51

2.5K 188 42
                                    


Sumpah Hazel terlopong mendengar bait bait kata yang keluar dari mulut Ammar. Benda karut apa lagi yang dia carut ni?

Pewaris Awana?

" Maksud kau Raja Idlan bukan pemerintah asli Awana?"

Ammar mengangkat bahu sambil tersengih. Tidak pasti sama ada dia mengiakan mahupun menidakkan sebenarnya. 

Hazel terasa mahu menampar sahaja wajah lelaki dihadapannya itu, mahu melepaskan geram. Sakit hati melihat raut wajah Ammar yang mengejek ejek dirinya.

" Tapi..." wajah Ammar kemudiannya berubah riak. Memancing Hazel untuk terus memandang Ammar.

" ........setelah aku berfikir fikir lama, setelah aku melihat cara Andhika mengemudi kerajaan Langkasuka, sumpah sangat beza dengan Raja Idlan memerintah Awana. Rasuah, korupsi, penyeludupan berleluasa tanpa batas di Awana. Malahan aku yang bertugas sebagai askar komando, tahu bahawa dadah diseludup masuk begitu sahaja dari luar, diketuai oleh anak Raja Idlan sendiri. Akulah yang cuba membongkar kegiatan itu, tetapi akhirnya aku tewas dengan habuan duit yang dijanjikan Raja Idlan jika aku berjaya menyelesaikan misi ini."

Dia hela nafas. Kelihatan kesal.

" Ketika aku dihantar ke sini, Andhika yang menjumpai aku. Identiti aku, misi aku, aku terpaksa rahsiakan. Aku dilatih dan dilatih, dan kebetulan aku juga memang mahir dalam seni bela diri, serta memang sudah biasa dalam latihan komando hutan, jadi Andhika melantik aku menjadi Ketua Pengawal Isana. Lama aku bersamanya hingga sisi peribadinya aku dapat baca walau dia tidak tunjuk ketara. Ketika itu baru aku sedar, dan tahu siapa Andhika sebenarnya. Menyebabkan aku akhirnya mengambil keputusan untuk belot pada Raja Idlan."

Hazel diam, terus memberi peluang pada jejaka itu bercerita.

"Aku melihat dia bertindak adil dan saksama, dan sebenarnya itu lah kualiti seorang bakal pemerintah yang bagus. Dan ketika itu aku mula merasakan, aku sepatutnya lakukan perkara yang betul."

Ammar menghampiri Hazel dan mula membuka ikatan tali. Sedikit sebanyak Hazel mula lega kerana kesakitan tali yang memeritkan itu berkurangan.

" Aku gurau je nak usik usik kau tadi, marah marah kau. Kau jangan marah ya, aku rindu nak communicate dengan orang sezaman aku." Kata Ammar sambil tersengih. Hazel mendengus, usik apa sampai ikat ikat macam ni.

" Sedikit masa lagi aku akan serahkan kau kembali pada Andhika. Cuma pinta aku, jangan bocorkan siapa aku pada dia. Dan aku rasa beberapa info dan cerita yang aku beritahu kau tadi, kau boleh cari kesahihannya sendiri."

Hazel mula berdiri perlahan, sakit betul diikat begini.

" Look! Aku masih tak faham apa niat kau sebenarnya Ammar." Kata Hazel, tegas.

Ammar tersenyum. Faham akan maksud gadis itu.

" Aku nak bawa kau ke satu tempat. Mungkin kau akan faham maksud aku."

————————————

Kedua figura itu berada tepat di hadapan rumah Orked, dayang peribadinya atau pun mungkin boleh bergelar bekas dayang. Mulanya Hazel tidak faham kenapa tujuan dia dibawa ke rumah itu. Namun seketika kemudian dia teringat bahawa Ratna , ibu Orked, adalah bekas dayang peribadi Cik Puan Seroja, bondanya.

Dia jadi berdebar debar. Kenyataan apakah lagi yang dia harus hadapi?

" Kenapa kau bawa aku ke sini Ammar?" Soal Hazel melihat tubuh Ammar yang berada di sebelahnya.

" Kebenaran, yang harus kau tahu." Ringkas balasan jejaka itu.

" Sekejap!" Hazel bersuara tatkala Ammar mahu memulakan langkah.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now