Twenty-three

276 19 1
                                    

" Awak hantar saya sampai sini je lah . " halang MaeLin apabila mereka mahu memasuki lorong rumah MaeLin . MaeLin takut kalau So Hyun ternampak Kris . So Hyun pernah beritahu yang dia marahkan Kris sebab buat MaeLin macam mayat hidup dulu .

Kris pelik . " Kenapa pula ? Dekat dah ni kan . Takpa, saya sanggup hantar orang yang saya sayang sangat ni sampai depan pintu rumah . Depan pintu bilik pun boleh . " ujar Kris, sedikit nakal . Habuannya, lengannya menjadi mangsa cubitan MaeLin .

Buntu MaeLin mahu menerangkan perkara sebenar . Dia tidak mahu Kris kecil hati . Dia juga tidak mahu So Hyun marah dan makin benci dengan Kris . " Tak boleh! Nanti So Hyun nampak . Saya tak nak dia marah awak nanti . Sini je okay ? " kata MaeLin lagi . " Kenapa dia nak marah? " tanya Kris, masih tidak berpuas hati .

" Sebab... Sebab... Se-sebab... " MaeLin rasa serba salah mahu memberitahu Kris . " Sebab saya tinggalkan awak ? " teka Kris , memandang tepat ke wajah MaeLin . Perlahan, MaeLin mengangguk .

Keluhan dilepaskan . " Saya boleh minta maaf dengan So Hyun . Dan, awakkan girlfriend saya . "

Girlfriend girlfriend .. Dari tadi girlfriend .

" Mana-mana awak lah . Tapi, kalau dia apa-apakan awak, saya tak nak tanggung apa-apa . Awak handle sendiri . " ujar MaeLin dan meninggalkan Kris .

**

Disebabkan MaeLin tidak membawa kunci , dia terpaksa mengetuk pintu . Kebetulan pula So Hyun masih menunggunya dan membuka pintu . Sebaik melihat wajah Kris, riak So Hyun berubah menjadi marah . " Apa dia buat kat sini ? " tanya So Hyun, dingin .

" Hyung hantar noona Hyun ni balik je . Okaylah macam tu, hyung balik dulu . MaeLin, saya balik dulu . Awak masih guna nombor lama kan? "

MaeLin menggeleng . Sejujurnya kad sim lama sudah dia patah dan bakar . Sakit hati punya pasal . Belum sempat Kris mengeluarkan telefon untuk meminta nombor baru MaeLin, So Hyun terlebih dahulu menarik tangan MaeLin dan menutup pintu .

Bukan bermaksud untuk kurang ajar, tetapi So Hyun masih belum dapat terima apa yang Kris dah buat pada kakaknya 6 bulan lepas . Punyalah susah nak pujuk balik .

" Hyun . Kenapa buat Kris macam tu ? Kan tak baik . Dia lebih tua dari Hyun kan ? " ujar MaeLin , lembut . Dia tahu So Hyun masih marah lagi tapi apa yang patut dia buat untuk hilangkan marah So Hyun pada Kris ? Dia bukan reti nak nasihat orang .

So Hyun mendengus geram . " Habis tu, apa yang dia buat kat noona dulu bik sangatlah ? Noona tahu tak, Hyun dan omma sedih tengok noona duduk terperap dalam bilik . Makan tak nak, jumpa orang tak nak . Semua tak nak . Tu baik sangat ke ? " balas So Hyun, sedikit tinggi suaranya .

" Itu kan cerita lama . Lagipun, noona dah okay kan ? " MaeLin masih cuba membela Kris . " Kenapa noona lembut hati sangat hah ? Sebab tu lah semua orang nak ambil kesempatan atas noona ? Cubalah sekali, jangan seksa hati noona kerana orang lain . Jangan abaikan perasaan noona sendiri semata-mata nak jaga hati orang .." rayu So Hyun , tidak sanggup melihat MaeLin menderita lagi .

MaeLin menunduk . " Tapi, noona masih sayangkan dia . Noona tak nak kehilangan dia lagi . Kalau dia nak tinggalkan noona untuk dia bersama dengan orang lain, noona sanggup. Mungkin tu kebahagiaan dia . Yang terbaik untuk dia . Hyun, tolonglah faham noona . " So Hyun semakin sakit hati dengan apa yang keluar dari mulut kakaknya itu .

