Seperti mana yang MaeLin katakan, dia tidak datang untuk pertandingan itu . Suho tertunggu-tunggu juga . Baginya, sekurang-kurangnya datanglah untuk saksikan persembahan mereka .
Ini, bayang MaeLin langsung tak nampak .
**
MaeLin terbaring di hospital . Omma dan Appanya ada disebelah . " Mae, lepas pembedahan ni, jangan pergi sekolah dulu tau . Kena tunggu 1 bulan lebih nak serasikan buah pinggang Mae dengan donater . Okay sayang ? " pujuk Ommanya .
MaeLin hanya mengangguk . Bukannya dia sengaja tidak hadir untuk menyaksikan pertandingan itu, tetapi dia ada pembedahan buah pinggang . Dia disahkan menghidapi buah pinggang tidak berfungsi ketika dikampung dulu .
Nasib baik mereka mendapat penderma dengan cepat . Tiada siapa pun yang tahu semua itu kecuali YongYoo . YongYoo seorang yang boleh dipercayai dan tidak akan membocorkan rahsia sesiapa .
**
Selepas habis pertandingan, bayang MaeLin juga tidak kelihatan . Kris dan Suho mula risau .
**
2 minggu sudah berlalu dan MaeLin tetap tak hadir ke sekolah . Yang peliknya, tiada pula guru-guru bertanya kenapa . Seolah-olah mereka sudah tahu sebab MaeLin tidak hadir .
Kris tekad . Dia mahu bertanya dengan YongYoo perihal MaeLin . Takut disalah anggap niatnya , dia membawa Sehun . Mujurlah mereka berdua sama sekolah .
Sebaik saja ternampak kelibat YongYoo, Kris dan Sehun terus menahannya . " Omona ! Ya ! " marah YongYoo . Dia paling tak suka terkejut .
" Mian . Aku cuma nak tanya pasal MaeLin . " ujar Kris . YongYoo mengeluh . Rahsia tetap rahsia . " Dia balik kampung . Ada emergency . Hishh dah lah . Aku sibuk .. " balas YongYoo dan mahu berlalu pergi .
Tetapi malangnya, lengannya ditarik menyebabkan dia berpusing semula . " Geojitmal hajima . Kalau dia balik kampung, kenapa dia tak on LINE ? " tanya Kris lagi .
Sehun hanya mengangguk . Betapa rimasnya YongYoo melihat Sehun . " Look . Kat kampung dia, rangkaian Internet takda . Jadi, dia tak dapat on LINE ..! "
" Eii . Seolma .. Kat kampung kitorang boleh je . " sampuk Sehun .
YongYoo mendengus dan terus berlalu meninggalkan Sehun dan Kris kerana tidak mahu terlewat ke kelas . Dan dia tidak pernah perasan yang Sehun sama kelas dengannya .
Dia dan MaeLin selalu dengan urusan mereka sendiri . Biarlah kelas riuh ke, senyap ke, semua itu bukan masalah kepada mereka . Bila cikgu masuk, mereka akan fokus pada pelajaran .
**
Suho tidak tahu kenapa, tetapi dia rasa risau kerana hampir sebulan tidak mendapat khabar dari MaeLin . Mai Song pula, masih dilayannya walau sedingin mana pun .
Banyak yang dia hadiahkan pada Mai Song . Jam tangan berlian, rantai , beg baru, kasut dan lain-lain termasuklah duit .
Dia pernah bertemu dengan omma Mai Song dan dia pernah terdengar perbualan mereka berdua . Omma Mai Song hanya mahu Mai Song ambil duit nya .
Tetapi Mai Song membantah kerana dia bersama dengan Suho bukan sebab duit. Mai Song hanya mahu menjadi seorang penari terkenal dan dikenali ramai .
Itu yang membuatkan Suho dingin sedikit .
Lama dia berdiri di tepi pintu kelas MaeLin . Nampak saja kelibat YongYoo yang keluar dengan tergesa-gesa, Suho terus menarik tangan YongYoo .
" Auch ! Ya ! Kenapa hari ni orang asyik nak tarik tangan aku ?! Aishh . " bebel YongYoo . " Mana MaeLin ? " tanya Suho .
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...