak .
" Dear, sampai bila kita nak macam ni ? " tanya Kris , mencapai tangan MaeLin dan digenggam erat apabila dirasanya MaeLin mahu menarik tangannya .
" Sampai awak jujur dengan saya . " jawab MaeLin . Jujur ? Jujur apa ?
" Jujur ? Maksud awak ? MaeLin, cuba terus terang . Saya tak sukalah awak diam macam ni . Saya rindu suara awak, saya rindu awak macam dulu . " kata Kris lagi .
Akhirnya MaeLin berpaling memandang Kris . " Ke-kenapa awak tak bagitahu saya yang Mai dah balik sini ? Dan kenapa awak tak bagitahu saya yang awak selalu jumpa dia ? " tanya MaeLin, memandang tepat ke arah mata Kris .
Mulut Kris terbuka seperti ingin berkata sesuatu, namun tertutup kembali . Dia tak jangka MaeLin akan tahu secepat itu . Telefon Kris berbunyi menandakan ada mesej masuk . MaeLin juga menjeling ke arah telefon Kris .
From: Mai Song
Kris . I miss you already . Kita dinner malam ni boleh?Wajah MaeLin dipandang sekilas . Kris mengeluh .
Mulut MaeLin nak sangat bertanya siapa yang mesej , tapi dia tahan . Masalah mereka masih belum selesai . " Mai text, dia ajak saya dinner malam ni . " kata Kris, walaupun tidak ditanya .
" Look, saya tak bagitahu awak sebab saya tak nak awak salah sangka . Kalau awak nak, saya boleh umumkan kat media biar satu dunia tahu kita dah kahwin . Saya lagi suka. " sambung Kris apabila tiada respon dari MaeLin .
" No! Okay, saya salah sebab marah awak . Tapi, jangan umum tau . " Lengan Kris dipeluk erat . Tanda memujuk Kris supaya tidak hebohkan hubungan mereka .
Kris pelik kenapa MaeLin tak nak hebohkan . Kepala MaeLin disandarkan dibahunya dan diusap . " Kenapa pula ? Kan bagus kalau orang dah tahu kita dah kahwin . Kita tak payah nak sembunyi-sembunyi lagi . Saya dan awak boleh keluar dating sama-sama . " ujar Kris . MaeLin menggeleng .
" Kita kena tunggu masa yang sesuai . And, jangan sesekali beritahu Mai Song . " itu jawapan MaeLin .
Tapi masalah, bila masa yang sesuai itu ? Tidak ramai yang tahu dia dan MaeLin dah berkahwin dan Kris nak sangat hebohkan kepada satu dunia tapi MaeLin melarang .
______________________
Idea ada, tapi maybe take time nak buat ayat macam mana .
Next update antara malam ni, esok ataupun lusa .
AzieJung XOXO
______________________
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...