17 (Edit)

2.1K 173 15
                                    


Hazel hanya menjuntai kaki di pangkin, otaknya masih lagi tidak mampu menghadam apa yang berlaku sebentar tadi.

Rasa sepanjang dia di sini, ini lah perselisihan pertama dia dengan Tun Utama.

Mana taknya.....

Tun Utama berkeras sungguh untuk tidak melibatkan Hazel akan calon pemilihan ini malahan dia bercadang untuk menghantar Hazel ke rumah saudaranya di Pehan sementara sesi sedang berlangsung. Apa ni?

Dia ingat dia bapak aku ke? Pentingnya untuk aku masuk ke istana itu, sebab itu lah jalan untuk aku tahu apa sebenarnya yang berlaku. Loket itu ada kena mengena dengan apa yang berlaku dengan aku sekarang.

Tapi Hazel tahu dia tak boleh berkeras dengan Tun Utama sekarang. Angin orang tua tu berubah ubah. Cuma apa yang pasti, dia nampak Tun Utama seakan akan tidak suka dia mempunyai kaitan dengan istana, apantah lagi dengan si Putera Andhika.

Haih, buntu dia kejap. Jangan sampai dia terpaksa guna cara lain. Mungkin menyusup masuk curi curi ke pemilihan. Atau nak ekstrim, pecah masuk ke istana dan curi loket tu. Tapi itu dah kira berani mati sebab dia sendiri tak tahu loket itu palsu atau asli.

Buat ke loket tu palsu, sia sia je kalau kena tangkap.

"Hazel," panggilan itu menarik Hazel ke realiti semula. Susuk tubuh Mak Kemboja memenuhi kornea mata. Hazel lantas memperkemaskan duduknya. Tadi terkangkang macam jantan. Mak Kemboja ni tak boleh bab bab tu. Dia kata masuk angin lah, peranakan jatuh lah, susah nak dapat anak lah.

Kalau mengikut teori ilmu sebagai doktor, itu semua hanya mitos. Tapi memandangkan dia berada di zaman ini, nak tak nak Hazel kena ikut aje.

Mak Kemboja melabuhkan punggungnya disebelah Hazel.

" Hazel janganlah ambil hati akan kata kata ayahanda Tun Utama tadi. Dia cuma tidak mahu Hazel terbeban di sini. Keluarga Hazel entah di mana mana, jadi kami rasa bertanggungjawab untuk menjaga Hazel," pujuk wanita berusia itu, sambil mengusap rambut beralun gadis itu.

Hazel hanya mendiamkan diri, tidak tahu untuk membalas kata kata. Baginya Tun Utama terlalu mengongkong dirinya yang baru sahaja hadir ke dalam keluarga itu. Sifatnya mengingatkan dia pada papanya, Dato Imran. Cukup mengongkong semua pergerakan. Dia menjadi doktor, itu pun setelah bergaduh besar dengan Dato Imran tentang menyambung pengajian.

Kalau boleh Dato Imran mahu ikat kaki Hazel tambat di rumah seperti lembu.

" Mungkin ada sebab ayahanda lakukannya. Hazel jangan fikirkan sangat. Mungkin Hazel boleh belajar cara mengait sulaman. Ibu lihat Hazel masih belum mahir akannya. Ibu akan ajar Hazel nanti ya," sambung Mak Kemboja sambil tangannya mengenggam tangan gadis itu.

Ada sesuatu yang bermain difikiran Mak Kemboja, yang tak mampu diluahkan olehnya. Akhirnya dia menghembus nafas panjang.

" Ibu harap Hazel akan temui apa yang Hazel cari,"ujar Mak Kemboja separa berbisik.

Hazel berpusing melihat Mak Kemboja, terkebil kebil dirinya tidak faham akan ayat ayat aneh Mak Kemboja.

" Hazel tak faham ibu. Temui apa?," soal Hazel, hairan.

Tetapi Mak Kemboja menggeleng sambil tersenyum nipis.

" Tak perlu faham, kerana satu hari nanti Hazel akan tahu sendiri."

—————————————-

Putera Andhika baru selesai menelaah kitab ketika pintu dibuka dan susuk seorang gadis masuk melangkah sopan. Dia mengeluh kecil. Entah mengapa dia tidak sukakan pertemuan ini.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now