Lama sikit berjalan, Hazel terjumpa satu tembok tebal. Dia menganggap ini lah tembok yang menjadi titik sempadan antara kawasan istana. Bermaksud jika dia mahu melihat punca asap itu, dia perlu melompat ke luar.
Hati diselubungi takut namun dengan didorong rasa ingin tahu, Hazel tekad mahu mengetahui punca asap itu. Dengan mudah, dia memanjat tembok itu perlahan lahan, agar tiada siapa yang akan sedar ketiadaannya.
Kaki kedua dua sudah selamat mendarat ke lantai tanah, pantas mengatur langkah menuju ke arah kepulan asap. Bau seakan arang dan api makin kuat menusuk hidung. Mana tahu terbakar apa apa ke, kang dah jadi kes Burn. Mana nak cari doktor kat sini?
Dia sendiri?
Dengan peralatan yang langsung tiada, memang mampus nak handle sorang sorang.
Entah kenapa dia terasa tubuhnya ditarik ke bawah dan serentak dengan itu dia terjatuh ke dalam sebuah lubang yang besar dan dalam. Punggungnya sakit sangat macam nak pecah. Lengannya calar. Rupanya Hazel jatuh terduduk diatas rimbunan daun daun kerana itu dia tidak menerima impak yang kuat.
Kalau dia terjatuh secara baring, jadi spinal case pula. Kalau T1-T12 ( thoracic) patah, sah sah akan lumpuh kaki. Kalau C5 ( cervical), mungkin quadriplegic ataupun kedua tangan yang tidak boleh diangkat. Kalau C2 yang patah?
Mati katak la jawabnya.
Setan manalah yang letak rimbunan kayu atas lubang. Selalunya yang dia tengok dalam tv, macam satu perangkap untuk haiwan atau manusia.
Eh kejap, perangkap?
Ke aku masuk perangkap? Hazel telan air liur sebentar. Gusar dan bimbang menular dalam jiwa, padan muka kau Hazel. Gumam Hazel laju.
Masuk perangkap entah siapa tak tahu.
" Si dara cantik sudah tertangkap." Ujar satu suara garau dari atas. Hazel mendongak melihat siapakah yang bersuara dan apa yang dilihat diatas nyata mengejutkan dia.
Beberapa kepala lelaki dilihat memenuhi sempadan lubang. Kesemuanya tersenyum sinis seperti mengejek, seperti berjaya mendapat hasil lumayan.
Hazel diangkat ke atas dan sudah tentulah gadis itu melawan dengan meronta ronta hebat. Tetapi lelaki lelaki itu hanya ketawa terbahak bahak, seperti lucu pula melihat gaya Hazel menggoyangkan kakinya kuat.
Hazel diikat ke belakang dengan kedua belah tangan. Kakinya dibiar.
" Akhirnya pasti ketua kita gembira kerana kita berjaya menangkap si dara mata coklat. Cantik sungguh rupanya. Jika tidak kerana ketua mahukannya, sudah pasti akanku jadikan isteri baru." Gelak tawa menghiasi membelah suasana malam.
Buat pertama kali Hazel merasa sungguh takut. Sumpah kali ni dia memang tiada sesiapa yang akan membantunya. Dia benar benar keseorangan.
" Tolong!!" Jerit Hazel, sakit punggung masih terasa. Bodoh nya la hai aku pun. Beria nak tengok asap bagai.
"Jerit lah dara manis. Tiada yang mendengar." Kata si lelaki berbadan besar sambil ketawa.
" Korang ni siapa hah? Apa hal nak culik aku?" Hazel meronta ronta mahu membuka ikatan tangan belakang tapi gagal. Seseorang telah menolaknya dari belakang menggunakan kayu.
" Jalan."
Hazel membatu. Rasa terhina betul.
" Tak nak!"
Kayu itu ditolak semula ke belakang tubuhnya, kali ini lebih kuat menyebabkan Hazel hampir tersungkur.
" Jalan atau tuan hamba mahu kayu ini dilibas atas belakang tuan hamba?" Kata kata berbaur ugutan dikeluarkan. Bunyi seperti agak serius. Kali ini Hazel terpaksa mematuhi. Risau juga jika dilibas kayu itu, patah riuk sungguh tulangnya.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...