Hazel dapat tahu bahawa Putera Andhika tidak akan berada dalam istana selama beberapa hari. Khabarnya dia ke negeri takhlukan untuk melawat kawasan jajahan Langkasuka. Sebelum ini Andhika sudah memberi arahan tegas bahawa Hazel tidak dibenarkan keluar dari istana akibat hukuman melawan Ketua Hakim Buana.Dasar orang tua licik. Tak sempat aku nak bertindak, kau terus mengadu pasal aku eh. Tokok tambah mengatakan dirinya degil, tidak dengar kata, melawan guru lagi menambahkan geram di hati Hazel.
Dek kerana itu, dirinya menjadi umpatan sang dayang dayang di Istana Utama. Dia juga perasan dia langsung tidak dipanggil menghadap atau makan bersama Permaisuri Chempaka mahupun Cik Puan Seroja sejak dia dilantik menjadi Gundik Utama. Beza sungguh layanan yang diterima oleh Puteri Liza dan Puteri Sophia berbanding dirinya.
Namun mujurlah Puteri Liza selalu menenangkan dirinya ketika dalam kesedihan. Dia sedih. Sudahlah keseorangan.
Hazel tahu, dia mungkin tidak disukai oleh tetua dalam istana. Tapi dia sendiri tidak tahu, dah tidak suka, kenapa dia dipilih menjadi gundik. Ikutkan hati, dia memang tak nak langsung.
Sekarang, tergamak Andhika mahu menghukumnya.
" Cik Puan."
Hazel berpusing ke belakang, melihat satu susuk tubuh menghampirinya.
Serta merta dia merasa gembira. Memang sudah lama dia tidak bertemu dengan kelibat gerangan ini. Tiga minggu mungkin, tapi terasa seperti 3 bulan.
"Kanda Arjuna."
Arjuna tersenyum sekilas. Raut wajahnya jelas menunjukkan dia sungguh lega melihat Hazel.
Arjuna menghampiri Hazel yang dikelilingi oleh dayang yang setia. Dia lantas menunduk hormat, mengenangkan Hazel Elmeera sekarang bukannya bertaraf rakyat biasa.
Dia gadis milik Putera Andhika.
Rasa seperti hatinya dicuri, atau hilang tidak boleh diganti, tetapi kini dia sudah ikhlas memberi. Ya sebelum ini dia hanya simpan perasaan sahaja terhadap Hazel, tetapi atas nasihat ayahandanya Tun Utama, dia belajar melepaskan rasa itu.
Hazel Elmeera memang cantk. Wajahnya unik. Wajarlah sang Putera Mahkota terpaut hatinya lalu bertindak mengunci gadis itu menjadi gundik.
Tetapi mengapa gundik ? Mengapa tidak untuk takhta Permaisuri?
" Cik Puan hendak ke mana?" Soal Arjuna penasaran. Hairan melihat pagi pagi begini Hazel Elmeera sedang berada di perkarangan istana.
" Hanya berjalan jalan sahaja kanda Arjuna. Kanda hendak ke mana?" Hazel menyoal kembali.
" Mengawasi perkarangan istana Utama. Hamba kan sudah tamat latihan pengiring istana. Jadi hamba sudah dimasukkan ke dalam senarai pengiring Permaisuri Chempaka."
"Wah, cayalahhh..."
Hazel tepuk tangan, meluahkan rasa gembira. Memang layak pun Arjuna menjadi pengiring. Dia bertubuh tegap dan nampak kuat. Mungkin dulu dia suka berkebun sebagai senaman dia. Tu yang buah buah kebun ayah dia Tun Utama itu nampak subur kot. Tiber.
Hazel lantas berpusing ke arah belakang, tepatnya menghadap dayang iringannya yang setia mengikuti.
"Korang boleh buat kerja kerja korang tau, hamba nak jalan jalan sekejap dengan Arjuna." Kata Hazel, sudah tidak peduli akan bahasanya. Lagipula ketiga tiga dayangnya sudah biasa dengan pelbagai bahasa pelik yang dikeluarkan Hazel.
Orked, Sura dan Kaseh kelihatan teragak agak.
" Tak apa kah Cik Puan?" Kata Sura perlahan. Hazel geleng kepala.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...