Prolog (Edit)

4.9K 173 14
                                    

Awana 1997M

Lelaki itu membawa pantas bayi yang masih merah menuju ke arah satu rumah kayu yang cantik. Ada seorang lelaki sedang menunggu di hadapan rumah tersebut.

" Utama." Kata lelaki yang menunggu itu, dan riaknya juga terkejut melihat sesuatu yang digendong oleh lelaki yang dipanggil Utama itu.

" San.." Utama termengah mengah seketika mengambil nafas. Bayi yang masih tidur itu dipegang erat.

" ..... ini lah pertolongan yang aku pinta darimu San. Jagakan bayi ini."

Lelaki yang bernama San itu terkedu. Jagakan bayi? Bayi yang masih kecil itu? Kelihatan seperti baru dilahirkan. Bayi ini dari mana asalnya? Siapa ibu bapanya?

" Utama, ini semua gila. Mengapa aku yang kau minta untuk jagakan bayi ini Utama? Bayi ini pasti asalnya dari sana, bukan? Bagaimana gamak kau memisahkan bayi ini dari kedua ibu bapanya?" San membalas seolah olah kesal akan tindakan terburu buru dan tiba tiba itu. Tetapi Utama menggeleng geleng, tampak terdesak caranya.

" Aku akan gila jika aku tidak selamatkan bayi ini San. Bayi ini dikatakan membawa kecelakaan dek kerana dia dilahirkan semasa bulan Merah. Kasihan sungguh dia, dipulau semua hanya kerana dia mangsa ramalan yang dikatakan benar itu. Malahan ayahnya mengarahkan supaya dia dibunuh San. Dibunuh agar kecelakaan itu hilang. Hanya hati nurani aku yang menghalang semua kekejian dan kemungkaran. Agar tiada siapa yang menjadi mangsa kegilaan ini." Utama keraskan tubuh untuk kekal berdiri, dia cuba untuk menyelesakan diri kerana mahu bayi yang dikendong itu merasa aman.

" Lihatlah dia dahulu San, gamakkah kau lihat wajah secomel ini dibunuh hanya kerana kata kata karutan itu? Bukan kah kau pernah katakan sebelum ini bahawa ramalan itu syirik? Aku sedang selamatkan seorang nyawa yang seharusnya hidup hingga dia diseru kelak."

San menghela nafas halus, dan menghampiri Utama. Perlahan lahan dia melihat bayi yang dikendong yang sedang lena itu. Hatinya tersentuh. Bagaimanakah bayi secomel dan secantik ini diarahkan untuk dihapuskan? Mana sikap belas sebagai manusia zahir hingga nyawa boleh dipermainkan sesuka hati?

Kasihan sungguh. Jika bukan dia yang sanggup menjaganya, siapa lagi?

" Baiklah, aku akan menjaganya. Tetapi, aku risau akan masa hadapannya Utama. Bagaimana dia akan hidup nanti? Dia perlu tahu akan dirinya!" Ujar San, berbaur risau dan bimbang. Matanya masih menatang bayi itu.

Dia tahu, bayi itu akan tahu kisahnya satu hari nanti. Akan tahu cerita tentang dirinya yang akan diperkatakan kelak. Cerita tentang dirinya yang dibuang ibubapa demi untuk mengikuti ramalan yang belum tentu betulnya.

Utama mengangkat wajah dan ukir senyum.

" Jagalah dia dengan baik San. Bayi ini istimewa, kelak dia akan membawa kebaikan pada negaranya satu hari nanti. Dia akan tahu, pada saat dia kembali ke sana, takdir yang akan mengikutnya hingga ke akhir hayat." Tuntas Utama perlahan sambil memberikan sesuatu yang berwarna merah kepada San.

" Berikan padanya San kelak apabila saat dia meningkat dewasa. Ini yang akan menuntunnya kembali ke asal. Dalamannya akan sedari perlahan lahan siapa dirinya sebenarnya."

San mengambil barang merah delima itu sambil menggenggam erat, dia mengangguk. Perlahan lahan Utama memberikan bayi gendongan itu kepada San. Bayi itu bertukar tangan menggendongnya. San melihat bayi itu masih lena seolah tidak terganggu akan suara suara kecil perbualan. Entah kenapa tiba tiba hatinya jatuh sayang pada bayi itu. Jarinya mencuit perlahan pipi tembam merah itu, mengusik.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now