Perlahan lahan Putera Andhika meredah hutan belantara menaiki kuda. Kali ini dia tidak ditemani sesiapa langsung, kerana dia terasa mahu berseorangan. Jika dia ingin melihat rakyat jelata pada waktu malam, kadang kadang dia akan keluar menyelinap dari istana dan melihat apa yang berlaku di luar sana.Sengaja dia tidak memberitahu para pengiringnya. Atau sahabat sahabatnya si Lanang, Umar mahu pun Hayat. Aman seketika. Kalau tidak pasti ada persiapan pula untuk menyambutnya. Dia mahu bebas seketika dari menjadi Putera Mahkota.
Atau menjadi anak lelaki Sultan Ibrahim.
Terasa ingin ke air terjun mini dipinggir hutan barat sana. Sudah lama dia tidak menjejak ke air terjun itu. Bukan semua orang tahu tentang air terjun itu. Lagipula ia terletak jauh ke dalam hutan.
Malam malam macam ni, tiada yang akan ke sana.
Kuda ditambat berhampiran, sukar untuk melalui denai dengan kuda. Perlahan lahan dia mengharungi denai dengan tenang dan perlahan. Fikirannya terarah pada perbualan dengan Puteri Liza tempoh hari .
Selepas perjumpaan mereka, Puteri Liza tidak lagi muncul dihadapannya. Tetapi setiap hari, dia pasti akan mendapat dulang minum petang berisi roti, kata dayang, ianya buatan khas Puteri Liza sebagai tanda mohon maaf. Ada rasa bersalah yang menghurungi hati, namun ditepis Putera Andhika.
Buat apa dia mahu rasa bersalah? Bukannya dia yang mahu sangat berkahwin dengan gadis itu. Cinta tidak boleh dipaksa. Hatinya juga ada satu. Tidak boleh dikongsi mahupun dibahagi dua. Kerana semuanya sudah diberi pada......
Putera Andhika mendengus. Ini satu masalah lagi.
Bila masa pula sebenarnya hatinya jatuh sayang pada si gadis bermata coklat tu? Bayangan gadis itu lah yang sering menghantui mimpinya sejak dahulu. Dia tahu itu lah dara bermata coklat tua yang dinantikan selama ini. Kerana itu lah tatkala pertama kali mereka bertemu di rumah Tun Utama, dia cukup terkedu, kerana tidak sangka, gadis itu wujud rupanya.
Bukan khayalan, bukan anganan. Gadis itu memang ada.
Petanda apakah ini?
Unggas dan cengkerik berbunyi saling sahut sahutan. Bunyi air terjun semakin dekat. Tenang sungguh kedengaran bunyi desiran air di waktu malam, terasa menusuk di jiwa.
Andhika menarik nafas sedalamnya.
Menikmati nikmat dan tenang malam sambil melangkah menghampiri kawasan air terjun itu.
Tiba tiba langkahnya terhenti. Telinganya menangkap sesuatu bunyi yang tidak asing di telinga. Bunyi suara siulan seakan nyanyian. Dan suara itu seperti biasa didengar.
Siulan yang sering mendatangi mimpi ketika dia ditimpa perkara buruk, yang memberi keamanan hati. Siulan yang sering menemani halwa telinganya, ketika dia dibelenggu rasa benci pada ayahandanya.
Siulan nyanyian, yang mengandungi bahasa yang tidak biasa didengari, tetapi mudah difahami.
" Hmmmmmmmm..
Jika itu kamu, bagaimana itu akan terjadi?
Jika hari-hari yang menyusahkan ini
Menjadi milikmu?Jika kamu hancur sebesar diriku
Akankah kamu tahu?
Semua rasa sakit yang memenuhi diriku
Ke titik di mana hatiku akan meledak
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...