" Apa salah Dhika hingga Dhika yang perlu menanggung kesemuanya? Dhika tidak minta dilahirkan jika hanya perlu menjadi beban pada orang tuanya. Sedari dulu Dhika sering sahaja menjadi kambing hitam atas kesemua kesalahan Iskandar mahupun Emir. Dhika terus terusan ditekan untuk menjadi seperti apa yang ayahanda mahukan. Walau dulu Dhika tidak faham mengapa sebenarnya, tetapi kini baru Dhika faham. Hanya kerana Dhika beradik, serahim dengan anak perempuan, Dhika dipandang hina sebegitu! Adilkah ayahanda? Adilkah?" Jerit Andhika, lantang.Tidak lagi mempeduli wajah ayahnya yang semakin pucat. Yang difikirkan kini, adalah perasaan dirinya yang terhiris dalam. Luka yang tidak lagi mampu untuk disembuhkan semula.
Sultan Ibrahim menggeleng perlahan, air matanya laju menuruni wajah dan tepi kepalanya dek posisi terbaringnya itu. Dia semakin nazak, nafasnya mula berombak. Tetapi itu tidak membuatkan Andhika lembut hati. Sebaliknya dia kelihatan lebih marah kerana tiada jawapan yang diberi.
" Dhi-kaa..." Sultan Ibrahim menggeleng sekali lagi kepalanya. Tangannya diangkat menghayunkan, meminta Andhika untuk mendekatinya.
" Bu...kan..."
Mata Andhika bergenang, bibirnya bergetar menahan kemarahan. Sampai hati ayahandanya masih menafikan walau nyawa hampir dihujung tanduk. Tidak habiskah lagi rasa dendam ayahandanya itu?
" Dhi..ka...dengar..dahu..lu.." Sultan Ibrahim mula terbatuk batuk dan kali ini percikan darah mula keluar dari mulutnya. Segera Andhika menghampiri ayahandanya, tangan Sultan Ibrahim diraih, dan disitulah dia menghamburkan tangisan semahu mahunya.
Marah, kesal dan pilu bercampur baur.
Tangan sebelah lagi milik Sultan Ibrahim mengusap usap kepala anak keduanya itu. Air matanya juga jatuh membasahi wajahnya yang kelihatan pucat dan mempunyai percikan darah.
" Dhi..ka..kebenaran..cari lah kebenaran...." sekali lagi Sultan Ibrahim terbatuk batuk kuat.
" Maafkan..ayahanda..semuanya salah..ayahanda.." usapan kepala itu berubah rentak , makin perlahan dan semakin perlahan, hinggalah ianya terjatuh ke atas belakang kepala Andhika.
Saat itu Andhika tahu, ayahandanya sudah tiada. Dan tiada apa lagi yang tinggal.
Hanya kenangan kenangan buruk yang terpaksa diingati selamanya.
—————————-
Istana sunyi sesunyinya, sesepi jiwa jejaka itu. Mayat mayat dihimpun di hadapan istana termasuk mayat ayahandanya Sultan Ibrahim.
Mujurlah bondanya, Cik Puan Seroja selamat kerana sempat dibawa keluar oleh pengawal dan para dayang. Manakala Puteri Liza juga lesap sama seperti Permaisuri Chempaka.
Satu yang dikesali Andhika, dia tidak mengunjurkan atau mengajar dua kalimah syahadah di telinga ayahandanya sebagai bingkisan terakhir. Malahan emosinya yang melampaui akal tadi, menyebabkan ayahandanya meninggal dengan sia sia.
Terlalu berat untuk dirinya kali ini, menerima pelbagai berita mengejutkan, termasuk dirinya yang rupa rupanya mempunyai adik kembar.
Sekejap, Hazel Elmeera!
Dengan segera Andhika pantas berjalan menuju ke arah Lanang, Umar dan Hayat yang sedang giat membincangkan sesuatu. Perbualan mereka seakan terhenti tatkala sang Putera menghampiri.
" Mana ketua pengawal Ammar?" soal Andhika.
Ketiga tiga mereka memandang Andhika dengan raut wajah gelisah dan tertanya tanya.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...