Dari luar pintu, ada telinga yang mendengar segala-galanya . Kris masih belum pulang dari tadi . Ketika dia mahu pergi tadi, dia terdengar suara So Hyun meninggi jadi dia mencuri dengar . Tersentuh hatinya dengan apa yang dikatakan oleh MaeLin .

I will never leave you again . Not for anyone else . I will never make the same mistake again . Bisiknya .

" Habis tu, Suho hyung ? Hati dan perasaan dia macam mana ? Noona tak kesian ke dengan Suho hyung ? " terdengar lagi suara So Hyun . Masih tidak puas hati .

" Suho ? Noona memang sayangkan dia . Tapi, tak lebih dari seorang kawan . Hyun, kali ni je . Biar noona buat apa yang noona nak . Kalau apa yang noona buat ni jadi macam dulu lagi, noona akan dengar cakap Hyun . Okay ? Please ? " giliran MaeLin pula merayu .

Tidak sanggup curi-curi dengar perbualan dua beradik itu, Kris berlalu pergi .

**

Xie Yien menyedari mood Kris agak terganggu . Ketika di China dulu, Kris selalu juga melayannya walaupun sibuk dengan telefon . Ramai kata mereka berdua pasangan serasi, tapi dia tahu layanan Kris itu hanyalah sebagai seorang kawan .

" Kris . Kalau you tak sihat, baliklah . I boleh beritahu director . " tegur Xie Yien . Kris hanya tersenyum dan menggeleng . Xie Yien mengambil tempat duduk dihadapan Kris . " So, tell me about her ? Is she pretty ? " tanya Xie Yien .

" Yeah . It was my mistake . I know i love her so much and i got jealous when she hang out with the others . Like i said, it was my mistake . Kalau i tak pergi China , i dengan dia mesti masih okay sekarang ni . Adik dia pun takkan benci i . Tapi, dia tak pernah marah i pun pasal hal ni . Sebab tu i sayang dia sangat-sangat . "

Memikirkan tentang MaeLin, Kris tersenyum sendiri . " Kalau macam tu, you mesti tawan hati dia semula . Okay, apa kata after finish shooting, you terus jumpa dia ? " cadang Xie Yien .

" Memang tu plan i pun . Jom mula . I dah rindu dia . "

**

So Hyun keluar awal dari rumah . Tujuannya mahu ke kedai buku untuk membeli buku rujukan untuk persiapan tahun akhirnya disekolah tahun hadapan .

Buka saja pintu rumah, wajah pertama yang dia lihat pagi itu ialah Kris . Pagi-pagi dah mood rosak .

Kris senyum memandang So Hyun . Manakala So Hyun dingin saja reaksinya . Tahulah Kris bahawa So Hyun masih marahkan nya . " Hyun nak pergi mana ni ? " tegur Kris, mesra . " Kedai buku . " jawab So Hyun sepatah .

" Buat apa kat sini ? "

" Hyung nak jumpa noona Hyun . Nak ajak dia keluar . "

" Tak malu ke keluar dengan orang biasa macam noona ? Yelah , hyungkan idol terkenal . Semua orang kenal hyung . Noona tak membebankan hyung ke ? " sindir So Hyun .

Senyum lagi . Kris tidak mahu mengalah . Dia tahu, marah So Hyun akan surut . " Tu kesilapan hyung . Hyung cuba perbaiki kesilapan hyung dan janji takkan lukakan hati noona Hyun lagi . Kalau hyung buat juga, Hyun boleh pukul hyung . " balas Kris , lembut .

So Hyun terus memandang Kris . " Betul ni ? Tak menyesal ? " tanya So Hyun .

Gulp!

Beria-ria Kris mengangguk . Tidak lama kemudian, bibir So Hyun mengukir senyuman . Tanpa sebarang kata-kata, So Hyun meninggalkan Kris didepan rumah dengan pintu masih terbuka .

Hyung janji Hyun . Hyung takkan sia-siakan peluang yang Hyun bagi ni .

******************************

Ppyong . Morning updated! Haha .
Petang nanti update lagi next chapter .
Minggu depan last sekolah . Yahooo! Haha
Okay, anything, korang comment je . Nak cepat update ke, nak complain ke . Comment je .

Love me, love you to the galaxy and always come back .
AzieJung
XOXO

I Want You Where stories live. Discover now