Hazel mundar mandir di kamarnya sambil giat fikirannya memerah sesuatu. Pedang bertatahkan delima itu ada kaitan dengan dirinya. Loket delima itu juga ada kaitan dengan dirinya.Namun apa hubung kait kedua dua benda tersebut?
Tetapi satu yang dia sudah rasa atau tahu dengan jelas, kedua permata itu kemungkinan besar dari leluhur yang sama .
Sebab sebiji weh.
Dalam mimpinya tempoh hari, datuknya juga telah memberi seolah olah satu petunjuk. Dia disuruh pulang kerana seseorang memerlukan dia. Adakah seseorang itu Andhika?
Fuh, ni kalah cerita detektif.
Kejap.
Masalahnya mengapa?
Bunyi pintu dibuka tergesa gesa menggamit perhatian Hazel Elmeera. Kelihatan Orked masuk meluru dengan laju dan menunduk.
" Cik Puan hamba membawa titah raja Sultan Ibrahim, bahawa Cik Puan dikehendaki menghadap m baginda dengan segera."
Hazel mengerut dahi.
Apa lagi pulaaaaaa yang si Peah itu buat?
—————————————-
Tetapi nyata sangkaannya meleset apabila melihat seseorang yang langsung tidak disangka ada disini.
Bomoh scammer Pawang Vjaya.
Lelaki itu tampak berwajah berang namun dia kelihatan menahan perasaan itu sesungguhnya dihadapan Sultan Ibrahim. Hazel seolah olah dapat agak akan isu ini. Pasti berkisar tentang Cik Puan Seroja itu. Tentang tindakan spontannya tempoh hari.
" Hazel Elmeera, Gundik Utama Putera Andhika" suara itu keluar dari Sultan Ibrahim. Hazel menunduk tanda hormat dan patuh akannya.
" Beta mahu bertanyakan soalan pada kamu Hazel. Soal kamu menghalang memanggil Pawang Vjaya pada tempoh hari," Sultan Ibrahim memandang Hazel yang hanya menunduk sedari tadi. Dia menghembus nafas cuba bertenang.
Relax Hazel. Think!
"Apakah benar cerita bahawa kamu tidak membenarkan Pawang Vjaya untuk dipanggil tatkala Seroja sedang dalam kerasukan?"
Kerasukan? Oi itu sawan lah!
Hazel diam. Matanya hanya memandang lantai sambil otaknya ligat berfikir. Apa yang dia harus katakan tentang soal ini?
" Beta mahukan jawapan Hazel. Bukan sekadar diam sahaja," nada Sultan Ibrahim mula bertukar. Pawang Vjaya hanya mencerlung memandang Hazel. Hazel mengangkat kepala, menjeling sedikit Pawang Vjaya dan kemudiannya ke arah Sultan Ibrahim.
" Maafkan patik Tuanku, patik ada sebab mengapa patik terpaksa lakukannya tempoh hari."
Haih takkan nak cakap, sebenarnya Cik Puan Seroja menderita sawan selama ini, saya adalah doktor yang boleh mengesahkan berdasarkan simptom yang dialami.
Dah gila?
" Apa sebabnya Hazel? Bilang disini sekarang!" Bentak Sultan Ibrahim, tidak sabar menyebabkan Hazel sedikit mendecit bahunya, terkejut. Sumpah sekarang ini dia langsung tidak dapat memikirkan sebabnya.
Hazel, apa yang kau nak goreng hah? Silap hari bulan kena pancung tak memasal.
DUM!!
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...