"Hamba tengok tuan hamba seolah olah hilang arah hari ini. Kenapa Andhika? Ada sesuatu yang menganggu fikiran tuan hamba?" Soal Umar, ketika mereka mengambil sedikit masa rehat setelah selesai latihan memanah. Dia mengambil tempat di sebelah si Putera itu sambil merenung papan pemuka yang dipenuhi oleh anak panah yang tegak mencucuk .Kelihatan Andhika meminum air dari bekas buluh sambil melepaskan lelah. Dia hanya diam, tidak menjawab soalan Umar. Mungkin juga tidak mempunyai apa apa jawapan.
Lanang dan Hayat, dua sahabat mereka sedang mengetuai kawalan keselamatan istana, jadi mereka tidak dapat menyertai latihan memanah mereka.
Jika di luar istana, Andhika dan sahabat sahabat tidak menggunakan protokol panggilan langsung. Lebih selesa secara santai. Namun jika mereka dalam istana, terpaksa protokol itu dilaksanakan.
"Hamba baik baik sahaja Umar, terima kasih." Balas Andhika tenang. Umar merenung kejauhan, hatinya tidak percaya akan tutur balasan Putera Andhika sebentar tadi. Masakan tidak, jejaka itu yang terkenal dengan kehandalannya memanah tepat ke arah musuh serta kepantasan mengenal pasti kelemahan, hilang terus taringnya tadi. Sering kali juga sasarannya tidak mengena, seakan tumpuannya juga jauh dari sini.
Pendek kata, Andhika bukanlah seorang Andhika hari ini.
" Benar?" Umar cuba memancing, kerana dia kenal Andhika sejak kecil. Tahu dan kenal semua perubahan sikap sahabat. Dan nampaknya mengena kerana riak wajah Andhika kelihatan berubah sedikit.
Umar seakan tahu apa yang menganggu fikiran Andhika.
" Hamba tahu tuan hamba hanya menganggap Puteri Liza sebagai adik sahaja. Tetapi jodoh tidak kenal siapa Andhika. Boleh jadi, dia jodoh tuan hamba. Kita tidak tahu akannya." Ujar Umar, dia tahu sememangnya Andhika langsung tidak menyukai Puteri Liza. Tetapi tersepit kerana arahan Sultan Ibrahim dan juga nasihat bonda Cik Puan Seroja untuk ikutkan sahaja arahan itu.
Dia tiada pilihan.
" Hamba cuba. Terima kasih atas nasihat itu." Tutur Andhika.
Namun entah mengapa tiba tiba bayang wajah seorang gadis menerpa mindanya. Gadis yang pernah menemani mimpinya, gadis yang sama mencuit hati jiwa dan raganya.
Menyebabkan dia berperang dalam rasa.
————————————————-
Pasar pedagang di Perlabuhan bakal menutup tirai hari ini, dan Hazel menuju ke arah perlabuhan itu dengan satu tekad.
Dia mahukan loket itu. Kali ini Melati tidak ikut bersama.
Penjual wanita itu menyambut kedatangan Hazel dengan senyuman. Mujur orang tidak berapa ramai di gerainya, jadi mudah mereka berbual sebentar.
" Mak cik..maaf..err Mak Limah, hamba rasa mahu mengetahui lebih lagi tentang loket itu. Hamba tidak tahu soal ramalan itu jadi hamba rasa agak mustahil untuk dikaitkan dengan loket itu." Ujar Hazel sambil merenung loket yang tergantung cantik.
Mata Mak Limah meliar memandang kiri dan kanan, sambil mendekatkan ke tubuh Hazel.
" Tuan hamba pasti? Loket ini unik, kata orang. Cuma..ada sesuatu yang aneh sebenarnya."
Hazel memeluk tubuh sambil mengerut dahi, tidak faham.
" Apa yang Mak Limah maksudkan?"
Mak Limah mendiamkan diri sambil memandang Hazel, mungkin sedang menimbang tara mahu memberitahu atau tidak.
" Loket ini pada mulanya dipakai oleh Permaisuri Izan dari Kerajaan Pillian tak lama dahulu. Namun kerajaan itu musnah akibat perbuatan Sultan Ibrahim yang menisytiharkan perang ke atas mereka. Negeri dan kerajaan Pillian hilang serta merta. Segala harta dirampas. Tidak lama kemudian Sultan Ibrahim mengahwini Cik Puan Seroja setelah bertahun lama tidak mendapat cahaya mata dengan Permaisuri Chempaka."
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...