Seisi negeri Langkasuka sudah mendapat berita akan akad pernikahan Putera Mahkota yang baru tidak lama lagi. Mereka meraikan berita itu dengan gembira yang zahir kerana ini bermakna mereka juga bakal memperolehi calon bakal Permaisuri Langkasuka.Kebaikan dan kecantikan Puteri Kerajaan Halqi itu memang sering menjadi buah mulut orang. Puteri Liza itu cukup disenangi ramai. Ketika rombongan Puteri Liza melalui beberapa kampung, mungkin mahu mengenali kawasan Langkasuka dengan lebih dalam, kedatangannya disambut dengan meriah dan gemilang. Hazel juga turut berada di sana dan dapat menatap sendiri wajah si Puteri itu.
Memang cantik. Wajarlah jika si Putera itu mahu mengambilnya sebagai isteri.
" Mari Hazel, kita pulang. Ayahanda pasti sudah berada di rumah," ajak Melati yang turut sama melambai lambai ke arah Puteri Liza sebentar tadi.
Hazel angguk .Hasrat mahu kembali ke laluan itu terpaksa dipendam seketika. Kerana dia tidak mahu menimbulkan syak wasangka Tun Utama sekeluarga.
—————————————
Di belakang rumah Tun Utama, ada sebuah sungai yang Hazel pernah sampai ketika mahu mencuci pinggan tak lama dahulu. Disitu juga ada satu buaian yang khusus dibina oleh Tun Utama, mungkin saja untuk healing, fikir Hazel. Kadang kadang Hazel suka duduk di buaian melepaskan rasa dan tekanan yang dialami.
Tidak mudah menjalani hidup di Langkasuka ini. Kerana walau bagaimana pun hakikatnya dia masih berseorangan dalam dunia ini.
Petang itu Hazel bermain buaian perlahan lahan sambil mulutnya menyanyi rangkap lirik kumpulan Linkin Park " Welcome to my life."
Do you ever feel like breakin' down?
Do you ever feel out of place?
Like somehow you just don't belong
And no one understands you
Do you ever wanna run away?
Do you lock yourself in your room
With the radio on turned up so loud
That no one hears you screaming?No, you don't know what it's like
When nothin' feels alright
You don't know what it's like to be like meTo be hurt, to feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down
To feel like you've been pushed around
To be on the edge of breakin' down
And no one's there to save you
No, you don't know what it's like
Welcome to my lifeBerulang ulang kali Hazel menyanyikan lagu itu bagaikan kena dengan situasi sekarang. Dia rasa keseorangan, terperangkap dalam kegelapan serta tiada jalan keluar yang boleh membantunya.
Dia juga buntu. Takkan lah selama lamanya dia akan menetap disini? Berkahwin dan beranak pinak? Oh no, no, no it can't be!
"To be hurt, to feel lost
To be left out in the dark
To be kicked when you're down...."" Lagu apakah yang sedang dara nyanyikan itu?" Satu suara bertanya menyebabkan Hazel hampir melompat keluar dari buaian itu akibat terperanjat. Dia lantas melihat siapakah yang menegur. Bulat mata melihat susuk tubuh yang tidak disangka sangka langsung akan muncul dihadapannya.
Segera Hazel bangkit dari buaian itu, menunduk hormat. Rasa malu akibat perbuatan bodohnya ketika perjumpaan terakhir mereka tempoh hari mula menyerbu. Selamba je aku sound dia weyh.
Aku sound Putera Andhika!
" Ampun Tuanku." Hazel menunduk kepala, tidak tahu mahu berkata apa apa. Malu nak mampus mengenangkan dia yang pernah ditindih rapat oleh jejaka itu. Serapat itu. Uih, tak nak lah aku.
Dia ni bakal suami orang.
" Mengapa keseorangan di sini?" Soal Andhika, jiwanya berminat mahu mengetahui tentang si dara ini. Tingkahnya mencuit hati. Gayanya juga bukan persis dara Langkasuka. Tapi seperti datang dari planet lain.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...