Thirty-Six

228 16 0
                                    

" Ma, esok ma jumpa Kris kat apartmen dia . " arah Mai Song sebaris . Suka hati dia saja nak arah orang, mak dia sendiri pula tu . " Untuk apa ? Ma malaslah! Ma nak balik Paris! " jawab Puan Oh .

Malas mahu masuk campur dalam urusan Mai Song lagi. Makin dilayan, makin menjadi-jadi anaknya itu. Tahulah anak tunggal. Tapi takkan sesuka hati saja mahu mengarah mak sendiri.

Mai Song memandang Puan Oh tajam .

" Ma dah lupa ke perjanjian kita ? " ungkit Mai Song. Puan Oh mengeluh. Suaminya, Encik Oh sudah pun menghubunginya suruh pulang semula ke Paris dan tidak masuk campur dalam urusan Mai Song. Katanya suaminya lagi, biat Mai Song tanggung sendiri semuanya.

Encik Oh mendapat tahu tentang Puan Oh menyerang Kris di set penggambaran kerana salah seorang rakan Encik Oh memberitahu. Kalau tak, memang dia takkan tahu apa yang isterinya buat di Korea itu.

" Ma malaslah nak layan kamu ni. Pa dah minta ma balik Paris, dia kata biar kamu tanggung sendiri akibatnya. "

" Pa tu memang tak pernah nak kasihankan Mai! Dari dulu sampai sekarang tak pernah nak support Mai. Mai dah berjaya macam ni pun dia masih tak hiraukan Mai. Mai ni bukan anak dia ke? Haa ma? " dengus Mai Song. Encik Oh, appanya memang dari dulu lagi tidak berapa suka dengan cara Mai Song.

Cuba dihalang, nanti Mai Song memberontak pula. Mahu ditegur, dah besar panjang.

" Dahlah! Suka hati kamu nak kata apa. Yang penting, ma akan balik Paris malam ni juga. Appa dah booked ticket for ma. Take care tau. "

Puan Oh berlalu ke bilik yang digunakan semenjak dia di Korea.

Barangkali mengemas pakaian.

Mai Song meraup wajahnya. " Kris, kenapa susah sangat saya nak dapatkan awak semula? Saya menyesal, Kris. Saya sayang awak. " bisik Mai Song sendirian.

**

Suho berulang-alik diruang tamu. Dia baru dapat panggilan dari Puan Oh, omma Mai Song. Pelik juga awalnya, ingatkan Puan Oh mahu meminjam duitnya lagi tapi tidak.

" Suho, tolong auntie halang Mai dari buat masalah? " kata Puan Oh dengan nada risau.

" Kenapa pula saya? Auntie kan omma dia, plus bukankah auntie bersubahat dengan Mai nak jatuhkan MaeLin? " tanya Suho, straight to the point.

Hampir 2 tahun dia bersama Mai Song dulu, dia tahu segala sikap Mai Song dan Puan Oh. Dan dia mahu sentiasa berjaga-jaga.

Kedengaran bunyi keluhan di hujung talian. " Auntie minta maaf, semua tu rancang Mai. Auntie kesian dengan dia dan auntie tak nak dia sedih. Tapi appa dia tahu dan appa dia suruh auntie balik semula ke Paris malam ni. Auntie takut dia akan buat benda lebih bodoh dan nekad lagi. " cerita Puan Oh.

" Saya tak janji saya akan tolong dia, tapi saya akan awasi dia dari buat benda yang bukan-bukan pada MaeLin dan Kris. "

Talian terus dipadam. Suho tidak menunggu respon dari pihak sana.

" Kalau aku diamkan hal ni, nanti takut jadi apa-apa pada MaeLin dan Kris. Mai Song bukan boleh percaya sangat. Mai memang dah gila sekarang. " omel Suho sendirian.

Dia tidak mahu terjadi apa-apa pada MaeLin. Dia sayangkan MaeLin. Walaupun MaeLin hanya anggap dia sebagai 'guardian' saja.

Kalau bukan kerana dia abaikan MaeLin dan bersama Mai Song dulu, mesti sekarang dia yang akan jadi suami MaeLin. Benda yang lepas, jangan dikenang. Yang penting sekarang kan MaeLin selamat dan bahagia.

" Suho hyung.. " panggil D.O . Suho menoleh. Kyungsoo masih statik di tempat dirinya. " Ne. Wae Kyungsoo-ah? "

" Kalau saya nak lawat MaeLin, boleh tak? "

Suho diam. Baru saja dua hari lepas mereka bermalam di rumah Kris. Sebaik saja balik dari apartmen Kris, dia dipanggil oleh CEO SM. Dia diberi amaran untuk tidak ke sana lagi kerana Kris bukan lagi ahli mereka dan masalah yang menimpa Kris akan membuatkan reputasi EXO turun.

Dia hanya mampu anggukkan saja.

" Mianhae, dangsin-eun geogi gal su eobs-eo. " jawab Suho, perlahan. Dia tidak mahu mengevewakan Kyungsoo tapi dia terpaksa buat begitu. Amaran keras daripada CEO, membuatkan dia lebih utamakan ahli-ahli yang lain.

" Geunde wae? Saya cuma nak hantarkan fav food MaeLin. Sekejap saja. " rayu Kyungsoo lagi.

Akhirnya Suho mengalah.

**

Pintu apartmen diketuk. MaeLin yang sedang menyediakan nasi goreng itu terkejut. Jam dikerling. Takkan Kris balik kot? Dia kata dia balik malam. Ni baru tengahari.

Buka saja pintu, wajah YongYoo yabg terhias dengan senyuman menyapa mata.

" Wah! Lama tak jumpa kau. Busy sangat ke ? "

YongYoo masuk setelah dijemput oleh MaeLin.

Baru saja beberapa minit mereka berdua duduk di sofa, sekali lagi ketukan di pintu membuatkan MaeLin segera membukanya.

Kyungsoo dan Suho tersenyum memandang MaeLin. " Oh hye? "

" Mae, kami tak boleh masuk tau. Saja nak hantar makanan ni.. Takut ada manager kami spy nanti.. Byee.. Jaga diri. "

Sebaik saja bungkusan makanan yang dibawa oleh Kyungsoo bertukar tangan, Kyungsoo dan Suho terus pergi.

YongYoo dan MaeLin berpandangan. Pelik.

Ah mana-manalah.

**

Bunyi esakan didalam rumah Mai Song masih kedengaran.

" Kenapa semua orang buat Mai macam ni ? Apa salah Mai? Mai cuma nakkan Kris je. " omelnya sendirian.

Sudah dekat 3 hari Mai Song asyik memerap di dalam rumah. Langsung tidak keluar. Sesi penggambaran juga tidak dihadiri. Jiwanya sakit dan kacau.

Baginya, tiada siapa yang faham dia. Dan semua orang nak rampas orang yang dia sayang. Terutama MaeLin yang merampas Kris darinya.

" Its now or never. Aku akan dapatkan Kris walau dengan cara apa sekalipun. Dia hak aku. HAHAHAHA "

**

_____________________

Pendek je bab ni.
Dan saya sempat buat satu bab ni je dulu.
Sebab saya busy dengan Friends In Love.
My new ff.

Kim Jinhwan dri iKON.

_____________________

I Want You Where stories live. Discover now