Timbunan kayu kayu kecil itu dipandangnya. Kali ini dia mahu lari dari perkara perkara yang sedang semak dalam fikirannya. Atas sebab itu, dia meminta Orked mencari tukang kayu, untuk membuat bongkah bongkah kayu kecil.Membentuk Permainan Jenga!
Di zaman 2023, Hazel suka sangat dengan Jenga. Ia dapat membantu untuk mengalihkan fokus dirinya dan kepalanya. Itu hobinya. Penuh dengan pelbagai koleksi Jenga di bilik tidurnya.
Dia betul betul sakit kepala, pelbagai perkara bermain dalam mindanya. apa entah lagi dengan mimpinya berjumpa Tok Hassan tempoh hari.
Siapa dia yang dimaksudkan Tok Hassan sedang menunggu Hazel ? Siapa pula bayi yang dikatakan lena dalam rumah itu? Arghh pening.
Bongkah kayu dibahagian tengah ditarik dan diletakkan ke atas . Mindanya menerawang ke arah lain pula. Masih teringat wajah dan mata yang sama lagi. Hadui...
Sejak dua menjak ini, wajah itu sering pula menghiasi fikirannya. Cara senyumnya, pandangan redupnya..
Ini lah salah satu sebab mengapa Hazel ralit dengan Jenga. Kerana susuk mata dan wajah yang sering menyelinap dalam fikiran Hazel sejak akhir akhir ini. Mata hitam pekat penuh rahsia yang memandangnya dan sentuhan tangannya yang mengusap kepalanya.
Omo...omo
Hazel mengetuk ngetuk kepalanya. Keluarlah, keluarlah dari otak aku oi. Kenapa kau duk fikir pasal jantan tu. Bukan ke kau sepatutnya dalam misi misteri kau tu ke Hazel.
Hazel mengeluh. Rasa seperti bukan Hazel yang normal. Sekarang ni Hazel versi miang!
" Cik Puan.. Cik Puan.." sapa Kaseh, mungkin dia juga risau akan kelakuan Hazel yang seperti orang tak betul itu.
" Dari tadi Cik Puan asyik ketuk kepala je, kenapa?" Soal Kaseh, berbunyi risau. Yelah, sudahlah Cik Puannya itu dilabel aneh dan pelik. Dengan perbuatannya sebegitu, pasti menguatkan khabar angin itu.
Hazel memandang tepat ke arah Kaseh.
" Kaseh, saya rasa nak ambil angin luar. Boleh kita jalan jalan?"
Kaseh mengangguk angguk laju.
—————————————-
Hazel melangkah santai memerhatikan para dayang melakukan tugas masing masing. Ada yang menunduk hormat padanya apabila berselisih. Tak kurang juga ada yang buat tak tahu. Ini kerana mungkin anggapan bahawa Hazel ini seorang yang aneh, ataupun mereka ini adalah pengikut setia si Peah tak guna itu.
Peah yang paling disukai antara mereka bertiga. Manakala Puteri Liza itu dihormati kerana dia Puteri Mahkota, bakal Permaisuri, nak tak nak perlu hormat dia juga. Hazel ini gundik yang kurang digemari. Tak popular, dan tidak disukai pula tu.
Tapi si Andhika itu sibuk pula hendak membuli dirinya. Selalu suruh aku pergi menghantar makanan dia kat ruang santapan dia, padahal dayang dia punya ramai. Arghh. dasar kaki buli. Dia ni sebenarnya nak apa?
Speaking of the devil...
Sepasang figura sedang elok berjalan jalan santai dikejauhan. Sangat buta mata ya jika Hazel tidak kenal salah seorang figura itu adalah insan yang selalu bermain dalam fikirannya sekarang. Nahhh berjalan pula dengan Puteri Liza seperti tiada apa apa yang berlaku.
Dia usap pipi aku hari tu. Aku pula dengan rela memberi...arrghhgggghhh..
Rasa sakit hati menjengah. Hazel rasa seperti ditikam berkali kali. Itulah pasangan yang sepadan dalam kata erti kamus pandangan warga istana. Dia tidak mungkin menjadi bahagian itu. Tidak mungkin menjadi salah satu pasangan itu. Kerana takdir mereka berbeza arah, berbeza aliran.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...