27 ( edit)

1.4K 132 5
                                    


Akhirnya..

Giliran kumpulannya pula membuat persembahan. Diiringi alat muzik ala ala gamelan, dengan hanya latihan yang dilakukan sekali sehaja dek kerana tidak cukup masa, Hazel hanya redah sahaja langkah tariannya.

Kelembutan tangannya tak dapat disangkal, memang dia meliang lintuk tubuhnya untuk memberikan persembahan terbaik. Mujur Hazel ada asas tarian zapin sebelum ini walau setakat menari di sekolah rendah dulu.

Memandangkan dia merupakan penari sisi, dia terus memulakan langkah tarian bersama 4 orang calon. Manakala Ros, penari utama masih belum masuk lagi.

Sekilas Hazel dapat melihat wajah wajah di singgahsana. Matanya menyapa wajah seorang lelaki separuh usia yang berada di kerusi kuning tengah. Oh ini mungkin Sultan Raja Ibrahim Shah.

Tampan juga untuk orang yang berusia sepertinya. Tapi mukanya bengis betul. Tak senyum langsung. Kurang mesra rakyat mungkin. Macam anak dia tu.

Alamak orang tua tu pandang aku ke? Dia perasan ke aku tengah tenung dia.

Hazel lantas mengalihkan pandangannya ke arah wanita disebelahnya. Ha, yang ni memang tak mesra alam langsung.

Permaisuri Chempaka Wan Sari. Wanita itu nampak je muka ala peramah tapi sejak peristiwa tempoh hari terus Hazel pangkah mak cik ni.

Mata Hazel pula tepat melihat Cik Puan Seroja yang duduk di sebelah kiri Permaisuri .Wanita itu hanya beriak tenang. Melihatnya membuatkan Hazel automatik teringat sentuhan damainya. Hmm persoalan ini juga masih bermain main dalam minda Hazel. Kenapa bukan Cik Puan Seroja yang menjadi Permaisurinya ye? Cik Puan Seroja yang melahirkan pewaris dia. Hairan kejap. Sayang betul Sultan Ibrahim kepada Permaisuri Chempaka kalau macam tu.

Hazel tidak memandang ke sebelah kanan Raja Ibrahim kerana si Putera itu nampak duduk rileks di situ. Koser aku nak tengok dia, kang dia ingat aku syok kat dia pulak.

Puteri Liza yang duduk disebelah Putera Andhika juga kelihatan masam sungguh. Tak ramah. Tetapi tatkala mata mereka bertembung, Hazel dapat rasakan si Puteri Liza seakan menyimpan kebencian. Haih ni mesti pasal kes memanah hari tu. Bongok la Andhika ni. Sapa sapa akan marah woi tengok tunang sendiri dekat dengan perempuan lain.

Bunyi gamelan itu senyap seketika. Hazel menghentikan langkah tarian dan menunduk mengikut peranan apa yang telah disusun. Kerana ini saat penari utama akan masuk iaitu Ros.

Iringan lagu yang lebih perlahan menggamit langkah masuk si dara Ros. Hazel mengangkat sedikit wajah melihat Ros. Serius, gadis itu sangat sangat cantik. Malah lebih cantik dari si Peah gedik tu. Hazel sendiri terpesona.

Hayunan kaki milik Ros bergerak mengikut alunan muzik membuatkan semua seakan terpesona melihat gadis jelita itu. Hazel mengagumi kecantikan milik Ros, sangat sempurna dari bawah hingga atas.

Dalam pada itu Hazel secara tidak sengaja mengalihkan pandangan kehadapan, bertembung pandangan dengan Sultan Ibrahim. Sejenak Hazel terkedu seketika.

Mata itu. Kenapa Hazel terasa seperti pernah melihat bentuk mata itu. Seolah olah sama dengan seseorang.

Satu imbasan memori tiba tibe menjelma.

Kehuru haraan.

Kebinasaan.

Kemusnahan.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now