26 ( edit)

1.3K 115 6
                                    


Kelas sudah dimulai dan nampaknya Hazel benar benar terlambat. Dengan kepantasan yang bersisa, dia meluru masuk ke meja kecil yang kosong dan terus duduk disitu. Beberapa gadis berpaling mungkin sahaja mendengar bunyi bunyi halus yang ditimbulkan Hazel semasa masuk ke kelas , dan ada yang memberi senyum sinis.

Tapi Hazel tak peduli. Dah biasa. Kisah mak!

" Siapa yang boleh memberitahu hamba tentang maksud bunga tulip?" Soal Ketua Dayang Laila, matanya menyoroti hampir semua gadis yang tertunduk. Cuma ada satu tangan yang diangkat. Pastilah si fake tak guna Cik Peah kita.

" Bunga tulip membawa banyak maksud. Tapi ianya banyak dikaitkan dengan Kesempurnaan dan Cinta. Hubungan cinta semestinya memerlukan kesempurnaan agar bahagia keduanya. Jika tidak sempurna, maka hilanglah seri perhubungan itu." Jelas Puteri Sophia .

Ketua Dayang Laila mengangguk.

" Bagus, Puteri Sophia, makna yang mengagumkan untuk saya juga."

Tersengih sengih Puteri Sophia, dipuji sedemikian.

" Tapi kurang lengkap...hamba perlukan gerangan dara yang lain untuk menambah apa yang kurang."

Berubah sedikit wajah Puteri Sofea namun dia tampak meneutralkan wajahnya. Hazel hanya ketawa dalam hati.

Kekeke padan muka.

" Tuan hamba yang baru sahaja masuk ke kelas sebentar tadi, boleh tambah apa yang kurang pada Puteri Sophia." Tutur Ketua Dayang Laila seraya ditujukan pandangan pada Hazel. Serentak dengan itu kesemua gadis gadis memakukan mata pada Hazel.

Oo..oouh dia tertangkap.

Pasal bunga tulip? Manalah Hazel tahu.

Kalau tanya dia pasal *Carpal Tunnel Syndrome ke, *Frozen Shoulder ke, atau *Procedure Cozen Test ke atau pun *Burgess Technique ke tak pe lah juga Hazel boleh tapau jawab.

Ni pasal bunga Tulip? Aku bukan minah bunga bungaan.

" Err..err saya eh hamba tak..." kata kata Hazel dipotong oleh adegan Puteri Sophia sekali lagi mengangkat tangannya laju.

" Ya, Puteri Sophia, silakan," ujar Ketua Dayang Laila, membenarkan.

"Jawapannya adalah kesempurnaan cinta untuk kehidupan di awal dan akhir. Bunga ini sangat terkenal dengan maknanya yang tersendiri. Tahukan kamu bunga ini bagus diberikan untuk bayi yang baru lahir, dan untuk acara permakaman. Supaya hidup baru yang bakal ditempuh oleh bayi itu, aman makmur, dan untuk si roh yang baru sahaja meninggalkan tubuh, supaya dia tenang menghadapi hidup seterusnya. Itu lah kelebihan tulip," jawab Puteri Sophia, wajahnya kelihatan bangga.

Hazel ternganga. Dalam hati dia kelu. Ini adalah salah satu kepercayaan mereka rupanya. Patutlah aku tengok tulip banyak betul dijual kat pasar. Terutamanya tulip putih.

Ketua Dayang Laila mengangguk angguk sambil tersenyum manis.

" Betul. Beginilah jawapan yang kita mahu. Berikan tepukan gemuruh kepada Puteri Sophia diatas kebijaksanaannya. Hazel Elmeera, tuan hamba boleh duduk," Ketua Dayang Laila berpusing ke hadapan lalu menyuruh mereka melihat gambar di papan hitam hadapan.

Hazel sempat melihat kerlingan yang berisi ejekan oleh Puteri Sophia. Sebagai balasannya, dia menjelir lidah pada si Puteri itu sebelum dia mula mengambil tempat semula. Geram!

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now