19 (Edit)

2.3K 191 33
                                    


Kedua dua figura ini saling berpandangan, terkedu. Tidak menyangka mereka akan berjumpa dalam tempat sebegini.

Hazel dengan wajah bingung memikirkan bagaimana si Putera Andhika dalam hutan ini.

Manakala Putera Andhika, dengan wajah yang langsung tidak dapat ditafsirkan, hanya berdiri melihat gadis bermata coklat itu sedang memandangnya hairan.

"Ampun tuanku."

Ucap Hazel lantas menunduk hormat. Hampir terlupa dia akan gerangan siapa jejaka itu di hadapannya dek kerana ditenggelamkan oleh rasa ingin tahu bercampur hairan. Wajahnya yang basah dengan air mata dikesatnya laju. Perlakuan itu menarik pandangan Andhika untuk terus memandang gadis itu.

Semakin rasa tertarik dan penasaran, bercampur gaul. Apa entah lagi setelah mendengar alunan nyanyian gadis itu tadi. Seakan mimpi yang dialami selama ini menjadi kenyataan. Mimpi siulan itu.

Terasa dejavu pula. Situasi yang sama pernah terjadi di halaman rumah Tun Utama tempoh hari. Gadis itu pernah menyanyi satu lagu tetapi mengapa semasa itu dia langsung tidak perasan akan suara si gadis itu?

Petunjuk apakah ini?

" Apa yang tuan hamba lakukan di sini dara? Berseorangan dalam hutan belantara? Tidak takutkah akan binatang buas mahupun sang bunian makhluk ghaib penghuni hutan?" Soal Andhika, tetap berdiri di tempatnya.

Sempat dia melihat sekeliling, dan nampaknya tiada bahaya menghampiri mereka. Kagum sungguh dia dengan gadis itu, berani juga ya dia ni.

" Hamba lebih takut dengan kehadiran seorang lelaki seperti tuanku dalam hutan sebegini," balas Hazel jujur .Dia menunduk perlahan, entah mana keberaniannya terbang. Biasanya dia berani sahaja menjawab. Tak kisah dah.

Tapi dengan si jejaka ini, jangan Hazel, kau perempuan, dia lelaki. Apa apa sahaja boleh berlaku kerana niat seorang manusia sangat sukar dibaca.

Nyata balasan itu mengundang ketawa Andhika menyebabkan Hazel mengangkat kepala.

Mamat ni gelakkan aku?

Andhika menghampiri Hazel namun tidaklah terlalu hampir jaraknya, dan lantas mengambil tempat duduk di atas tanah. Hazel pula masih berdiri kaku, terkebil kebil melihat tindakan Andhika, hairan sungguh dengan perlakuan jejaka itu.

Dia nak lepak sini ke? Mereng ke mamat ni. Esok kan pemilihan calon gundik.

Andhika menoleh mendongak memandang Hazel.

" Duduk sahajalah dara, beta juga mahukan ketenangan seperti dara."

Hazel mengerut dahi tetapi dia mengangguk perlahan. Didorong oleh rasa percaya yang terbit entah dari mana, dia mengundur kebelakang sedikit dan mula mengambil tempat duduk di atas tanah.

Jarak antara mereka boleh memuatkan 3 orang yang duduk bersama. Agak jauh.

Bunyi cengkerik dan alunan air terjun cukup memberikan mereka ruang masa untuk menikmati. Masing masing mendiamkan diri seakan tenggelam dalam fikiran.

" Masih takutkan beta?" Cetus Andhika tanpa menoleh kepada Hazel. Tetapi walaupun begitu Hazel tahu soalan itu dituju padanya.

" Tidak, maafkan patik kerana sikap biadap patik sebentar tadi," ujar Hazel, sambil menarik lutut dan meletakkan dagu, spontan. Seakan lupa adab protokol dengan si Putera. Andhika perasan namun dia memilih untuk diam.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now