Bonus ( OMS )

268 18 1
                                    

OMS -> Oh Mai Song.

Mai Song duduk di dalam bilik yang berkunci itu dengan memeluk erat lututnya. Rambut serabai macam kembar Kak Pon, mata sembap sebab sekejap menangis, sekejap ketawa.

Dr. Joo dan seorang jururawat memerhati dari cermin kata di pintu. Takut nanti kalau masuk, Mai Song akan serang mereka.

Pernah sekali, jururawat yang ditugaskan memberi ubat kepada Mai Song diserang. Dengan garfu, namun tiada apa-apa yang terjadi kepada jururawat itu kerana jururawat tersebut sempat keluar.

Nama MaeLin yang selalu disebut oleh Mai Song. Dr. Joo dahlah tak kenal MaeLin, nak cari kat mana pula. Kisah hidup Mai Song pun dia tak tahu. Omma dan appa Mai Song langsung tidak pulang ke Korea. Mereka menetap terus di Paris. Mak bapak gila harta, anak pun dah tak wujud.

**

So Hyun keluar dari rumah dengan membawa sampul surat.

" Hyun, nak pergi mana ni? Awal sangat nak keluar ni. " tegur Omma. So Hyun hanya tersenyum dan memakai kasutnya. Pipi omma dikucup.

" Ada hal pentinglah, ma. "

**

Seorang lelaki berpakaian biru tua dan berseluar jeans mendekati kaunter pertanyaan dan pendaftaran di hospital itu. Sampul yang dibawa diletakkan di atas kaunter.

Jururawat yang bertugas mendongak memandang lelaki tersebut. Senyuman tetap dilemparkan. Terdetik juga rasa hairan dihatinya. Apa tujuan lelaki muda dan kacak itu datang ke hospital orang gila ini? Selalunya, kaum ibubapa yang selalu datang.

" Yes, ada apa-apa yang boleh saya bantu? " tanya Jururawat itu.

Lelaki tadi melihat tag nama yang berada di baju jururawat itu. Hanna.

" Hanna, macam ni. Saya datang nak bawa balik noona saya. " kata lelaki itu.

" Noona? Maaf ya, nama encik siapa? "

" Oh Kim Won. Noona saya, Oh Mai Song. Nurse, tolonglah benarkan saya bawa balik noona saya. Omma dan appa saya tak kisah pasal dia, tapi saya sayangkan noona saya. Isteri saya nak sangat jumpa dia. Tolong nurse? " rayu Kim Won.

Sayang? Nak muntah aku sebut. Orang macam Mai tak layak untuk disayangi. Lepas apa dia buat, dia layak ke untuk disayangi? Bisik Kim Won dalam hati.

" Saya kena tanya Dr. Joo dulu. Encik sila ikut saya. " Hanna, membawa Kim Won ke pejabat Dr. Joo untuk meminta izin mengeluarkan Mai Song dari hospital itu.

**

Dengan bantuan dua orang jururawat termasuk Hanna, Mai Song di iring memasuki kereta KimWon. Seorang gadis yang lewat 20-an berada di tempat duduk pemandu.

'mungkin isteri KimWon. ' bisik hati Hanna.

Kereta itu menderu laju meninggalkan kawasan hospital.

Bibir 'KimWon' mengukir senyuman sinis sambil menilik Mai Song yang diam membisu ditempat duduk belakang.

Puas dia pujuk Dr. Joo tadi untuk membawa Mai Song pergi. Nasib baik nasib menyebelahi dia apabila dia kata dia boleh bawa Mai Song berjumpa Kris dan MaeLin.

" Chaen, kita bawa dia ke rumah Ghaen. Kita uruskan dia kat sana. " arah 'KimWon'.

**

Gadis yang dipanggil Chaen tadi menolak Mai Song dengan kasar ke dalam rumah itu. Hatinya benci dan marah dengan Mai Song dari dulu lagi. Lama juga dia cari Mai Song.

Chaen dan 'KimWon' tahu satu perkara.

Yang Mai Song sebenarnya tak gila. Mai Song buat-buat gila supaya dia tak dimasukkan ke penjara.

I Want You Where stories live. Discover now