13 (Edit)

2.2K 164 8
                                    


" Maaflah Hazel, Melati tidak dapat bawa Hazel ke istana," ujar Melati, rasa bersalah jelas menyelubungi wajah gadis manis itu. Ketika itu Melati bakal berangkat menuju ke istana, dengar kata kenderaan istana akan datang menjemput. Hazel menepuk nepuk bahu Melati, menggeleng kepala.

" Tak apa Melati janganlah Melati risau. Hazel akan tolong ibu Kemboja, apa yang patut." Balas Hazel tersenyum, mahu kurangkan rasa bersalah dalam hati Melati.

Melati membalas senyuman Hazel namun masih nampak gusar di wajahnya.

Seorang gadis menghampiri pangkin halaman rumah mereka. Hazel mengenalinya sebagai rakan Melati. Rakan tarian bersama. Gadis itu mendekati Melati dan membisikkan sesuatu pada telingan Melati.

Wajah Melati tampak bercahaya. Mengundang rasa pelik Hazel. Amenda yang depa ni gosip sampai Melati happy semacam?

" Hazel, hamba rasa Hazel boleh ikut Melati ke istana." Kata Melati, yakin.

——————————————-

Rasa dipermudahkan sungguh untuk datang ke istana, umpama Tuhan mendengar doanya. Masakan tidak, rupanya gadis rakan penari itu membawa khabar; salah seorang rakan penari mereka jatuh sakit dan tidak dapat menari. Jadi Hazel dipilih untuk menggantikan tempat gadis itu.

Tarian yang akan dipersembahkan adalah tarian berunsurkan zapin. Boleh lah Hazel ingat satu satu, dia juga pernah menari ketika dia bersekolah rendah dahulu. Sebab itu Hazel bersetuju untuk menggantikan tempat.

Sebelum mereka meninggalkan rumah, nota ditulis dan diletakkan di atas pangkin. Risau nanti ibu Kemboja akan menghalang pula walau Tun Utama tiada di rumah seketika tadi.

Fuh macam lari dengan penjenayah.

Kawasan istana diamati Hazel dengan kagum. Ini adalah kali kedua dia memijak kaki ke dalam istana ini. Sungguh cantik dan menarik unsur unsurnya.

Mereka diberikan satu ruang khas untuk melakukan persediaan. Sempat Hazel berlatih satu dua pusingan sebelum dia dapat menghafal 'step' tarian tersebut. Berkicap juga woi. Kaki cramp sebab perlu berdiri dan melangkah dalam masa yang sama. Sudahlah agak lama.

Satu isyarat diberikan untuk kumpulan mereka siap sedia.

" Hazel dah sedia?" Soal Melati sambil menepuk bahu Hazel memberikan semangat. Dia faham Hazel baru pertama kali membuat persembahan dihadapan raja. Dia pula sudah biasa, tambahan pula si Putera kerap datang ke rumahnya menyebabkan dia tidak kekok berhadapan dengan Putera Andhika.

" Sudah, tapi nervous sangat," balas Hazel sambil memegang tangan Melati. Berkerut dahi Melati.

" Apa itu? Nebes?"

Hazel ketawa, lebih kepada mahu mengurangkan rasa gundah jiwa sebenarnya.

" Bukan. Nervous..nervous, gementar. Tempat saya, kami panggil nervous," gasak lah Hazel, walau tu bahasa Inggeris pun. Minah ni bukan faham.

" Oh, gementar. Jadi Hazel berdebar la ye? Nebes," sahut Melati, yakin sahaja menggunakan kembali ayat itu.

Hazel menggeleng kecil.

Ikut hang la Melati.

Dan isyarat diberikan untuk mereka mulakan persembahan.

" Okay Hazel, hang boleh buat. Hang boleh buat." Gumam Hazel perlahan.

Mereka masuk menyelusuri langkah ke dalam balairung seri istana yang sangat besar. Hazel hanya menunduk, dari ekor mata sahaja yang dia dapat mengagak siapa orang orang dihadapan.

Lagu tarian segera dimulakan.

Tangan dan kaki Hazel naik mengikuti irama tarian sambil menjiwai aliran lagu itu. Tak lupa senyuman diukir, walau dia sendiri tidak tahu pada siapa dia berikan senyuman. Sempat dia berpusing dan matanya menangkap tatapan mata yang sangat dikenalinya.

Cinta Dua DuniaWhere stories live. Discover now