53

2.1K 154 25
                                    


" Kamu berdua berkongsi takdir yang hampir sama Hazel. Kerana itu, Andhika tidak boleh mencintai kamu."

Walau sebenarnya Hazel sudah dapat mengagak jawapan Tun Utama, tetapi jujurnya Hazel masih terkedu. Dia berharap sebelum ini telahannya salah.

Tetapi rupanya jalan takdir mereka adalah sama.

Terpisah dari kaum keluarga, ayahandanya yang tidak inginkan kelahirannya, dan situasi yang tidak menyebelahi. Dan Hazel juga tersepit untuk melakukan pilihan.

Jika dia pulang ke Awana, ini bermaksud dia meninggalkan kaum keluarganya, asal usulnya dan mungkin juga Andhika tidak akan dapat pulang ke asalnya. Tetapi jika dia tidak pulang ke Awana, nyawanya dalam bahaya. Dunianya sendiri tidak menerimanya.

Mana satu yang perlu diutamakan?

" Apa yang harus Hazel lakukan ayahanda?" soal Hazel, seakan melepaskan keluhan. Dia tersandar di dinding, rasa sangat tidak adil dengan aturan hidupnya.

" Pulanglah Hazel, nikmati hidup Hazel di sana. Itu sebaik baiknya. Lupakan apa yang berlaku di sini, dan lupakan Andhika. Tentuan hidupnya adalah disini,"kata Tun Utama memandang Hazel, simpati. Matanya jelas menunjukkan rasa bersalah yang menggunung, tetapi jika dia tidak lakukan sesuatu dahulu, kedua duanya Hazel dan Andhika pasti akan terkorban angkara nafsu tamak orang lain. Pertukaran adalah jalan terbaik.

Hazel menuruti langkah Tun Utama menuju ke ruang tamu. Ada satu gelas tersedia di meja rotan di tengah balai. Tun Utama mengambil tempat di kerusi lantas mengambil gelas tersebut. Manakala Hazel hanya berdiri, diam membisu. Wajahnya muram.

" Hazel mahu minum apa? Ayahanda akan ke dapur sebentar selesai ayahanda menghabiskan minuman ini," kata Tun Utama, cuba mengubah suasana dan menyisip gelas minuman itu. Kelihatan dia meminum beberapa teguk air.

Hazel menggeleng lemah.

" Hazel mahu minta diri dahulu ayahanda. Terima kasih atas pemberian semula loket ini pada Hazel. Jika ditakdirkan jalan hidup Hazel adalah di Awana, maka Hazel akan pulang ke sana tanpa sesiapa pun tahu."

Tun Utama memberikan senyuman tipis. Dia berdiri mendepani gadis itu. Gelas diletakkan di atas meja semula.

" Ayahanda tahu sukar untuk kamu terima semua ini. Kepulangan kamu ke Langkasuka tanpa jangkaan juga sebenarnya satu petanda, bahawa kamu sememangnya berasal dari sini, dan ianya tidak dapat dinidakkan lagi. Tetapi fahamilah ayahanda. Jika tiada pertukaran berlaku, Langkasuka akan kehilangan pewaris sah. Begitu juga Awana. Walau kamu berdua menjalani kehidupan berbeza dari sepatutnya, tetapi setidak tidaknya, kamu berdua selamat," ujar Tun Utama.

Hazel mengangguk.

" Baiklah ayahanda. Hazel faham. Sampaikan salam sayang saya pada Mak Kemboja, Melati dan juga Arjuna ya," ujar Hazel sambil menunduk sekadar hormat. Kakinya dipaksa melangkah menuju ke pintu utama.

Jujurnya apa yang dia rasa kini, sudah tidak penting.

Cinta yang dirasai rupanya dibalas oleh Andhika.  Tetapi mereka berdua tidak akan boleh bersama, sampai bila bila.

Jadi Hazel, buanglah segera segala perasaan itu. Kalau kau merana sekalipun, Allah ada Hazel. Allah yang akan membolak balik hati hambaNya.

" Hazel," panggil Tun Utama, dan Hazel lantas berpaling ke belakang semula, cuba menyembunyikan air mata yang kian bertakung.

" Maafkan ayahanda," kata Tun Utama, perlahan. Hazel tidak bereaksi sesaat, sebelum dia jungkit bibir sedikit, memberikan senyuman. Lantas dia berpusing ke hadapan semula, dan setitis air matanya jatuh.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now