Ketika acara pemilihan gundik berhenti seketika kerana para gadis memasuki istana Rimbun untuk berehat , ada seorang jejaka sedang melukis di pinggir istana belah Timur. Lukisan itu sungguh cantik dan kelihatan realistik, dihasilkan oleh tarian berus di atas kertas kulit. Walau kedengaran suara suara sayup dari dataran sana dek kerana para gadis yang ramai itu sedang berbual rancak, tetapi sedikit pun tidak menganggu imaginasi jejaka tersebut.Tangannya lincah menari nari melestarikan apa yang berada di mindanya.
" Emir," suara seorang lelaki dibelakang menghentikan perbuatan melukis si jejaka tersebut. Jejaka yang dipanggil Emir lantas bangkit dan menoleh. Senyuman terukir, kenal sungguh akan figura yang sedang menghampiri.
" Kanda Andhika, sampai ke sini kanda berjalan. Bukan kah hari ini permulaan pemilihan gundik itu?" Soal Emir sambil menunduk hormat, tanda hormat pada Putera Mahkota Andhika.
" Ya benar, tetapi kanda tidak masuk campur soal itu. Ketua Pengawal Ammar dan Ketua Dayang Laila yang sedang mengaturnya," balas Andhika sambil mengambil tempat, nampaknya dia terus duduk di atas rumput menghijau tanpa alas. Emir kenal abangnya, bukan sejenis manusia berprotokol. Pengiring yang mengiring mereka diminta untuk menjarakkan diri sebentar, bagi memberi ruang dan privasi kepada kedua beradik ini.
" Sampai sekarang Emir masih tertanya, motif kanda mahu mencari gundik sedangkan kanda masih belum mengahwini Puteri Liza. Apa benar kanda sebenarnya sudah berjumpa dengan seseorang yang kanda suka?" Emir juga mengambil tempat di sebelah Andhika, masing masing melihat gunung tinggi di kejauhan.
Andhika berpaling sambil menepuk nepuk bahu Emir, dan mula tersenyum. Tetapi ia tidak menjawab soalan Emir, menyebabkan Emir tersengih.
"Jadi betul lah ya?" Tebak Emir, matanya merenung abangnya, yang kini hanyalah satu satu saudara kandung yang tinggal setelah kemangkatan Putera Iskandar, abang sulung mereka.
Dia kenal sungguh si Andhika, selalu buat kerja gila. Walau dia cukup kasihan dengan layanan ayahanda mereka Sultan Ibrahim terhadap Andhika, yang terang terang tampak pilih kasih, tetapi dia juga apa kurangnya, juga tersisih dari kasih sayang ayahandanya.
Dek kerana kekurangannya.
" Bagaimana dengan tanganmu Emir? Sudah kuat? Kanda dengar kamu terjatuh dari kuda dan luka luka? Ubat yang tabib beri itu mujarab?" Sengaja Andhika mengelak, malas menjawab soalan soalan itu. Apa yang pasti, dia rasa mahu tersenyum sepanjang hari, tatkala dia nampak figura si gadis itu masuk ke kawasan istana tadi. Tak kurang juga dia melihat cubaan gadis itu mahu berundur pula.
Hairan dia, tidak apa lah, nanti dia akan tanyakan.
Sudahlah dia terpaksa berkeras memberi arahan pada Tun Utama semalam semata mata mahu gadis tu menyertai pemilihan.
Tapi tak kisah lah. Langkah satu sudah tercapai.
" Emir baik sahaja, jangan risau kanda Andhika," balas Emir sambil mula bangun dan menuju ke tempat lukisannya semula. Tangan kanan memegang berus, manakala siku kirinya melipat, menatang bekas yang berisi warna warna minyak.
Andhika mengeluh kecil, terbit rasa kasihan pada adiknya. Mereka berdua berkongsi perkara yang sama, disisih oleh ayahanda mereka sendiri. Bezanya Andhika disisihkan sejak kecil, manakala Emir pula dipulau sejak beberapa tahun yang lalu.
Kenapa?
Kerana tangan kiri Putera Emir kudung. Itulah kekurangan yang jelas pada jejaka itu .Fikiran Putera Emir bijak, dan ilmunya luas kerana dia seorang yang cerdik, tetapi hanya disebabkan fizikalnya yang kekurangan, kehadiran dan buah fikiran Emir langsung tidak diendahkan. Jelas kasih sayang yang diterima Emir, hanya dari bondanya dan juga abang kesayangannya.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...