47

1.3K 134 17
                                    


Setelah menimang tara keputusan seterusnya, akhirnya Hazel bangkit, dan mula mengekori Permaisuri Chempaka yang berjalan laju. Hazel terpaksa menyorok di celah pokok, mahu pun di celah celah tiang istana untuk menyembunyikan diri.

Pada hematnya, Permaisuri Chempaka kelihatan mahu menuju ke bahagian pintu gerbang belakang istana. Tertarik dengan perlakuan perempuan itu, ditambahkan lagi intuisi hati yang merasakan sesuatu yang aneh, Hazel tekad mahu mengikuti gerak langkah sang Permaisuri itu juga.

Hazel memanjat tembok istana dengan gigih, melihat Permaisuri Chempaka sudah melalui laluan pemeriksaan pengawal. Entah apa yang digebang akan wanita itu hingga pengawal senang pula melepaskannya. Laju langkahnya menyelusuri kegelapan malam, dan Hazel terus mengikutinya hingga mereka sampai ke satu gua asing.

Dalam kegelapan malam Hazel langsung tidak nampak akan sekeliling. Pasti dia akan sesat jika mahu berpatah semula ke istana. Lantak lah, esok pun dia memang akan berambus dari sana, jadi tak salah pun nak tinggalkan istana itu awal awal.

Permaisuri Chempaka memasuki gua itu dan Hazel tertarik untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh ibu tiri Putera Andhika itu. Malam malam buta masuk ke gua, bikin gua suspicious.

Hazel terus melangkah ke arah gua itu dan cuba menghampiri apabila dia mendengar suara suara asing didalam.

Suara lelaki?

" Kita sudah tertinggal satu purnama racun herba buat Seroja, dia mungkin boleh ingat semula Vjaya! Perempuan bernama Hazel Elmeera itu perosak segalanya." Kedengaran suara perempuan pula menusuk ke telinga Hazel, yang dia pasti sebagai suara Permaisuri Chempaka.

" Jangan risau, dia kita akan hapuskan sebaik sahaja dia melangkah ke luar istana. Bagus juga Andhika menghalaunya, lebih membantu rancangan kita," sambut Pawang Vjaya seraya ketawa.

Hazel telan air liur. Hapuskan dia?

" Bukankah Rama mahukannya sebagai korban acara suci itu? Tinggal dia sahaja keturunan mata coklat selepas si perempuan lemah itu," soal Chempaka kedengaran hairan.

" Rama kata tidak perlu, jadi kita hapuskan sahaja dia. Sebaik sahaja dia dibunuh, Seroja pasti lemah. Dan pasti si Andhika juga turut lemah jika melihat bondanya sebegitu. Tugas adinda, hanya kekang Sultan Ibrahim sahaja Chempaka. Yang lain, biar kanda sahaja yang lakukan." Suara Pawang Vjaya pula membalas.

Jadi kedua hanat tak guna ini mahu hapuskan dia? Keturunan mata coklat? Apa depa ni tak pernah tahu ke pasal budak mix ni? Zaman 2023, berjuta manusia punya mata coklat, semuanya dari cross genetic zaman zaman kuno macam zaman ni lah.

Tapi kenapa dengan keturunan mata coklat? Ada apa yang negatifnya dengan mata coklat sampai nak membunuh? Atau nak dijadikan korban?

Sebaik sahaja dia dibunuh, Seroja pasti lemah?

Apa kaitan dia dengan Cik Puan Seroja?

Tapi sekejap!

Baru Hazel perasan sesuatu. Warna anak mata Cik Puan Seroja. Juga berwarna coklat. Tapi coklatnya lebih gelap berbanding dengan dirinya yang mempunyai anak mata coklat cerah, coklat hazel. Sebab itu dia diberi nama Hazel.

Hazel Elmeera!

Hazel, mungkinkah Cik Puan Seroja itu si nenek moyang kau dahulu? Habis kenapa kau datang ke zaman ni? Mesti ada sebab! Pasti ada kaitan dengan Cik Puan Seroja.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now