" Persembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Utama Putera Andhika Adyan Shah Raja Ibrahim Alam Shah masuk menghadap," kedengaran suara pengumuman dari luar pintu balairung seri menyebabkan seisi jemaah didalamnya tegak membatu.Diatas singgahsana merupakan Raja Pemerintah Langkasuka, Sultan Raja Ibrahim Alam Shah dan juga Permaisuri Chempaka Wan Sari. Namun perkahwinan mereka berdua tidak dikurniakan cahaya mata. Sebagai penerus generasi keturunan, Raja Ibrahim berkahwin dengan anak kepada mantan Bendahara iaitu Cik Puan Saroja, sekaligus dilantik sebagai Gundik Utama. Status Cik Puan Saroja adalah isteri kedua yang dikahwini oleh Sultan Raja tetapi bukan isteri rasmi dalam kerajaan.
Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu mempunyai 3 orang anak, dimana anak sulung mereka Putera Raja Iskandar Idyan Shah merupakan Putera Mahkota Langkasuka. Seorang yang baik, lemah lembut dan bijak. Memang dilatih untuk menjadi pewaris ayahandanya. Sudah berkahwin dengan Puteri Kerajaan Huma, Cik Puan Sari Puteri Nisa atas aturan keluarga. Namun mereka hidup bahagia serta dikurniakan seorang permata, Puteri Nila.
Anak kedua , Putera Raja Andhika Adyan Shah, merupakan salah seorang pemimpin dan penggerak taktikal Ketenteraan. Atau lebih sesuai jika dikatakan sebagai Jeneral. Putera Andhika mempunyai sikap yang berbeza dengan Putera Iskandar, abangnya. Jika Iskandar seorang yang lembut, Andhika sebaliknya. Seorang yang kasar, beku dan dingin.
Karakternya sebagai Jeneral Perang mungkin banyak membentuk dirinya.
Wajah tampan yang dimilikinya langsung tidak membantu untuk hilang rasa takut padanya. Kerana dia tidak pernah terlihat mesra, mahu pun bercanda. Nak bergurau jauh sekali.
Manakala anak ketiga, Putera Raja Emir Aryan Shah, cukup disenangi. Gemar bercanda dan terlihat merendah diri, gayanya sama seperti abang sulung si Putera. Semua rakyat sukakan Putera Emir, gaya kebudak budakannya cukup diminati.
Dalam hal ehwal istana berkaitan wanita, yang membuat keputusan adalah Permaisuri Chempaka dan dibantu oleh Cik Puan Saroja kerana mereka berdua bersahabat baik, cuma Cik Puan Saroja tampak pendiam. Permaisuri Chempaka pula peramah orangnya.
Raja Ibrahim tampak senyum melihat kelibat anak keduanya, Putera Andhika. Anak lelakinya itu memang sejenis tegas, layaklah sebagai pewaris kedua pemerintahan. Tetapi dia tidak dilatih untuk memerintah.
Namun dia yakin jika diberi peluang pada Putera Andhika, pasti anaknya itu akan memangkin pemerintahan dengan cemerlang.
" Anakandaku Putera Andhika," seru Raja Ibrahim. Setelah 2 purnama berada di luar kota, akhirnya anaknya pulang dengan selamat.
" Ampun ayahanda, sembah anakanda masuk mengadap," balas Putera Andhika sambil menjatuhkan diri, melutut dengan satu kaki. Begitu juga dengan pasukannya di belakang, turut melakukan perkara yang sama.
" Bangun anakanda Andhika. Khabarkan tentang perjanjian itu," titah Raja Ibrahim sambil tersenyum. Anak keduanya ini bijak dalam merancang. Beberapa negera berhampiran berjaya ditawan dan diberi pilihan untuk berada dibawah jajahan Langkasuka atau diberi pemerintahan sendiri. Namun Andhika berpendapat negeri negeri itu wajar diberi pemerintahan sendiri tetapi masih dikawalselia oleh Langkasuka.
" Semua sudah terlaksana mengikut rancangan. Mereka juga bersetuju untuk menerima kumpulan wakil dari Langkasuka untuk menjadi *pendamai di setiap negeri. Anakanda harap semua berjalan lamcar," tuntas Putera Andhika yakin.
* ( Pendamai- Duta)
Raja Ibrahim mengangguk sambil mula ketawa bangga akan pencapaian anaknya. " Bagus bagus, ayahanda cukup senang dengan berita itu."
Mungkin hasil dari latihan keras sejak kecil, bertahun lamanya, Putera Andhika menjadi seperti yang diinginkannya.
Bondanya Permaisuri Chempaka hanya senyum manis.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...