Thirty

250 18 2
                                    

Media : MaeLin dengan baju yang dia guna untuk tidur malam . But, tak termasuk boots and jaket bulu-bulu tu .

_______________________________

Disebabkan Kris dan MaeLin dah berbaik semalam, MaeLin bangun awal untuk menyiapkan sarapan . Kata Kris, dia tiada penggambaran hari ini . Jadi, mereka berdua hanya luangkan masa di rumah . Tanpa gangguan .

Elok saja MaeLin membasuh gelas , Kris memeluknya dari belakang . Bahu MaeLin dicium berkali-kali . MaeLin tak kisah kalau hanya itu . Kris mengeratkan lagi pelukannya . " Kris, saya nak sediakan breakfast ni . " kata MaeLin, berharap Kris lepaskan pelukannya .

" Hmm.. " hanya itu balasan dari Kris . MaeLin menarik tangan Kris dan meleraikan pelukan Kris itu . " Kenapa ni ? " tanya MaeLin, lembut . Dia menghadap Kris dan kedua-dua tangannya memegang pipi Kris . "

Lain pula yang terjadi apabila Kris memeluk MaeLin kembali . Erat sangat . Seakan tak nak lepas . " Kris, kalau awak terus macam ni, bila saya nak siapkan sarapan ? "

" Tak payahlah sarapan . I want to cuddle with you today . " balas Kris .

**

Mai Song memberhentikan keretanya bersebelahan dengan kereta Kris . Ada juga kereta lain tapi selain kereta Kris, ada satu kereta yang macam dia pernah nampak .

" Ah tak kisahlah . Aku datang sini nak jumpa Kris, bukan nak tengok kereta ni semua . "

Ketika mahu menaik lif , penjaga yang menjaga keselamatan kawasan itu menyapa Mai Song . Itu kerana dia tidak pernah nampak Mai Song di kawasan itu . Sudah menjadi tugas dia untuk mengetahui siapa dan mengapa orang lain selain penduduk disitu datang . Lebih-lebih lagi apabila apartmen itu apartmen mewah dan elit . Selebriti pula ramai yang tinggal.di situ . " Cik ni siapa ya ? "

" Saya Mai Song . Pakcik, Kris tinggal kat tingkat berapa ? " tanya Mai Song . Dia memang tak tahu tingkat berapa tapi dia tahu Kris tinggal di apartmen itu . " Kris ? Oh yang handsome tu ? Tingkat 4 . "

Selepas mengucapkan terima kasih, Mai Song terus ke lif dan ke tingkat 4 . Kalau tak dapat ajak Kris keluar, jumpa kat rumah pun jadilah . Ramai yang nak mereka berdua kembali bersama seperti dulu .

Dan dia akan lakukan itu .

**

Baru saja nak makan nasi goreng yang dimasak oleh MaeLin, loceng berbunyi . Kris bangun untuk membuka pintu . " Hai Kris ! " sapa Mai Song gembira .

Tanpa dipelawa, Mai Song menonong masuk .

MaeLin yang terdengar suara perempuan menyapa Kris itu mengintai sedikit . Apabila dia ternampak Mai Song melangkah masuk, MaeLin bersembunyi di sebalik peti sejuk . Sebaik saja Kris melangkah semula ke dapur, tangan Kris ditarik . " Apa dia buat kat sini ? Pagi-pagi pula tu . " tanya MaeLin .

" I don't know . Saya tak ajak pun dia datang sini . "

" Kris, awak ada air mineral tak ? " tanya Mai Song, mahu memasuki dapur . MaeLin mula panik namun masih bersembunyi . " Jangan bagi dia masuk sini . Please ? " bisik MaeLin, merayu .

Keluhan lembut dilepaskan oleh Kris . " Air ? A-a, kejap! Awak tunggu kat sofa sana kejap , okay ? " kata Kris, lebih kepada menghalau . Mai Song memberi senyuman kepada Kris dan kembali ke sofa . Pelik! Tadi dia dengar macam ada suara perempuan . Tapi siapa ?

Mata Mai Song melilau memandang ruang apartmen itu . Cantik dan kemas . Bersih dan teratur . Matanya terhenti pada gambar yang diletakkan di atas meja televisyen ( don't how to describe ) .

Laju saja tangannya mengambil gambar itu . Dorang masih bersama ke ? Bisik hati Mai Song .

Tiba-tiba gambar itu ditarik dari tangan Mai Song . Kris meletakkan gambar itu kembali di tempat asalnya . Tak ada sesiapa boleh sentuh barang milik dia dan MaeLin sesuka hati . Termasuk Mai Song . " Oh sorry . "

Mereka berdua duduk kembali di sofa . Sudahlah Kris belum mandi pagi, mengganggu masa Kris dan MaeLin nak bermanja pula tu . " Awak buat apa datang sini ? " tanya Kris , menghirup air kopi yang sempat disediakan oleh MaeLin sebelum Mai Song tiba tadi .

