20 ( Edit)

1.9K 160 10
                                    

Cantik..

Gila..

Dowh!

Itu perkataan pertama yang terkeluar dari mulut Hazel tanpa sedar. Istana Langkasuka cukup besar. Tempoh hari ketika majlis pemakaman itu, Hazel hanya masuk dari pintu belakang dan langsung tidak sedar akan keluasan istana ini. Malahan dia juga sibuk melihat aktiviti pemakaman itu dengan mencari tandas hingga berjumpa dengan si Putera tu.

Begitu juga ketika dia menari bersama Melati. Waktu itu waktu malam jadi dia langsung tidak dapat melihat betapa cantiknya istana itu sebenarnya.

Hazel genggam tangan.

Teringat dia dengan peristiwa semalam yang membawa kedatangannya pada hari ini. Tun Utama terpaksa akur dengan perintah Putera Andhika sekali gus menyebabkan Hazel terpaksa memohon maaf sesungguhnya terhadap Tun Utama sebelum dia berangkat pagi tadi.

Tetapi Tun Utama hanya tersenyum nipis. " Pergilah, takdir kamu sedang didendangkan." Itu sahaja kata kata yang mengiringi pemergiannya. Walau dia kurang jelas akan maksud itu, tetapi apa yang dia tahu akhirnya Tun Utama memberi restu padanya.

Mereka semua di minta berkumpul di satu dataran luas. Hazel lihat ada satu pentas tinggi di hadapan sana. Ada 3 orang yang berdiri tegak. Dua lelaki satu perempuan. Tampak tegas ketiga tiganya.

" Eh itu kan Puteri Sophia? Dari kerajaan Lemina. Dia ada di sini juga?" Kedengaran suara bisikan bisikan halus disekelilingnya.

"Betullah Puteri Sophia juga disini. Mahu masuk calon pemilihan kah? Sudah tentu dia akan menang. Dia memang cantik."

" Kalau begitu mengapa diadakan pemilihan ini jika dia juga turut menyertai?"

Siapa Puteri Sophia? Cantik sangat ke? Bisik hati Hazel, turut rasa tertarik akan berita berita layangan telinga itu. Bukan ke kata si Andhika semalam, syaratnya cuma khas untuk dara Langkasuka, luar dari Langkasuka tidak dibenarkan.

Eh tapi aku pun asal luar Langkasuka juga.

Kedengaran lagi bisikan bisikan perlahan.

"Hamba dengar Putera Andhika mahu cari gundik yang ramai."

" Hmm sudah tentulah Puteri Sophia yang akan menjadi calon, sudahlah cantik sebegitu."

Gundik yang ramai? Tak ada pula si mamat hanat tu bercakap semalam. Dalam Islam pun, isteri tak boleh lebih dari 4 orang.

Kejap.

Hampir juga Hazel terlupa sesuatu. Aah lahhh.. Hazel rasa nak tepuk dahi.

Mereka bukan Islam. Pasti jua cara mereka tidak sama dengan gaya hidup Islam. Sembah pun entah apa apa. Lihat sahaja lah masa pemakaman tempoh hari. Pohon besar tengah dataran itulah tempat sembahan mereka. Memohon agar roh itu tenang seperti bunyi daun daun pepohon ditiup angin.

Adeh! Masak lah aku.

Kenapalah aku tak terfikir tentang hal ini sebelum aku bertindak? Tak pernah terfikir tentang soal agama mereka. Sah sahlah kalau terpilih pun, aku takkan boleh nikah. Wali pun tiada. Kerana si Andhika tu tidak menganut Islam. Pegangan kami tak sama.

Hazel geleng kepala laju. Andwea!!Tak boleh, aku tak boleh duduk kat sini. Aku kena keluar! Aku kena keluar dari sini. Gasaklah weh, kata je lah kat yang aku ni sebenarnya jantan yang menyamar jadi perempuan.

" Selamat datang ke Pemilihan. Tahniah kerana kamu semua sudah berada disini dengan selamat dan jaya." Suara lelaki kuat bergema ke seluruh dataran.

Hazel teguk air liur, nekad.

Gadis itu mula berpusing ke belakang. Dia mula merempuhi kesesakan dan menuju ke arah pintu gerbang yang masih terbuka.

Lantak lah, aku tak nak. Pasal loket tu, nanti nantilah aku fikir.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now