1

2.8K 148 6
                                    

Awana 2023M

" No. Papa dah melampau. Kenapa Hazel nak kena kahwin dengan Tunku Adrian? Hazel pula nak kena cuci semua tahi yang papa dah buat?" Hazel Elmeera bersuara lantang setelah selesai majlis merisik yang langsung tidak diketahuinya.

Mana tidaknya, disuruh pulang dari hospital waktu tengah hari semata mata kerana ini. Dengan pesakit di ED yang mencanak ramai waktu itu, sudah tentu Hazel bengang.

Kena suruh kahwin pula dengan anak kawan papanya, CEO King Holdings Tunku Adrian yang langsung tidak dikenali . Lagi naik suhu kemarahannya.

" Bukan suruh cuci taik Hazel. Kahwin dengan Tunku Adrian, terjamin hidup kamu. Dia sukakan kamu. Mana papa nak cari lelaki sebaik dia?" Balas Dato' Imran cuba bersabar.

Suara Hazel memang kuat. Ini kalah lampir ni.

" This is nonsense papa. Hazel tak kenal dia . Macam mana Hazel nak suka dia. Hazel.. Hazel..," Hazel tak menghabiskan ayatnya sebaliknya berdiri dari sofa.

" Kalau papa tak batalkan semua ini, Hazel nekad untuk keluar dari rumah ni, jalani hidup sendiri. Dari dulu lagi hidup Hazel ini selalu orang aturkan. Dari sekolah, pakaian, makanan,mana Hazel pergi, dengan siapa Hazel berkawan semuanya ditentukan. Nak kahwin pun sampai kena atur juga? This is rubbish." Kata Hazel kuat. Menendang kerusi stool yang berhampiran sofa.

Tindakan Hazel mengundang kejutan seluruh penghuni rumah. Dato Imran menarik nafas dan menghembus cuba bersabar sehabis boleh. Dia tahu anaknya mudah dipujuk. Dia cuma kena cari caranya sahaja.

" Hazel, this is the best we could do for you. Ibu tak nak Hazel dihanyut arus sosial yang makin meningkat. Sekurangnya jika Hazel dah kahwin, ada orang boleh jaga Hazel lebih baik dari kami," kata Datin Suriani lembut.

Hazel mendengus kasar.

" Dijaga? Huh, Hazel selama ni elok je tak dijaga. Mana papa dan mama pergi siang malam waktu Hazel perlukan kalian? Sekarang ni dah nak sibuk sibuk serahkan Hazel pada orang lain pula. Apa Hazel ni terlalu jijik disentuh ke?"

" Bukan Hazel, maksud ibu......"

Namun dipintas laju oleh Hazel.

" Hazel tak nak dengar. Pesakit perlukan Hazel. Tolong batalkan semua ini. Hazel TAK NAK"!

Hazel lantas keluar menuju ke kereta dan menghidupkan enjin. Perlahan lahan dia memandu keluar dari kawasan rumahnya. Jeritan Datin Suriani tidak dihiraukan.

Kerana Hazel benar benar marah.

—————————————————————————-

"Kehilangan lelaki berusia 28 tahun masih menjadi misteri. Kali terakhir dia dilihat rakan, adalah didalam rumahnya sendiri. Keluarga si lelaki memohon agar....."

TUP!

Radio ditutup deras oleh Hazel. Semak pula dengan suara meleweh deejay tersebut.

Hazel memandu tidak tentu hala menuju ke kawasan hulu. Petang sudah berganti ke maghrib dan cahaya kaki langit mula menghilang. Dia benar benar buntu dan tidak tahu nak bertindak apa. Tiada semangat untuk meneruskan kerjanya lagi. Dia tak kenal siapa Tunku Adrian, tetapi papanya memberitahu Tunku Adrian sangat sukakannya.

Gila ke, tak pernah jumpa tapi dah suka..

Namun dia tidak mampu membalasnya.

Deringan telefon mematikan lamunannya. Sudah acap kali papanya menelefon bersilih ganti dengan satu lagi nombor private . Eh siapa ni?

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now