" Makan Hazel, kasihan kamu nak. Bagaimanalah kamu tersesat hingga ke Langkasuka. Sudahlah tidak ingat apa apa," kata Mak Kemboja sambil menyeduk nasi ke dalam pinggan Hazel.Lauk ikan talapia lemak kuning membangkitkan selera. Fuh lepas dia tengok si Arjuna parut kelapa, dengan biceps dia yang menggoda tu, terus rasa selera mencanak naik.
Jangan salah faham. Ikan sungai nok. Bukan pasal bicep dia tu.
Pandai Mak Kemboja masak, memang kena dengan selera jin Hazel.
Hazel hanya angguk angguk sahaja. Tak mampu dah nak berkata kata kerana sedapnya nasi itu. Dah tak kisah akan nasi tambah yang Mak Kemboja letak dalam pinggannya. Bukannya aku yang mintak, lagi pun tak de la nampak sangat aku kebulur.
Jatuh saham aku depan Arjuna.
Haih.
" Tinggal sini lah Hazel, kamu jadi anak kami. Ramai anak anak dalam rumah ni, meriah sedikit," sampuk Tun Utama, ayah kepada Arjuna dan Melati. Rupanya Tun Utama merupakan antara pembesar negeri, dan seorang ahli bijak pandai. Hazel baru tahu dia merupakan seorang pengkaji alam.
Entah apa yang dikaji pun tak tahu.
" Melati setuju, boleh lah Melati ada kakak," ujar Melati tampak gembira. Hazel senyum tipis. Ala tak boleh lah, aku kena cari jalan nak balik ke zaman aku balik. Nak jadi kakak kau, boleh gaduh ada lah.
" Boleh saja Melati," hanya itu yang mampu terkeluar dari bibir Hazel. Arjuna tersenyum, sempat mengerling ke arah gadis itu.
"Umur Hazel berapa nak?" Soal Mak Kemboja sambil menuang air .
" 26 Aunty, eh makcik," balas Hazel, sengih. Sempat dia gigit bibir, tersilap kata. Aunty jadah apanya.
Namun jawapan itu mengejutkan semua yang ada kat situ.
"27? Hamba ingat kamu 16 tahun." Balas Tun Utama sedikit terkejut. Hampir terkeluar nasi dari mulut Hazel tatkala mendengarnya.
Wohaaaa, seriously pakcik. Jauh beno beza pun. Nak kata tipu aku, muka ketat serius semacam Pakcik Tun Utama ni.
" Ehee, 27 lah." Tidak tahu ingin mengeluarkan kata kata.
" Hazel tak kahwin lagi? 26 sepatutnya sudah mempunyai 5 orang anak," hampir tersembur nasi dari mulut Hazel tatkala mendengar kata kata dari Mak Kemboja.
Kenapa nada makcik tu macam aku ni tak laku? Huaaaaa..
Tetapi Hazel hampir terlupa, dia berada di zaman lampau. Mungkin sahaja orang perempuan dahulu memang kahwin awal. Tapi zamannya, umur 26 tu terbang cari ilmu, cari duit. Lepas tu healing sampai pagi. Hehe. Zaman 2023 zaman perempuan mendoniaaaa..
" Hazel pun sebenarnya lupa Hazel umur berapa. Hazel sebut sahaja," ayat selamat yang keluar dari mulutnya, harap harap dapat cover sedikit sebanyak. Mak Kemboja tampak angguk. Terima je lah.
"Tak apa Hazel, makan lah. Lepas itu tolong ibu kemas ya. Melati, bawak pinggan ni ke dapur sana," arah Mak Kemboja. Lebih selesa membahasakan diri sebagai ibu sahaja pada Hazel.
Kedua gadis itu hanya menurut.
—————————————
Hazel menuruti langkah Melati untuk membasuh pinggan di belakang rumah, di pinggir sungai. Jelas Melati, keluarganya akan menadah 3 tempayan besar hasil air hujan. Batu batu kerikil diletakkan di tengah tempayan bagi menapis air menjadi lebih bersih. Air itu lah ditadah menjadi air basuhan pinggan dan air jerang untuk minum.
Pandai juga ya orang zaman dulu ye.
Walau kegelapan menjelma, biasan cahaya air sungai itu cukup indah. Cantik berkelipan dibawah cahaya bulan.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...