15 ( Edit )

2.3K 176 19
                                    


" Atok."

"Ya Hazel."

"Kenapa Hazel rasa mama dan papa tak pernah sayangkan Hazel?"

Lelaki berusia separuh abad yang dipanggil Atuk, segera memberikan senyuman manis.

" Kenapa Hazel cakap macam tu?" Soal Atuk.

Hazel hembus nafas panjang, matanya memandang sawah yang menghijau sejauh saujana mata memandang.

" Sebab papa dan mama selalu tinggalkan Hazel kat Atuk bila cuti sekolah. Lepas tu, bila kat rumah, Hazel tak bebas ke mana mana pun. Asyik duduk rumah je. Nak study group dengan kawan kawan pun tak boleh," rungut gadis itu, tercebik bibir tatkala meluahkan rasa.

Dia rasa tidak adil, abangnya Harraz Elhaq pula bebas ke mana sahaja. Nak kata dilindungi pengawal, abangnya juga mempunyai pengiring peribadi tetapi boleh pula keluar sana sini.

Dirinya pula? Hanya terpuruk di sudut bilik. Hanya internet menjadi peneman. Kedua ibubapanya sibuk mencari rezeki.

" Hazel..itu lah cara papa dan mama Hazel meluahkan kasih. Mereka sangat sayangkan Hazel, mahu melindungi Hazel. Hazel tahu kan Hazel anak yang istimewa, yang sangat bagus," ujar Atuk seakan memujuk. Tangan tuanya mengusap perlahan rambut cucunya.

Hazel mendengus. Sayang apa macam tu?

" Kalau sayang, mesti mereka tahu apa yang Hazel suka buat! Hazel suka berjalan jalan Atuk, lawatan sekolah hari tu pun papa berkeras tolak. Apa yang Hazel dapat kalau duduk rumah? Otak Hazel tak berkembang langsung," nada geram gadis itu cuba ditahan demi menghormati lelaki tua di sebelahnya.

Walau dia cukup kesal akan cara layanan berbeza mama dan papa padanya.

" Hazel, walau bagaimana pun, mereka tetap orang yang menjaga Hazel sepenuh jiwa dan raga. Hazel kena ingat, itu tanggungjawab mereka untuk melindungi dan menyayangi Hazel. Mereka sangat sayangkan Hazel, Hazel kena ingat tu," balas Atuk perlahan.

Suasana hening seketika. Hazel hembus nafas, walau apa yang dikatakan Atuk, dia tahu dia juga tidak boleh melampaui batas dalam berbicara. Dia cuma mahu bebas ke mana mana sahaja, hatta bermain bola jaring dengan rakan di padang sekolah, tetapi itu pun dilarang papa dan mama.

Entah, semua tidak memahami isi hatinya.

" Atuk ada sesuatu yang mahu dikatakan." Ujar Atuk sambil menyeluk saku dan mengeluarkan seutas rantai seakan loket delima.

Cantik!

Mata Hazel tertumpu pada loket tersebut. Loket apa ni?

" Loket ini Atuk akan serahkan pada Hazel bila tiba waktunya."

" Loket apa ini Atuk?" Soal Hazel, tertarik akan bentuknya. Entah mengapa dia rasa dekat dengan loket itu. Rasa sesuatu yang hilang lama dari hati, sudah kembali ke asalnya.

Seperti kepingan cantuman jigsaw.

Atuk hanya senyum. Tiada jawapan.

——————————————

" Itu abang kau ke Hazel?" Soal Atiya ketika mereka sedang rehat bersama sama ditepi padang. Atiya seorang gadis asal dari keluarga susah suka membawa bekal ke sekolah. Dek kerana itu, Hazel juga sering membawa bekal bersama sama.

"Aah, kenapa? Kau nak kata muka kitorang tak sama ke?" Selamba Hazel menyoal, sudah biasa akan kenyataan itu. Kenyataan bahawa dia dan abangnya Harraz Elhaq mempunyai raut wajah yang berbeza. Malah Hazel mempunyai sepasang mata berwarna coklat hazel yang gelap berlainan dengan warna mata abangnya yang hitam pekat.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now