"Hazel Elmeera adalah saudara kandung Tuanku. Dia merupakan adik kembar Tuanku yang telah lama hilang."Apa?
Serasa seperti berbakul bakul ais turun ke atas ubun ubun kepala Hazel Elmeera. Serasa seperti halilintar membelah langit kedengaran di telinganya. Terkejut, terkedu bercampur menjadi satu.
Dia adik kembar Putera Andhika? Bagaimana?
Wait, 'adik'?
How is that possible?
" Karutan apa yang Tun Utama katakan ini?" Jelas suara Andhika bergetar dalam, tatkala menuturkannya. Dia juga mungkin turut terkedu, sama seperti Hazel. Tidak menyangka, bahawa kenyataan itu akan keluar dari Tun Utama sendiri.
Kerana Hazel tahu, Tun Utama bukan lah sejenis lelaki yang akan menipu sesuka hati. Dia lelaki berprinsip, dan sejenis teguh akan kata katanya. Sudah tentu Andhika juga lebih mengenalinya.
" Dia merupakan adik kembar Tuanku yang cuba dilenyapkan oleh Sultan Ibrahim dahulu. Kerana ketika zaman kelahiran tuanku berdua, mempunyai anak perempuan merupakan satu bentuk dosa yang tidak terampun tambahan pula dia merupakan dari keluarga diraja. Penyatuan dengan gundik pula itu. Anak perempuan perlu dibunuh atau dijadikan korban, apa entah lagi dia juga mempunyai jenis mata coklat seperti Cik Puan Seroja."
Hazel tidak sedar bila masa dia keluar dari tempat persembunyiannya tatkala satu satu perkataan yang didengarnya bagaikan bom yang membelah jiwa raganya. Oh tuhan, ini kah kebenarannya yang dia perlu ketahui?
Ini kah sebabnya dia dilemparkan ke zaman ini? Kerana dia sebenarnya mempunyai keluarga kandung di sini?
Dia memegang tiang seri, menahan dirinya dari terjatuh. Beban berat itu nyata tidak mampu dipikul.
" Bagaimana dengan ramalan katanya seorang bayi bakal memusnahkan kerajaan Langkasuka?" soal Andhika, bergetar suaranya.
Kedengaran Tun Utama menghela nafas.
" Hanya satu mitos yang dicipta oleh pihak istana untuk menutup berita kelahiran kembar ini. Tidak pernah terjadi kelahiran dua bayi sekali gus, malahan diapit lelaki dan perempuan pula itu. Sultan Ibrahim nekad mahu membunuh anak perempuannya sendiri jadi patik terpaksa lakukan tindakan...."
"Mungkin juga bukan Hazel. Bagaimana Tun Utama tahu bahawa Hazel adalah bayi perempuan tersebut? Ramai sahaja bayi perempuan yang dilahirkan tika itu Tun Utama. Dan bonda..bonda..bonda juga langsung tidak memberitahu beta tentang semua ini !" Pintas Andhika dan Hazel yang masih mendengar dari luar rumah semakin kuat memegang tiang seri rumah.
Kerana dia seakan tahu akan jawapannya.
" Patik yang membawa bayi perempuan yang masih merah itu ke masa hadapan, kepada sahabat hamba, San. Dia berjanji akan menjaga dan menyayangi bayi itu. Patik juga meletakkan loket delima bersama bayi itu, dengan harapan loket itu dapat membantu pemiliknya mencari jalan pulang. Loket delima milik warisan kerajaan Pillian, keluarga Cik Puan Seroja, iaitu bonda Tuanku sendiri."
Andhika terdiam, membisu.
" Dan patik juga tidak pasti mengapa Cik Puan Seroja tidak mengingati akan waktu kelahirannya. Tetapi ini mungkin berkaitan dengan sakit yang dialami olehnya selama ini."
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...