" Kanda masih terfikir akan Hazel? Dinda sudah khabarkan pada Arjuna supaya menjaga Hazel didalam sana," ujar Mak Kemboja sambil melihat Tun Utama yang merenung ke arah kegelapan langit. Kurang pasti apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran lelaki itu.Perasan juga bahawa sejak dua menjak ini Tun Utama banyak terdiam, banyak termenung. Namun untuk bertanya, Mak Kemboja tidak berani. Dia kenal suaminya. Tidak suka diganggu jika dia tenggelam akan sesuatu. Suaminya bijak pandai, aset bernilai. Sebab itu dahulunya dia menjadi Pembesar terbaik bagi Sultan Ibrahim.
Namun kerana satu kesilapan dan keingkaran arahan, dia dibuang tugas, dan dikeluarkan dari istana. Satu perkara melibatkan hati nurani namun dianggap silap oleh satu pihak. Apa yang pasti dia kenal akan Tun Utama. Lelaki itu tidak akan sewenang wenangnya menganiaya orang lain.
Tun Utama mengeluh seketika lantas dia berjalan menuju ke kamar mereka dan duduk di sisi kamar tersebut. Sekali lagi dia hela nafas dan menghembusnya kembali, kali ini lebih panjang.
" Kanda cuma tidak menyangka secepat itu kepulangannya. Dari awal lagi kanda tahu Hazel orangnya apabila menemui loket itu. Kanda risau akan nasib Hazel sebenarnya sekiranya dia tahu perkara sebenar. Vjaya pun seperti sudah mengagak sesuatu. Tetapi kanda masih boleh bertolak ansur dengan semua perkara itu. Kerana ada perkara yang lebih merisaukan kanda," bicara Tun Utama perlahan,sambil merenung ke dinding dan sekali sekala ke wajah isterinya.
Mak Kemboja membalas pandangan sekilas itu. Kurang faham dengan apa yang keluar dari mulut Tun Utama.
" Maksud kanda?" soal Mak Kemboja, mengerut dahi.
Tun Utama diam sebentar. Helaan nafas kedengaran.
" Kanda tahu pemilihan gundik itu hanya helah semata. Tuanku Putera sudah ada calonnya. Dinda tidak lihat bagaimana pandangan matanya merenung Hazel tempoh hari? Melihat keresahan dan kerisauannya ketika Hazel pengsan 3 hari setelah hampir diambil oleh si puak perusuh itu? Bagaimana dia berunding dengan hampir membunuh para perusuh itu kerana mereka memukul Hazel? Itu yang kanda risau. Cinta. Perkara yang bakal menyakiti keduanya kelak."
Mak Kemboja terdiam mendengar penjelasan panjang lebar oleh suaminya. Sekilas dia mula faham akan maksud suaminya. Mula faham perkara yang merisaukan Tun Utama.
" Tuanku Putera tidak seharusnya cintakan Hazel. Pertemuan takdir mereka kejam. Kanda lepaskan Hazel tempoh hari ke istana hanya kerana menghormati titah Tuanku. Tetapi kanda rasa itu kesilapan besar yang kanda sedang lakukan sekarang. Kanda perlu menebus kembali."
" Bagaimana kanda? Mungkin kita sudah terlambat," soal Mak Kemboja kedengaran bimbang.
Tun Utama bangun kembali dan menuju ke tingkap yang terbuka luas.
" Kanda rasa kanda perlu ke istana untuk berjumpa dengan Sultan Ibrahim. Biarpun ianya bakal melanggar titah raja yang melarang kanda menjejak kaki lagi ke istana. Tetapi Kanda mahu mengambil Hazel semula. Dia tidak boleh dibiarkan di dalam sana."
-------------------------
Malam itu Hazel rasa resah sendiri. Entah kenapa dia tidak boleh tidur. Rasa haus menjengah anak tekak. Lantas selimut dikuak dan kakinya mencecah lantai. Rasa hendak ke dapur bawah pula, mahu mengambil air.
Dia melihat kamar dihadapannya. Ros dan Iris sudah dibuai mimpi.
Katil Anum yang kosong, direnungnya. Sesekali terkeluar keluhan. Teringat akan Anum. Sepatutnya dia yang menggantikan tempat Anum. Dia yang mahu keluar dari istana ini.
Tetapi Anum tampak rileks. Dia juga sempat ucapkan selamat berjaya, yang kemudiannya ditepis pantas oleh Hazel.
"Saya sepatutnya yang keluar Anum." Kata Hazel perlahan tetapi Anum ketawa.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...