44

2.1K 151 14
                                    


Andhika tergamam dengan jeritan Hazel, sebelum dia mula menyedari dirinya berada di mana.

Andhika memejam mata.

Aduhai, mengapalah terjadi begini. Niat asalnya mahu meletakkan Hazel di kamar dan berlalu pergi. Tetapi entah mengapa dia masih ingin melihat wajah polos tenang itu ketika tidur. Sudahnya dia juga terlelap. Namun ia merasakan dan tidak ia nafikan, itu lah lena yang sungguh mendamaikan sejak dia lahir.

Dan kini bukan wajah polos yang dihadapi, malah wajah garang si singa betina Hazel Elmeera.

Salah dia juga kerana tidak berhati hati. Tidur dengan gundik sendiri, dalam keadaan belum berkahwin walau tidak melakukan apa apa. Sepatutnya dia perlu mulakan giliran bermalam itu dengan bakal Puteri Mahkota nanti.

"Maafkan beta. Beta yang salah." Hanya itu yang mampu diungkap olehnya. Andhika meraup wajah seraya mengeluh.

" Banyak lah hang punya maaf. Ni kalau berita ni tersebar, mampus." Ungkap Hazel, menderam. Sudah tidak peduli dengan protokol atau dengan siapa dia sedang berbicara sekarang.

" Hazel nak beta lakukan apa sekarang ni?" Soal Andhika, malas. Benda sudah jadi, biar sahaja lah. Pandailah dia settle dengan para dayang. Lagipula mereka bukan buat apa pun dalam kamar.

Hanya tidur bersama. Tanpa sentuhan.

Hazel meradang dan menolak nolak lelaki itu bangkit dari katil. Tetapi tubuh lelaki itu yang memang tegap sasa sukar betul nak beralih. Dia ni makan apa eh? Telur berpapan papan ke.

" Tepi lahhhh, haaaaaa..." rasa nak dijerit saja pada Andhika yang hanya beriak selamba.

Andhika angkat bahu, entah mengapa timbul keinginan dia mahu mengusik si dara sebelah ini. Sengaja dia keraskan tubuhnya dan berpusing menghadap Hazel. Hazel terkaku sebentar.

" Kita kan nak berkahwin nanti dindaku Hazel Elmeera. Kenapa Hazel masih malu malu begini. Anggaplah ini latihan kita untuk...aduiii..adui..sakit lah..." bantal di tangan Hazel dipukul bertalu talu ke atas kepala Andhika.

Apa? Latihan? Latihan apa benda setan?

"Mujurlah bantal yang berada di tangan hamba, jika pisau yang menggantikannya, memang pecah kepala Tuanku hamba kerjakan nanti." Ketap gigi saat dia berbicara. Geramnyaaa.

" Dan jika tidak mahu ia berlaku, hamba minta dengan rasa rendah diri, keluar dari kamar ini sekarang."

Andhika menyandar tubuh ke kepala katil, sangat kontra dengan apa yang disuruh. Siap berpeluk tubuh lagi.

" Kalau beta tidak mahu?" Sengaja diprovok gadis itu. Hazel menatap geram.

" Hamba..hamba..." Hazel hilang kata, dia nak buat apa. Istana ni lelaki itu yang punya, kediaman ini dia punya.

Andhika sengih.

" Tuanku tak ada kerja ke hah? Pergi lah buat apa apa hari ini."

" Beta rasa mahu bermalas malasan pula. Seronok pula begini." Katanya sambil menutup mata, seolah olah mahu lena kembali.

Hazel ketap rahang kuat. Geramnya aku!

" Tuanku!"

"Kenapa? Beta cuma mahu berehat sahaja. Bersama gundik beta." Ujar Andhika, masih tidak mengendahkan.

Jawapannya ringkas tapi nyata menaikkan minyak api dalam dada Hazel.

" Baik..tapi jangan...arghhhhhh.." Hazel mahu melangkah keluar dari katilnya tetapi kakinya tersalah pijak gumpalan selimut di tepi katil menyebabkan Hazel hampir tersadung ke lantai. Namun tubuhnya terasa ditarik ke belakang dan terhempas di atas pemukaan yang lembut.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now