YongYoo dan MaeLin cuba menyabarkan Mai Song. Semakin Mai Song menghampiri mereka, semakin itu mereka berdua mengundur. Bukan apa, ditangan Mai Song ketika itu ada pisau!
Dan Mai Song bagaikan tak waras. Pandangan mata Mai Song juga amat menakutkan. Pisau ditangan Mai Song tadi sebenarnya pisau yang YongYoo pegang masa pintu belum buka lagi. Tapi disebabkan terkejut dan ketika mahu menarik MaeLin menjauhi Mai Song, dia terlepas pisau tersebut.
" Mai, rileks! Ki-kita boleh berbincang cara baik kan? " kata YongYoo lagi. Takut juga dia.
Tiba-tiba saja Mai Song ketawa.
" Oh pity you two. No one can save you now. Aku boleh bunuh korang dua! And then, aku dapat Kris. " ujar Mai Song.
" Kau yakin ke dengan bunuh aku dan Yoo, Kris akan kembali pada kau? " MaeLin bersuara tiba-tiba. Mencerlung mata Mai Song memandang MaeLin. Mendidih darahnya apabila MaeLin berani melawan dan bersuara.
Ditangan MaeLin ada telefon bimbit. Dia sempat menghubungi Kris tadi. Tapi dia biarkan untuk Kris mendengar apa yang terjadi. Dan dia tahu Kris akan datang kembali.
Lebih-lebih lagi apabila terdengar suara Mai Song.
**
Suho pelik melihat perubahan reaksi Kris. " Whats wrong? " tanya Suho, memegang bahu Kris.
" Mai! Dia ada kat apartmen aku.. Di-dia nak bunuh MaeLin.. "
Serentak dengan itu, mereka berdua bergegas mahu ke dalam kereta dan memecut pulang ke apartmen. Perjalanan yang mengambil masa 40 minit itu makin merunsingkan Kris.
Bila-bila masa saja Mai Song boleh menyerang MaeLin dan YongYoo. Mai Song sangat berbahaya, tambahan dengan keadaan Mai Song yang tidak stabil dari segi emosi itu.
**
Ketika itu, MaeLin bergelut dengan Mai Song mahu merampas pisau dari tangan Mai Song.
Tadi, tiba-tiba saja Mai Song menyerang mereka. MaeLin sedikit terleka ketika itu dan YongYoo sempat menghalang tapi malangnya YongYoo yang ditikam!
YongYoo sudahpun terduduk bersandarkan dinding dengan tangannya cuba menekan tempat yant ditikam tadi. Sakitnya! Kesakitan yang tak pernah dia rasa sebelum ini. Dan darah! Matanya juga makin lemah dan dia rasa letih sangat.
Melihat keadaan YongYoo semakin lemah, MaeLin menolak Mai Song sekuat hati sehingga kepala MaeLin terhantuk di dinding.
MaeLin terus mendapatkan YongYoo. Pipi YongYoo ditepuk berkali-kali. Air mata MaeLin sudah pun mengalir melihat keadaan YongYoo begitu.
" Please don't fall asleep! Yoo, wake up!! "
Tangannya yang bergetar itu mencapai telefon dan terus menghubungi ambulans sebelum menghubungi Kyungsoo. Hanya Kyungsoo saja yang dia fikir ketika itu.
Sebaik saja panggilan disambut, MaeLin terus berbicara.
" Oppa, datang apartmen Kris sekarang. Mai menggila dekat sini dan Yoo kena tikam! Oppa- ah ! "
Telefon terjatuh dari pegangannya.
MaeLin berpusing memandang belakangnya. Mai Song ketawa macam orang gila. MaeLin menunduk. Pisau yang ditikam oleh Mai Song tadi masih tercucuk di pinggangnya.
**
" Oppa, datang apartmen Kris sekarang. Mai menggila dekat sini dan Yoo kena tikam! Oppa- ah ! "
Kata-kata MaeLin terhenti disitu.
Jeritan MaeLin itu membuatkan Kyungsoo makin risau. Berkali-kali dia menyebut nama MaeLin namun tiada respon. Talian masih belum dimatikan oleh MaeLin tadi membolehkan dia mendengar suara seorang perempuan ketawa.
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...