" Saja . Saya ada text awak semalam, tapi awak tak balas . Sebab tu saya datang sini . Saya rin-rindukan a-awak Kris . " kata Mai Song .

MaeLin masih dapat dengar semua tu . Ikutkan hati, nak saja dia tumbuk Mai Song . Muka tak malu! Dulu, dahlah ambil Suho dari dia . Bila dia dah dengan Kris, nak ambil Kris balik pula! Carilah orang lain minah oii! Jerit MaeLin dalam hati .

Dah itu saja dia mampu buat ketika itu . Kalau dia jerit kuat-kuat, kantoi pula nanti .

Kris mengeluh . Entah macam mana dia nak terangkan pada Mai Song . Nak cakap benda betul, MaeLin dah bagi amaran awal-awal . Tak cakap benda betul, serba salah pula dengan Mai Song . Kris meraup wajahnya . Dalam hal itu, dia tak tahu nak salahkan siapa . Rumit sangat !

" Mai, better kita kekal as friend . "

" Tapi kenapa ? Sebab MaeLin ? " tanya Mai Song, suaranya dah berubah . Marah, sedih dan macam-macam lagi . " Ya! Saya cintakan MaeLin . Dan, kita ada karier masing-masing . Tolong jangan musnahkan karier saya . Karier awak . " tanpa teragak-agak, Kris menjawab .

MaeLin yang bersembunyi itu tersentuh mendengar kata-kata Kris . I love you too Kris! Balasnya . Dan lagi sekali, hanya mampu balas dalam hati .

Sendu Mai Song mula kedengaran . Kris mula serba salah . Manakala MaeLin mengetap giginya geram . Ish! Dia buat drama air mata pula! Diintainya sedikit ke ruang tamu, kaki mula lenguh kerana berdiri dari tadi . Hati asyik merungut dan mendengus geram . Bilalah minah tu nak balik ?

" Kenapa MaeLin ? Kenapa awak pilih untuk cintakan MaeLin ? Dulu, kita bercinta lama . Takkan semudah itu awak lupa ? Kenangan kita . Kris, jangan buat saya macam ni . MaeLin tak sesuai untuk awak ! " kata Mai Song lagi . Masih duduk di tempatnya . Wajahnya saja diangkat untuk memandang Kris .

Amboi! Mengungkit nampak! MaeLin mula geram . Ikutkan hati, mahu saja dia melangkah keluar dan sembur Mai Song habis-habisan . Kris! Say something! Pintanya dalam hati.

" Saya tak perlukan pilihan untuk cintakan MaeLin . Hati saya pilih dia . Dulu ? Kisah kita semuanya dulu! Kenapa nak ungkit sedangkan awak khianati saya ? Awak dah lupa semudah tu awak tinggalkan saya dulu, dan sekarang semudah tu juga saya lupakan awak! " marah Kris .

Bencilah ! Buat apa nak mengungkit kalau puncanya semua dari Mai Song ? Buat apa nak salahkan orang lain kalau diri sendiri yang bersalah ?

" Awak keluar dari rumah saya sekarang! Saya tak nak wartawan atau orang awam ingat kita ada apa-apa hubungan! Past is past, Mai! " halau Kris . Dia bergerak ke arah pintu dan membukanya .

Perlahan Mai Song bangun dan berjalan keluar . Sebelum Kris menutup pintu, dia sempat berkata . " MaeLin tak sesuai untuk awak! Saya yang sesuai! Kita sama-sama popular dan dikenali , kenapa awak pilih MaeLin tu ? She got nothing! Nothing! Kris! "

Mai Song menahan pintu ketika Kris mahu menutupnya . " Kalau awak pilih MaeLin, awak akan kehilangan peminat awak! Sebab orang takkan suka awak dengan MaeLin sebab dia takda apa-apa ! Dunia tak tahu nama dia, dunia tak kenal rupa dia, dan dunia takkan sedar kewujudan dia . Ingat tu Kris! " sambung Mai Song dan melangkah pergi sambil mengesat air matanya .

Pintu ditutup dan dikunci oleh Kris .

Kris terus ke dapur untuk mendapatkan MaeLin . Dilihatnya MaeLin terduduk dan termenung . Kris duduk dihadapan MaeLin dan tangan MaeLin dipegang . " Kenapa ni ? Awak okay tak ? " tanya Kris .

" Dia betul , Kris! Apa dia cakap tu betul! " kata MaeLin dan berdiri sebelum masuk ke dalam bilik .

_______________________

Argh ! MaeLin dah terpengaruh dengan kata-kata Mai Song!
Masalah lagi .

AzieJung XOXO

_______________________

I Want You Where stories live. Discover now