46

1.5K 133 11
                                    


" Cik Puan Hazel Elmeera."

Hazel berpaling ke arah pintu rumah Orked, kelihatan 2 orang manusia sedang tersenyum, menyambut ketibaannya. Hazel pasti ianya adalah ibu bapa Orked jadi gadis itu menaiki tangga dan terus menyalami tangan keduanya.

Keduanya seakan kaget dengan tindakan Hazel yang tiba tiba itu.

" Tak perlu Cik Puan sehingga begini. Kami cuma rakyat bawahan sahaja," ujar seorang wanita tua, yang Hazel rasa ia adalah ibu Orked.

" Tidak apa, Orked bawa hamba ke luar istana pun sudah lebih dari cukup. Satu penghormatan bagi hamba untuk datang ke sini," balas Hazel sesopan yang mungkin.

" Hamba Khin, ini isteri hamba Ratna. Jemput lah masuk Cik Puan, teratak kami tidak ada yang menarik," pelawa lelaki tua disebelah, yang Hazel rasa ia adalah bapa Orked.

" Terima kasih atas perlawaan itu."

———————————

Sejak dari makan tengah hari tadi Hazel perasan bahawa Ratna asyik mencuri pandang kepadanya seolah olah dia mempunyai ketumbuhan di dahi. Asyik merenung dirinya dan sepertinya wanita tua itu cuba mengingati sesuatu. Jika sekali, dia masih boleh terima namun jika ditangkap merenung dirinya berkali kali, Hazel mula menyimpan rasa curiga.

Perlahan lahan dia teringat cerita Orked tidak lama dahulu, bahawa Ratna ibunya merupakan bekas dayang peribadi Cik Puan Seroja lama dahulu. Kenyataan yang baru muncul ini agak menganggu dirinya kerana dia merasakan semua ini ada kaitan.

Cuma dia tidak tahu kuncinya. Permulaannya. Atau sebab musababnya.

" Mari Orked tunjukkan sulaman sulaman yang pernah Orked hasilkan," pelawa Orked dan Hazel bersetuju. Dia Kaseh dan Sura mengikuti Orked ke kamar peribadinya.

Dan memang benar, banyak sungguh sulaman yang terhasil. Ada diantaranya menjadi kain batik atau kain penutup kepala. Semuanya dapat Hazel lihat menerusi almari yang terletak disudut sana, yang mengandungi pelbagai jenis sulaman. Cantik.

" Mari Cik Puan, Orked pakaikan satu kain. Mesti cantik dan sesuai dengan Cik Puan," kata Orked sambil tangannya laju mencari kain sesuai.

Hazel menggeleng kepala, tanda menolak sopan.

" Tidak apa Orked, hamba hanya mahu melihat sahaja hasil karya yang indah ini, sukar mahu ditemui di tempat lain," ujar Hazel.

Namun Orked mengambil satu kain sulaman yang bersaiz panjang dan terus meletakkan kain tersebut diatas kepala Hazel. Mata Orked kelihatan bercahaya dan ekspresi kagum di wajahnya terpancar.

Begitu juga dengan Kaseh dan Sura. Kesemuanya terdiam.

" Mengapa Orked? Wajah hamba nampak aneh kah?" soal Hazel dan tangannya mula menarik kain sulaman itu dari kepala namun lantas dihalang oleh Kaseh.

Orked pula menggeleng laju.

" Cik Puan tampak sungguh..sungguh cantik..sukar untuk patik gambarkan cantik itu.." tangan Orked kembali membetulkan kain tersebut di atas kepala Hazel yang mula melurut jatuh.

Kaseh dan Sura mengangguk.

" Sura pasti akan rindukan Cik Puan. Cik Puan yang langsung tidak kisah akan sesiapa di istana. Mengapalah Tuanku Putera bertindak sedemikian? Bukankah Cik Puan hanya mahu selamatkan Cik Puan Seroja sahaja?" mimik wajah Sura bertukar sedih, keruh.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now