" Anakanda sudah gila? Gundik? Sudah hilang akal kah anakanda Putera Andhika Adyan?" Tempik Sultan Ibrahim menyebabkan kesemuanya menikus.Tetapi tidak bagi Putera Andhika. Dia hanya melutut tenang, memerhatikan raut wajah ayahandanya yang berang. Seisi balairung Seri itu terdiam sepi.
" Tidak, anakanda tidak hilang akal, malahan ayahanda memang mendengar yang benar dari anakanda," ujar Andhika.
Sultan Ibrahim ketap bibir. Nampaknya anak ini semakin lama semakin sudah tidak dengar katanya. Tidak, tak boleh jadi.
Andhika seharusnya dibawah kawalannya.
" Apa yang akan jadi dengan Puteri Liza? Dia bakal isteri anakanda, bakal Permaisuri Langkasuka. Harusnya anakanda fikir semula apa yang anakanda katakan sekarang ini!"
Andhika menarik nafas. Sabar.
" Maafkan Andhika ayahanda. Tapi itu pilihan ayahanda sendiri. Dhika juga ada pilihan sendiri. Jadi Dhika sendiri yang akan membuat pilihan untuk itu. Tetapi jangan ayahanda risau, Puteri Liza tetap akan menjadi Permaisuri Langkasuka kelak. Seperti yang ayahanda mahukan. Itu jaminan anakanda,"balas Andhika tetap tenang.
Kali ini apa nak jadi jadilah. Dia sudah puas mengikuti semua arahan ayahandanya. Termasuk menjadi Putera Mahkota.
" Ayahanda akan tarik semua pangkat kamu sebagai Putera Mahkota jika kamu masih kekal dengan keputusan kamu itu Andhika!" Kata Sultan Ibrahim menderam, cukup marah.
Namun Andhika menarik senyum sekilas. Menyebabkan kesemua yang berada disitu terkedu.
" Buatlah ayahanda. Tapi ingat, rahsia negara dalam tangan anakanda. Rahsia ketenteraan juga anakanda pegang sebaiknya. Ayahanda lupa ketaatan tentera Langkasuka terletak lebih pada siapa?"
Sultan Ibrahim mengetap bibir, geram. Geram untuk mengakui bahawa apa yang dikatakan oleh anaknya itu benar. Andhika merupakan Jeneral Perang sebelum itu dan dia dikenali sebagai antara yang tangkas dalam perperangan.
Masakan tidak, Andhika boleh menyelesaikan rusuhan di pasar tempoh hari yang menyaksikan seorang gadis hampir diambil. Rusuhan yang khabarnya didalangi adik tirinya sendiri. Kekuatan dan ketangkasannya digeruni musuh.
" Kamu..." Sultan Ibrahim hampir hilang kata sementelah Andhika bangun dari posisi lututnya.
" Pemilihan gundik akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini. Anakanda minta restu ayahanda untuk benarkan ianya berlangsung. Kali ini anakanda sudah tidak kisah akan apa apa lagi. Lagipula ini sahaja permintaan anakanda. Anakanda masih akan mengikuti arahan ayahanda untuk mengahwini Puteri Liza. Jangan risau. Cuma, jangan masuk campur urusan anakanda ini. Ayahanda kena ingat, kerana semuanya ditangan ayahanda." Pantas jejaka itu berlalu diiringi dengan mulut yang terlopong oleh seisi warga dalam balairung Seri istana itu.
Sultan Ibrahim hanya mampu mengetap rahang sekuatnya.
" Dasar tak sedar diri."
————————————————
Langkasuka heboh dengan berita Putera Mahkota Putera Andhika Aadyan sedang mencari calon gundik. Berpusu pusu gadis gadis melihat papan kayu besar yang memaparkan tampalan pengumuman diatas kertas kulit yang disediakan.
Pemilihan calon gundik akan diadakan. Semua gadis gadis dara diwajibkan hadir kecuali gadis yang dalam tempoh tunangannya.
Hairan mula menyerbu kerana mereka mengetahui bahawa Putera Andhika itu bukanlah seorang kaki perempuan, malahan dia juga dikhabarkan bertunang dengan Puteri Liza. Sudah tentulah berita gundik ini sangat aneh.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...