Thirty-one

262 16 0
                                    

" Kenapa awak mesti dengar apa yang Mai cakapkan tu ? Awak tahukan yang saya tak pernah pandang semua tu pada awak . " kata Kris sebaik saja tiba di bilik . MaeLin duduk dihadapan meja solek dan memandang Kris melalui cermin .

" Tapi saya kisah! You are the famous idol, and your got reputation! Not like me ! Saya bukan sesiapa malah banyak fans awak tak suka saya . Hanya kerana saya rapat dengan Suho dan awak! Awak tak tahu hati saya sakit! " akhirnya terluah juga apa yang dia pendam selama ini .

Kris hanya diam . Dia tak pernah tahu perkara itu .

Namun bukan semua salahnya . " Habis tu, kenapa awak tak nak saya hebohkan pada media ? Kalau media tahu, semua orang akan tahu . Dan mungkin mereka akan hormat awak as my wife . Kenapa awak nak sangat berahsia , MaeLin ? " tanya Kris, masih mengungkit tentang mahu hebohkan pada media itu .

MaeLin mengeluh . Kenapa Kris tak pernah faham apa sebab dia lakukan semua itu ? Susah sangat ke nak teka kenapa dia tak benarkan Kris hebohkan tentang hubungan mereka?

" Kenapa awak susah sangat nak faham kenapa saya tak nak hebohkan ? "

" Ya ! Memang susah! Pada saya, awak seakan-akan cari peluang nak tackle Suho balik . Dia kan cinta pertama awak! Kenapa awak tak straight to the point je ? Saya malas nak berteka-teki . Saya malas nak fikir tentang awak . Kalau awak patut letakkan limit pada hubungan kita, apa sebab utama kita kahwin ? " kata Kris, marahnya mula meningkat .

Gasp!

Berdiri dari duduknya, MaeLin berpusing menghadap Kris . " Apa kena mengena Suho dalam hidup kita sekarang ni ? " tanya MaeLin, cuba berlembut . Tidak mahu amarahnya menguasai diri . Jika dia terlalu marah, dia akan menangis dan dia tak nak tunjukkan dia lemah dihadapan Kris .

Tanpa diduga, Kris mencapai t-shirt dan jaket kemudian masuk ke dalam.bilik air untuk menukar pakaian . Tidak lama kemudian, Kris keluar . Wajah MaeLin dipandang . " Saya malas nak bergaduh dengan awak pasal cinta pertama awak tu . Awak fikirlah sendiri . " kata Kris dan terus keluar dari bilik .

MaeLin mengikuti langkah Kris . Namun berhenti diluat bilik mereka saja manakala Kris sudah membuka pintu utama . " Kalau awak asyik lari , bila masalah nak selesai ? " kata MaeLin, sedikit kuat . Kris berhenti namun tidak berpaling mahupun membalas . Kemudian terus keluar .

**

MaeLin duduk dihadapan Suho . Selepas Kris keluar tadi, dia juga terus keluar . Dia berjumpa dengan Suho untuk meminta nasihat .

" So, sekarang ni saya penasihat awak lah ? " usik Suho . Berjaya membuat MaeLin ketawa kecil . " Saya benci bila saya dan Kris asyik bergaduh . Dan saya tak suka bila Mai datang balik dalam hubungan kami! " cerita MaeLin, tiba-tiba .

Apa ?

" Jadi, Mai dah balik Korea ? "

Berkerut dahi MaeLin memandang Suho . Takkanlah dia tak tahu . Perasan dengan pandangan MaeLin itu, Suho terus menjawab . " Seriously! Nan jinjja molla-yo."

" Lama dah dia balik tapi saya baru tahu juga . Kris jumpa Mai pada hari Mai balik sini . "

Memikirkan itu saja, MaeLin sudah terasa sedih . Tiba-tiba saja dia menangis . Suho pula panik . Nasib baik mereka didalam bilik latihan . Dia sengaja membawa MaeLin ke situ supaya jauh dari ahli yang lain . Nanti tak aman bila Baekhyun dan Chen asyik ganggu MaeLin dan troll dia .

( media : MaeLin nangis depan Suho . )

Di depan Kris, MaeLin tak nak menangis . Dia bukan selemah yang disangka . Dia mengaku dia ego tapi, hebohkan atau tak, sama saja . Peminat hanya akan bencikan dia .

I Want You Where stories live. Discover now