Aliran sungai direnung dengan rasa hati berkecamuk. Kata kata Ratna yang didengarinya tadi terlalu banyak untuk dihadam, terlalu sakit untuk ditelan.Mana mungkin dia lah anak pada Sultan Ibrahim dan Cik Puan Seroja. Manalah mungkin dia yang membawa sial pada kerajaan Langkasuka, hingga dia dilontar jauh ke masa hadapan. Habis, Andhika bagaimana? Siapakah lelaki itu sebenarnya? Hingga dia menjadi galang ganti kedudukan diri ini. Hingga dia terpaksa memikul beban akibat kebodohan manusia yang percayakan bahawa keramat dan kesialan itu satu tanda aras kegemilangan.
Tidak, mungkin sahaja Ratna tersalah. Mungkin sahaja wanita itu tersilap. Sudah hampir 26 tahun kisah itu berlalu. Pasti ada salah ingatan di mana mana.
" Hazel Elmeera. Pergilah, dia memerlukan mu." Teringat kata kata datuk kesayangannya dalam mimpi tempoh hari. Rasa nak pecah kepala memikirkan.
" Hazel."
Ammar mendekati gadis itu dari belakang, dan mengambil tempat tepat di sebelah Hazel. Wajahnya kelihatan bersimpati. Hazel hanya mengendahkan kehadiran lelaki itu, entah, banyak rasa yang sedang melingkari hati tika ini.
" Aku tahu kau keliru."
Hazel hanya diam membisu. Membiarkan kata kata Ammar berlalu.
" Tapi sekurang kurang ianya membuktikan yang kau dan Putera Andhika bukan adik beradik. Kau pewaris sah takhta Langkasuka ini Hazel."
Hazel berpaling ke arah Ammar, satu pandangan tajam diberikan pada jejaka itu.
" Kau ingat aku nak sangat ke dengan takhta bodoh tu? Takhta yang membuatkan aku dibuang oleh keluarga aku sendiri. Takhta yang menyebabkan hidup aku terumbang ambing macam ni," keras bicara Hazel,marah dan kesal dengan kenyataan Ammar.
" Bukan itu maksud aku Hazel Elmeera. Tapi aku rasa kau memang ditakdirkan untuk balik semula ke zaman asal kau semula, untuk membaiki segala salah faham yang berlaku bertahun tahun dahulu. Ini adalah asalan kau Hazel. Kau sendiri tidak boleh menafikan, kau adalah darah daging Sultan Ibrahim sendiri," terang Ammar tenang. Dia tahu Hazel kini memerlukan masa untuk menerima segala perkara mengejutkan ini.
Sukar bagi gadis itu sebenarnya.
" Kalau kau tahu benda ni, kenapa kau macam taat setia sangat dengan Tuanku Putera sedangkan kau dah tahu dari awal yang dia bukan anak Sultan Ibrahim?" soal Hazel, melempar renungan terhadap
Ammar." Aku tak tahu Hazel, aku sendiri tiada jawapan untuk itu. Tapi macam yang aku katakan, misi aku sebelum ini adalah untuk menahan pewaris asal Awana dari pulang sebelum aku sedar, tindakan aku salah," balas Ammar, menghela nafas.
Hazel terdiam sebentar. Tetapi ianya tidak lama sebelum...
" Aku nak jumpa Tun Utama balik. Aku rasa Ratna mungkin salah," Hazel bingkas bangun dan mula berjalan tatkala Ammar memegang lengan Hazel dengan kemas.
Langkah Hazel terhenti.
"Ratna tak mungkin menipu Hazel. Kau lupa, dia juga dianiaya dengan dibuang istana serta merta. Dia takut untuk bercerita tetapi akibtnya rasa salah itu telah memakan dirinya saban tahun. Dia tahu hal sebenar namun dia tidak mampu untuk bersuara," ujar Ammar. Nadanya tegas.
Hazel mengerling ke arah lengannya yang dipegang kemas oleh Ammar.
" Lepaskan aku Ammar. Aku berhak tahu kenapa terjadi semua ini. Aku berhak tahu apa sebabnya. Aku tak kisah pun pasal takhta itu tapi yang aku kisah, kenapa begitu jauh aku dilemparkan, hingga aku langsung tidak ingat asal usul aku."Ketapan bibir jelas kedengaran dari suara Hazel, menunjukkan, dia terlalu kecewa. Terlalu kecewa dengan dirinya, dengan masa lalu yang tidak akan terpadam hingga bila bila.
YOU ARE READING
Cinta Dua Dunia
RandomBuku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbaga...