Dua bulan kemudian..
MaeLin terduduk di sofa. Letih sangat badannya hari itu. Kepala pula pening-pening dan dia tak ada selera nak makan. Kris kembali sibuk dengan jadual yang padat.
Cuma Kris tidak akan mengambil tawaran yang membuatkan dia perlu ke luar negara. Kata Kris, dia tidak mahu berjauhan dengan MaeLin.
Kadang-kadang kalau terdesak, Kris akan membawa MaeLin sekali.
Telefon bimbit MaeLin berbunyi. Tertera nama Tao di skrin. Tao asyik datang ke Korea dan melepak dengan Kris saja. Sudah dua minggu Tao tinggal bersama mereka dan mengikut Kris ke set penggambaran. Disuruh duduk di rumah saja, tidak mahu. Bosan katanya.
" MaeLin, buka pintu cepat! Aku ada kat bawah ni, on the way naik atas. Kris muntah-muntah kat set tadi. Open the door!! " jerit Tao di talian.
Walaupun tidak tahu hujung pangkalnya, MaeLin menurut saja dan membuka pintu.
Tidak lama kemudian, Kris dipapah masuk oleh Tao dan pengurus Kris. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pengurus Kris, MaeLin menutup pintu..
" Macam mana boleh jadi macam ni? Oppa, oppa makan apa sampai boleh muntah? " tanya MaeLin, risau. Tak pernah dibuatnya Kris muntah-muntah di set. Seletih mana pun Kris, dia takkan muntah.
Mata MaeLin naik memandang Tao.
" Hyep! Jangan tengok aku. Aku tak ajak dia pergi mana-mana pun tadi. " ujar Tao apabila sedar mata MaeLin memandangnya dengan pandangan curiga. Aku juga yang kena. Huh!
" Kita pergi kliniklah. Tao, tolong Kris. "
**
Kris duduk bersandar dikerusi depan doktor wanita itu. MaeLin setia disebelah Kris.
" Mengikut pemeriksaan, Kris tak sakit apa-apa. Dia juga tak keracunan makanan. " kata Doktor itu.
" Tapi, saya muntah-muntah teruk tadi. Ugh! " jawab Kris. Tak mungkin dia muntah tanpa sebab.
Doktor itu tersenyum. Matanya beralih kepada MaeLin. " Apa kata kita buat pemeriksaan terhadap isteri Kris? Kadang-kadang, awak muntah-muntah ni boleh jadi disebabkan oleh isteri awak. "
MaeLin mula cuak.
Namun setuju dengan cadangan doktor itu.
Beberapa minit kemudian..
Doktor wanita tadi kembali dengan senyuman. Kertas pemeriksaan ditangannya itu adalah keputusan pemeriksaan MaeLin tadi.
" Seperti yang saya jangka, awak muntah disebabkan oleh isteri awak, Kris. "
Wajah Kris dan MaeLin makin bingung. " Maksud doktor? " tanya Kris, akhirnya. Tidak faham apa pun maksud doktor itu tadi. Dahlah dia malas nak berteka teki. Orang sakit ni, doktor pula nak berteka teki.
" Congratulation. Kamu berdua akan menjadi parent. Kris, your wife pregnant. "
Krik krik.
Satu...
Dua...
Ti-
" Thanks God! " ucap MaeLin gembira. Kris juga begitu. Kris memeluk MaeLin dihadapan doktor tersebut.
Kegembiraan mereka ketika itu berganda. Lama mereka tunggu saat itu tapi baru sekarang mereka dapat merasa perasaan akan menjadi ibubapa.
**
Disebabkan Kris terlebih gembira dengan berita tadi, dia mengajak MaeLin dan Tao ke pusat membeli-belah. Katanya dia yang belanja.
Dalam kepelikan, Tao gembira dan teruja kerana dia mahu menyuruh Kris membelikan beg Gucci dan patung panda besar untuknya. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak.
YOU ARE READING
I Want You
FanfictionKenapa susah sangat kita nak bersama dengan orang yang kita sayang ? Kenapa orang selalu menilai seseorang melalui populariti dan famous ? Kenapa mesti ada dugaan dalam setiap percintaan dan perkahwinan ? Kenapa mesti ada orang yang sanggup rosakkan...